Terdapat beberapa jenis psoriasis:

Psoriasis Plak/ Psoriasis Vulgaris
Juga dikenali sebagai psoriasis vulgaris. Kondisi ini adalah jenis psoriasis yang paling biasa. Psoriasis vulgaris menyebabkan sisik atau plak berwarna putih-perak terbentuk untuk menutup tompok-tompok dan menyebabkan kemerahan dan keradangan pada kulit. Penyakit kulit ini biasa didapati di siku, lutut, dan kulit kepala.

Psoriasis Guta (Guttate Psoriasis)
Biasa terjadi dalam bentuk kecil, merah jambu, dan bertompok air mata di bahagian torso, lengan, dan kaki. Kondisi ini biasa dialami semasa kanak-kanak atau remaja dan tidak terjadi dengan meluas seperti psoriasis plak.

Psoriasis Songsang (Inverse Psoriasis)
Inverse psoriasis ialah kondisi kulit yang terbentuk di lipatan kulit yang berpeluh banyak dan lebih sensitif berbanding bahagian lain. Kondisi kulit ini boleh berlaku di bahagian ketiak, bawah payu dara, lipatan paha, kulit di sekeliling alat kelamin dan di antara punggung. Luka mungkin boleh menyebabkan gatal, sakit, dan pendarahan di kawasan yang dijangkiti.


Psoriasis Palmoplantar
Sejenis psoriasis yang menjangkiti tapak tangan dan kaki. Penghidap psoriasis palmoplantar akan menunjukkan gejala kemerahan, sisik, serta kulit yang timbul dan tebal. Kegatalan dan kulit terasa panas.

Psoriasis Eritrodermik
Suatu kondisi kulit yang menjangkiti keseluruhan permukaan kulit yang berpenyakit. Kondisi ini jarang terjadi, agresif, dan adalah satu bentuk psoriasis yang menyebabkan keradangan. Psoriasis eritrodermik yang tidak dirawat boleh mengancam nyawa dan puncanya adalah sistem imunisasi yang terlalu aktif.

Psoriasis Kulit Kepala
Psoriasis kulit kepala merebak ke bahagian dahi, belakang leher, belakang telinga, dan seluruh kulit kepala. Sesetengah orang salah menyangkakan kondisi ini sebagai kelemumur berlebihan. Psoriasis kulit kepala menyebabkan tompok-tompok timbul, kemerahan, dan bersisik. Punca sebenar kondisi ini masih belum diketahui, tetapi doktor percaya kondisi ini terjadi disebabkan oleh masalah dengan sistem imunisasi yang menyebabkan sel untuk tumbuh terlalu cepat.

Psoriasis Pustular
Jenis psoriasis ini adalah bersisik, berkelupas, dan gatal. Psoriasis pustular boleh terjadi disebabkan keturunan tetapi tidak boleh merebak melalui sentuhan kulit. Kondisi ini menjangkiti bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Psoriasis pustular boleh dikenali dengan bengkakan bernanah berdekatan atau di bawah permukaan kulit yang bercapuk (blotches) atau melepuh (blister). Kondisi ini biasa menjangkiti orang dewasa dan sangat jarang menjangkiti kanak-kanak atau bayi.

Psoriasis Kuku
Psoriasis kuku menyebabkan kuku menjadi kuning dan berlekuk tetapi psoriasis ini tidak berjangkit. Psoriasis ini berlaku disebabkan kombinasi faktor genetik, immunologi, dan persekitaran. Psoriasis kuku mungkin menyerupai jangkitan fungus pada kuku menjadikannya sukar untuk dikenal pasti tanpa perundingan dengan doktor.