Simptom-simptom awal kayap adalah demam, seram sejuk, dan rasa lemah seperti sakit yang kuat, kepanasan, gatal, dan sensasi cucukan (tingling). Ruam dan tompok kemerahan mungkin terbentuk beberapa hari selepas itu. Semasa peringkat awal, kayap adalah tidak berjangkit daripada pesakit kepada orang lain. Tompok merah jambu atau kemerahan mungkin kelihatan pada bahagian badan yang menempatkan sistem laluan saraf.

Simptom-simptom lain yang mungkin kelihatan:

Lepuhan berair – Terbentuk daripada ruam yang kelihatan sama dengan lepuhan daripada cacar air. Lepuhan ini mungkin akan timbul bersama dengan kegatalan dan akan terus menjadi lebih teruk untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, lepuhan ini hanya akan terjadi di satu kawasan dan tidak merebak ke serata tubuh badan.

Keruping (scabbing) dan berkerak – Keruping dan kerak pada kulit mula terbentuk apabila lepuhan mula menipis dan mengering. Setiap lepuhan akan mengambil masa selama kira-kira satu hingga dua minggu untuk menjadi berkerak dengan sepenuhnya. Risiko penularan virus menjadi rendah apabila lepuhan mengerak dengan sepenuhnya.

Lilitan kayap– Lilitan kayap kelihatan seperti formasi tali pinggang atau separuh tali pinggang di sekeliling tulang rusuk dan pinggang. Lilitan kayap ini dapat dikenal pasti dengan mudah dan biasanya meliputi bahagian yang luas pada satu bahagian tengah badan.

Kayap oftalmus – Kayap oftalmus menjangkiti saraf oftalmus yang mengawal sensasi serta pergerakan wajah. Kayap ini timbul di sekeliling mata, dahi, dan hidung, dan biasanya datang bersama sakit kepala. Kemerahan dan bengkak pada mata, keradangan pada bahagian kornea atau iris dan mata yang meluyu (drooping) merupakan simptom-simptom yang akan dialami. Kayap oftalmus juga mungkin menyebabkan kehilangan deria penglihatan untuk sementara atau kekal.

Jangkitan – Jangkitan bakteria mungkin berlaku disebabkan oleh lepuhan. Penjagaan yang cermat dengan memastikan bahagian itu bersih dan menahan daripada menggaru akan mengurangkan sebarang kemungkinan risiko jangkitan sekunder. Rawatan yang betul dan awal membantu menghalang bakteria daripada merebak dan menyebabkan parut.
Kayap tidak boleh berjangkit daripada seorang individu kepada individu lain. Tetapi virus cacar air pada kanak-kanak kadang-kala boleh menjangkiti seseorang yang belum pernah dijangkiti cacar air, tetapi bukan kayap. Dalam situasi ini, seseorang itu mungkin dijangkiti cacar air, bukan kayap. Sesuatu jangkitan kayap hanya mungkin merebak melalui sentuhan terus dengan cecair daripada lepuhan dan bukan daripada batuk atau bersin. Kayap adalah lebih susah dijangkiti berbanding dengan cacar air.