Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Pengisian Di Bawah Kulit (Suntikan Bahan Isian Asid Hialuronik) Menghilangkan Kantung Mata

Dermal FIller (2)

APA PENYEBAB KANTUNG MATA?

Kantung lemak di bawah mata dan lingkaran hitam di sekeliling mata berlaku dengan sendiri sebagai kesan penuaan, dan menjadi kebiasaan dalam kalangan orang yang telah melepasi usia 20 tahun. Pelbagai faktor menyebabkannya, termasuklah tidak cukup tidur dan tidak cukup bersenam, serta sajian makanan yang banyak mengandungi garam. Keadaan begini meregangkan kulit di bawah mata dan mengakibatkan kantung lemak atau lingkaran hitam terbentuk. Selain itu, ligamen dan otot yang menahan kedudukan lemak pada muka akan menjadi semakin lemah apabila usia kita meningkat. Ini mengakibatkan kulit yang menggeleber dan akibatnya, lemak di bawah mata tampak lebih jelas.


Klik pada butang anak panah di atas ini untuk menonton Dr Kee Yong Seng menunjukkan cara bahan isian ini disuntik ke dalam kulit

CARANYA

Kaedah awet muda yang berkesan ini tidak memerlukan tempoh penyembuhan dan memberikan hasil yang nampak semula jadi dalam masa yang sangat singkat.*

Isian asid hialuronik memejalkan bahagian di bawah mata dan mencetuskan penghasilan kolagen dan elastin baru. Apabila kita meningkat tua, simpanan asid hialuronik asli di dalam badan akan terurai tetap isian di bawah kulit ini boleh menjadi pengganti yang sesuai. Rawatan ini tidak hanya menghilangkan kantung mata dan lingkaran hitam, tetapi juga mengurangkan kedut dan garis-garis halus di sekeliling kawasan mata.* Sedikit sahaja diperlukan untuk mencantikkan kawasan mata dengan nyata.

Kaedah pengisian di bawah kulit ini serupa dengan rawatan penegangan kulit tanpa bedah dan boleh digunakan sendiri ataupun bersama-sama dengan suntikan Botox. Doktor akan mencadangkan rawatan yang paling sesuai untuk memperoleh hasil yang sebaik-baiknya. Prosedur ini sesuai bagi semua jenis kulit dan alahan tidak akan tercetus kerana asid hialuronik memang dihasilkan secara semula jadi oleh badan.

BERAPA KERAP?

Isian di bawah kulit boleh bertahan melebihi setahun tetapi hasil ini berbeza bagi setiap pesakit. Oleh sebab asid hialuronik adalah bahan semula jadi, badan kita akhirnya akan menguraikannya dan menyerapnya, maka pengisian di bawah kulit bukanlah rawatan yang kekal. Ini juga bererti anda tidak perlu bimbang bahawa rupa baru ini akan kekal seandainya rawatan ini tidak sesuai bagi anda dan anda tidak berpuas hati dengannya.

PEMULIHAN

Kebanyakan orang boleh kembali melakukan rutin seharian sejurus selepas menjalani rawatan tanpa sebarang masalah. Kawasan yang dirawat mungkin merah-merah sedikit, bengkak sedikit atau lebam sedikit tetapi ini mudah sahaja disorok dengan solekan mineral.