Terdapat pelbagai amalan dan petua yang boleh mengurangkan dan memperlahankan proses pengenduran payudara.
Ini termasuk:
Sekiranya anda menyusukan anak kecil atau bayi , letakkan bayi pada kedudukan yang betul bagi menghalang masalah pengenduran payudara. Menurut kajian, setelah sekian lama proses menyusukan badan berlangsung, tempoh proses pemutusan susu ibu menyumbang kepada berlakunya masalah ini. Hal ini kerana, susu badan yang terkumpul di dalam payudara, meregangkan kulit. Oleh yang demikian, sebagai langkah pencegahan, adalah digalakkan untuk menyusukan anak pada posisi penyusuan yang betul dengan cara duduk di atas kerusi atau pun bangku, dan letakkan bayi pada kedudukan yang lebih tinggi daripada posisi lengan. Juga, amalkan supaya bayi menyusu dari posisi tepi dan bukannya daripada bawah.

Mengurut payudara dari masa ke semasa dalam rutin harian dapat membantu pergerakan saraf payudara. Hal ini juga meningkatkan kadar serapan oksigen melalui otot dan tisu payudara dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Mengganti bra yang lama kepada yang baru adalah salah satu cara untuk mengelakkan berlakuya pengenduran payudara. Ini kerana keadaan mangkuk dan getah tali sudah pasti menjadi longgar serta keadaan bra itu sendiri tentunya sudah meregang kerana dicuci berulang kali. Anda digalakkan untuk mencuci bra menggunakan tangan dan air sejuk serta tidak menggunakan pengering pakaian bagi mengelakkan regangan fabrik dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian berlakuanya payudara kendur.
