• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Our Doctors
Doktor Kee Yong Seng

Doktor Kee Yong Seng

PAKAR YANG PROLIFIK

DR KEE YONG SENG

Dr Kee Yong Seng memegang jawatan sebagai Pengarah Perubatan dan juga merupakan seorang doktor senior di Klinik Premier. Bidang amalan beliau termasuk rawatan penegangan kulit tanpa pembedahan, rawatan laser, suntikan, rawatan keguguran rambut dan keremajaan kulit.

Selain itu, Dr Kee juga merupakan salah seorang pelatih bertauliah rawatan Ultherapy – iaitu prosedur penegangan kulit tanpa melalui pembedahan. Beliau sering diundang untuk memberikan latihan dan menganjurkan bengkel untuk doktor-doktor baharu mengenai rawatan ini.

Dr Kee merupakan salah seorang pengasas Klinik Premier.

Title

PENCAPAIAN

Memulakan perjalanan kariernya sebagai lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan ijazah dalam bidang Perubatan, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Diploma Perubatan Estetik di American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM).

Setelah tamat pengajian, Dr Kee bekerja di beberapa hospital kerajaan dan kumpulan klinik swasta dan terlibat secara multi-disiplin dalam bidang anestesia, perawatan intensif, dan pemeriksaan kesihatan. Dr Kee mempunyai minat khusus dalam terapi hormon anti-penuaan. Tambahan pula, beliau juga terlatih dan berakreditasi sepenuhnya untuk melakukan prosedur estetik seperti rawatan laser, pengisi dermis (filler injection), terapi cahaya, dan rawatan keguguran rambut. Beliau diperakui bagi menjalankan rawatan Thermage Skin Tightening, Ulthera Skin Firming, dan Fraxel Resurfacing untuk merawat parut jerawat dan mengekalkan keremajaan kulit.

Dr Kee juga memperolehi Diploma Dermatologi Penjagaan Primer, dari Institut Dermatologi Bangkok. Didorong oleh minatnya dalam amalan estetika, beliau mengikuti Sijil Dermatologi dalam Penjagaan Primer dari Akademi Doktor Keluarga Malaysia (AFPM).

Beliau merupakan salah seorang Pengamal Estetik Perubatan LCP (Letter of Credentialing & Privileging) yang diperakui sebagai antara kumpulan doktor pertama yang memperoleh kelayakan tersebut dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dr Kee mempunyai pengalaman lebih dari 16 tahun dalam amalan perubatan.

Title

KEAHLIAN PROFESSIONAL

ebagai doktor, Dr Kee mendedikasikan hidupnya untuk membantu mengembangkan industri estetika di Malaysia. Dr Kee adalah sebahagian daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sejak tahun 2003. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Anti-Penuaan, Estetik & Perubatan Regeneratif Malaysia (SAAARMM) dan American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM).

Di samping itu, Dr Kee adalah ahli International Society for Cellular Therapy (ISCT), International Association for Stem Cell Transplantation (IASCT), Forum of Adipose Tissue & Stem Cell (FATS), dan ahli MERZ Center of Excellence – Xeomin, Belotero HA Filler, Radiesse dan Ultherapy. 

Title

MINAT PERIBADI

Apabila beliau tidak menyarung jubah doktornya, Dr Kee adalah seorang suami dan ayah yang dikasihi oleh isteri dan dua orang anaknya. Beliau suka melancong bersama keluarganya untuk  mendapatkan perspektif yang lebih luas tentang kehidupan. Beliau juga suka melancong ke mercu tanda terkenal dan membaca buku keusahawanan.

Dr Kee percaya kepada pendekatan holistik terhadap kesihatan, termasuk pemakanan dan modifikasi gaya hidup. “Kunci hidup sihat adalah tidak memusatkan perhatian pada 1 aspek dan meninggalkan aspek yang lain. Kita memerlukan keseimbangan yang tepat bagi segala sesuatu untuk membantu mendapatkan badan dan minda yang sihat,” kata Dr Kee.

Sekiranya anda berminat untuk berbincang lebih lanjut dengan Dr Kee, sila rujuk wakil khidmat pelanggan kami melalui WhatsApp / Hubungi 012-662-5552 atau emel kami di contactus@premier-clinic.com. Anda boleh menghubungi kami dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

MEET OUR EXPERIENCED DOCTORS

Doctor Kee Yong Seng, Aesthetic doctor based TTDI, Bangsar and Puchong Premier Clinic
Doktor Kee Yong Seng PAKAR YANG PROLIFIK
Read More >
Doctor Rachel Chong, aesthetic doctor in TTDI and Bangsar Premier Clinic
Doktor Rachel Chong Seniman Yang Elegan
Read More >
Doctor Chen, Founder and Aesthetic doctor in Premier Clinic Malaysia
Doktor Chen Tai Ho MERENTASI KECEMERLANGAN ESTETIK
Read More >
Doctor Nigel Ong, aesthetic doctor in Bangsar and KL City Premier Clinic
Doktor Nigel Ong Pakar Inovatif
Read More >
Doktor Foo Wing Jian PESONA YANG MENAWAN
Read More >
Doctor Deeban, Aesthetic doctor in Premier Clinic KL City, TTDI and Puchong
Doktor Deeban Ramasamy Maestro Rejuvenasi
Read More >
Doctor Shilpa, Aesthetic doctor in Premier Clinic KL City, Bangsar and Mont Kiara
Doktor Shilpa Suresh MASA DEPAN KECEMERLANGAN ESTETIK
Read More >
Dr Tarina Sandara
Doktor Tarina Sandara Seniman Pelopor
Read More >
Doctor Keerthana, Aesthetic physician in Premier Clinic TTDI and Bangsar
Doktor Keerthana Shukdesh OTAK PENCETUS REGENERATIF
Read More >


About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat