High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) adalah satu teknik rawatan mengangkat dan meremajakan kulit; ia menggalakkan penghasilan kolagen di dalam kulit melalui tenaga ultrasound. Ultherapy menyediakan rawatan tidak invasif untuk memperbaiki estetika kulit. Premier Clinic menawarkan rawatan untuk mengetat dan menegangkan kulit melalui rawatan Ultherapy yang mampu memberikan hasil rawatan yang ketara tanpa menyebabkan rasa tidak selesa.
Mesin Ulthera menggunakan teknologi ultrasound yang tidak invasif dan merupakan teknik yang selamat serta berkesan untuk prosedur ini. Tenaga ultrasound akan melepasi permukaan kulit tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan pada kulit dengan menetapkan kedalaman dan suhu yang tepat. Proses iniI merangsang tindak balas kulit untuk menghasilkan kolagen baru secara semula jadi yang diperlukan oleh kulit untuk mendapatkan dan mengekalkan semula keanjalannya. Di samping itu, ultrasound imaging juga membantu para doktor untuk melihat lapisan tisu pesakit dari dalam, dan memastikan setiap bahagian yang memerlukan perhatian mendapat rawatan sewajarnya untuk hasil yang optimum.
Anda hanya perlu menjalani satu sesi rawatan untuk meremajakan semula kulit anda; anda akan dapat merasa dan melihat perubahan pada keadaan kulit selepas sesi rawatan. Walau-bagaimanapun, hasil yang progresif akan lebih jelas kelihatan dalam tempoh beberapa bulan seterusnya. Dalam tempoh Ini memberi ruang untuk kolagen bertambah dan memberi kesan kepada kulit, mengetatkannya bagi mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan.
Ultherapy adalah merupakan salah satu rawatan mengetatkan kulit yang menjadi pilihan di Malaysia, dimana ia menawarkan peremajaan kulit ketara tanpa pembedahan. Hasil rawatan Ultherapy adalah semula jadi dan tahan lama. Rawatan ini direka untuk membantu menaikkan struktur kulit, mengetat dan memperbaiki kulit kendur pada muka dan sekitar kawasan mata, leher dan dada. Ultrasound imaging membolehkan doktor mendapat gambaran jelas lapisan bawah kulit dan membantu mensasarkan haba tepat ke bahagian yang memerlukan rawatan
Hasil rawatan dapat dilihat dengan lebih ketara dalam tempoh tiga hingga enam bulan selepas menjalani rawatan ini.
Kolagen yang dalam menegangkan struktur kulit akan mula berkurangan seiring dengan berlakunya peningkatan usia. Kulit akan menjadi kendur dan hilang keanjalannya. Kesan akibat terdedah terhadap cahaya matahari dan graviti menyebabkan ia kelihatan lebih nyata apabila otot muka mula kehilangan kekuatannya. Ini mengakibatkan kulit kehilangan kolagen dan elastin – merupakan komponen penting yang diperlukan bagi mengekalkan struktur kulit.
Rawatan mengetatkan kulit ultherapy HIFU menggalakan penghasilan kolagen dan elastin. Kulit akan terangkat dan mengetat secara perlahan-lahan menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan muda.
Eye bag dan lingkaran kedutan bawah mata merupakan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan, yang sering dihadapi oleh individu berumur lebih daripada 20 tahun. Salah satu faktor kepada masalah ini adalah genetik – ini tidak dapat dielakkan dan berlaku secara semula jadi apabila seseorang itu telah mencapai usia tertentu.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini adalah tidur tidak mencukupi dan kurang bersenam, diet yang tinggi garam dan pengekalan air berlebihan. Ini menyebabkan kulit di bawah mata meregang dan pembentukan kedutan atau lingkaran hitam berlaku. Tambahan pula, lemak di bahagian muka digabungkan oleh ligament dan otot, namun ianya menjadi semakin lemah seiring usia, dan seterusnya menyebabkan kulit kendur dan lemak kelihatan lebih nyata.
Selain membantu menegangkan kulit kendur, rawatan Ultherapy HIFU juga mampu merawat kelopak mata berkedut. Dengan mengetatkan kulit di bahagian bawah mata, eye bag tidak akan lagi jelas kelihatan. Gabungan rawatan HIFU dan dermal fillers mampu memberikan hasil terbaik bagi masalah eye bags. Rawatan Ultherapy HIFU ini amat sesuai bagi mengetatkan kelopak mata tanpa melibatkan pembedahan.
Kedutan dan lipatan pada kulit berlaku seiring peningkatan usia. Proses ini adalah semula jadi, dan tidak boleh dielakkan kerana kulit mula kehilangan kolagen. Selain itu, faktor-faktor lain seperti riak muka, kerosakan akibat cahaya matahari atau dehidrasi juga adalah penyumbang kepada masalah ini. Kekurangan kolagen mengurangkan keanjalan kulit, menyebabkan pembentukan kedutan dan garis halus.
Ultherapy HIFU adalah rawatan kelopak mata berkedut yang merangsang proses menguatkan kolagen sedia ada dan penghasilan kolagen baru. Kolagen baru terbentuk di bawah lapisan kulit paling dalam dan membaiki garis halus dan kedutan dengan memberikan lebih volume pada kulit.
Dengan menggunakan teknologi rawatan mengangkat kulit terkini, rawatan Ultherapy HIFU dapat membantu memperbaiki bentuk muka dengan mengangkat serta menegangkan bahagian muka tertentu. Rawatan Ultherapy dilakukan pada pipi, dan mampu menjadikan tulang pipi anda lebih tinggi. Rawatan sama dilakukan untuk menguatkan kulit dibahagian bawah dagu, dan menjadikan dagu berlapis anda kurang kelihatan. Lama kelamaan, ia akan hilang sepenuhnya.
Pesakit mungkin akan mengalami rasa panas yang ringan dan semut-semut semasa prosedur ini dijalankan. Doktor akan menyapu krim kebas dibahagian yang ingin dirawat untuk meredakan ketidakselesaan sepanjang rawatan. Kulit akan meninggalkan kesan merah selepas rawatan namun akan reda selepas beberapa jam. Sesetengah pesakit juga megalami sedikit bengkak atau lembut pada kulit, tetapi hanya untuk sementara dan ringan.
Rawatan mengetatkan kulit Ultherapy HIFU tidak memberi sebarang kesan sampingan utama. Sebarang kecacatan hasil daripada rawatan sangat jarang berlaku. Tambahan pula, alatan yang digunak adalah diiktiraf oleh Health Canada dan FDA. Pesakit disaran untuk mendapatkan nasihat dan memilih doktor profesional yang berpengalaman melakukan rawatan ini dengan selamat.
Kebaikan rawatan Ultherapy HIFU adalah tiada tempoh pemulihan dan anda boleh kembali melakukan aktiviti harian selepas sesi rawatan. Tiada rejimen kulit khas diperlukan namun anda disaran untuk menjaga kulit dengan menggunakan produk yang bersesuaian.
Harga purata bagi rawatan Ulterapy HIFU ini tidak murah. Rawatan HIFU bagi seluruh muka, leher dan dagu berlapis berharga sekitar RM 4,000 hingga RM 18, 000. Kos rawatan adalah berbeza bergantung kepada situasi anda. Jika dibandingkan dengan rawatan mengangkat kulit yang lain, rawatan Ulterapy HIFU adalah lebih murah, efisien dan berbaloi.
Rawatan Ultherapy HIFU memberikan hasil yang mampu bertahan sekurang-kurangnya dua tahun. Premier Clinic menyediakan peralatan canggih dan moden, di samping doktor-doktor bertauliah untuk para pelanggan kami. Anda boleh mengunjungi klinik kami bagi sesi konsultasi bersama doktor berkaitan rawatan ini dan bajet anda. Kami menawarkan skim 12-months-easy-payment dan rawatan khas untuk mengatasi masalah anda.
Jika anda ingin mendapatkan rawatan ULTHERAPY HIFU di Malaysia, atau rawatan MENGANGKAT KULIT bersama doktor yang diperakui sah, sila hubungi kami untuk khidmat nasihat. Para doktor kami akan membantu menyelesaikan masalah kulit anda dan menentukan jenis rawatan yang bersesuaian.
Atau, anda boleh terus mengunjungi mana-mana lokasi klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong, dan KL City untuk urusan temujanji. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi:
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Rawatan Ultherapy memberhentikan sementara proses penuaan di bahagian yang dirawat. Hasil rawatan ini biasanya mampu bertahan selama dua tahun. Namun begitu, ia bergantung kepada proses penuaan semula jadi individu itu sendiri. Rawatan touch-up atau kombinasi rawatan-rawatan lain dapat membantu mengawal proses penuaan
Rawatan Ultherapy HIFU mendapat kelulusan FDA yang merangsang penghasilan kolagen, dan memberi penampilan lebih muda. Rawatan tidak invasif ini membantu meremajakan semula kulit secara menyeluruh tanpa pembedahan.
Pesakit akan mengalami sedikit ketidakselesaan semasa rawatan. Walau bagaimanupun, ianya tidak begitu menyakitkan dan berbeza mengikut individu. Penggunaan krim kebas akan meminimumkan rasa tidak selesa itu.
Rawatan mengetatkan kulit mengambil masa selama 30 hingga 60 minit bergantung kepada saiz yang dirawat. Pesakit boleh kembali melakukan rutin harian mereka sebaik sahaja selesai rawatan.
Rawatan Ultherapy HIFU amat sesuai bagi individu yang mempunyai masalah kulit kendur, menggeleber and berkedut. Rawatan ini sesuai bagi lelaki dan wanita, juga bagi sesiapa yang menjangkau umur 30 tahun dan mencari rawatan mengangkat kulit muka tanpa pembedahan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos