Osteoarthritis: Puunca & Gejala Sakit Lutut

Medically reviewed by Doktor Foo Wing Jian on Ogo 1, 2019

APA ITU OSTEOARTHRITIS?

Osteoarthritis adalah arthritis yang paling biasa, dan ianya juga dikenali sebagai penyakit sendi merosot. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian sendi di dalam badan dan ianya berkait rapat dengan kerosakan rawan di dalam sendi. Selalunya, Osteoarthritis berlaku di pinggul, lutut dan tulang belakang yang merupakan sendi utama menanggung berat. Ini akan berterusan selamanya dan akan menjadi beban sekiranya tidak dirawat.

What Is Osteoarthritis

What Is Osteoarthritis

BAGAIMANA OSTEOARTHRITIS BOLEH BERLAKU?

Pembentukan osteoarthritis bermula dengan kecederaan pada rawan. Rawan mengandungi sel kondrosit di dalam bendalir, satu matriks, yang mengandungi kolagen dan proteoglycans. Kecederaan mungkin mencetuskan keradangan yang mengakibatkan sintesis enzim kemerosotan matriks rawan, yang dihasilkan oleh kondrosit. Dalam jangka masa tertentu, aktiviti katabolik melebihi aktiviti anabolik dan mekanisme baik pulih luar biasa akan mengakibatkan pembentukan osteofit, dan rawan terus merosot.

How Does Osteoarthritis Happen

JENIS & TAHAP KECEDERAAN LUTUT

  • Kecederaan ACL 
  • Kecederaan PCL
  • Kecederaan LCL 
  • Kecederaan MCL 
  • Koyakan Meniscus 
  • Penyakit Osgood-Schlatter 
  • Sakit Lutut Anterior (Bahagian Depan) dalam kalangan remaja

Types Of Knee Pain

PUNCA OSTEOARTHRITIS

Punca osteoarthritis termasuk kecederaan lama pada sendi, obesiti dan juga faktor umur. Hanya ada satu punca penyakit ini yang boleh dicegah, iaitu obesiti. Mereka yang mempunyai berat berlebihan akan mendapat gejala osteoarthritis. Ini kerana berat yang berlebihan meletakkan beban tambahan ke atas rawan lutut dan mengakibatkan kemerosotannya.

Causes Of Osteoarthritis

Antara punca berlakunya osteoarthritis:

  • Berat badan berlebihan
  • Faktor umur
  • Kecederaan atau bersukan
  • Kecederaan sendi atau stress
  • Kecenderungan genetik
  • Kelemahan otot

Causes Of Osteoarthritis

CARA PENCEGAHAN OSTEOARTHRITIS?

Melakukan senaman yang meningkatkan kekuatan dan kelenturan adalah salah satu cara untuk mengelak penyebab utama kecederaan lutut. Beberap faedah dari senaman tersebut adalah seperti berikut:

Strengthening exercises

Senaman Kekuatan

Senaman kekuatan otot hamstrings dan quadriceps. Menguatkan otot tersebut boleh mengurangkan tekanan dan membantu lutut untuk menyerap kejutan.

Flexibility exercises

Senaman Kelenturan

Senaman kelenturan meregang otot yang menampung lutut dan pada masa yang sama menguatkannya. Regangan yang ringan meningkatkan kelenturan dan mengurangkan kesakitan, manakala regangan yang kuat boleh mengakibatkan kesakitan dan ketegangan otot.

Mengekalkan lutut sentiasa sihat dan bebas kecederaan bermula dengan memastikan otot sokongan kuat dan lentur. Pakar perubatan boleh memberikan pelan senaman mengikut individu dan juga tips bagaimana untuk memastikan lutut berada dalam keadaan baik.

BAGAIMANA UNTUK LUTUT KEKAL SIHAT?

Antara punca sakit lutut yang umum berpunca dari terseliuh, regangan dan keretakan, yang boleh dielakkan.

Tips bagaimana untuk kekalkan lutut sentiasa sihat:

  1. Pemakaian kasut yang sesuai memberikan sokongan yang baik kepada lengkung kaki. Kasut yang tidak sesuai meningkatkan insiden pronasi yang menambahkan tekanan kepada lutut dan boleh mengakibatkan kesakitan dan kecederaan.
  2. Membawa objek berat meletakkan stress pada lutut; minta bantuan sekiranya merasakan objek terlalu berat untuk seorang individu alihkan.
  3. Amat penting untuk kekalkan berat badan yang sihat. Berat badan berlebihan bukan sekadar meletakkan stress pada lutut, bahkan meningkatkan risiko pembentukan osteoarthritis.
  4. Senaman seperti berjalan atau berenang boleh menguatkan lutut; tidak melakukan senaman yang lasak dan diselangi dengan senaman lain merupakan amalan yang bagus bagi mengelakkan kecederaan.
  5. Senaman angkat berat juga salah satu cara yang baik untuk menguatkan lutut, dan mesin senaman berimpak rendah di gim yang boleh menguatkan lutut, menjadikan ia kurang terkesan dengan kecederaan.
  6. Lindungi lutut dengan memakai perlindungan ketika bersukan seperti bola sepak, dan jangan lupa untuk membua regangan sebelum membuat sebarang aktiviti fizikal. Sentiasa ingat teknik dan posisi yang betul semasa bersukan.

How To Keep Healthy Knee

How To Keep Healthy Knee

CARA SEMULAJADI MENJAGA LUTUT

Tidak ada rawatan khusus untuk osteoarthritis, maka pesakit selalunya diberikan ubat tahan sakit yang berisiko yang mempunyai kesan sampingan yang serius. Akan tetapi, banyak bukti yang menunjukkan perubahan gaya hidup dan pemakanan boleh membantu mengelak terjadinya penyakit dan memberikan kelegaan jangka masa panjang dari gejala osteoarthritis. Maka pendekatan holistik perlu diambil.

Natural Ways Of Taking Care-Of-The-Knee

Kuncinya adalah untuk menjadi sihat dan cergas dengan senaman dan diet optimum bagi mengelakkan kecederaan dan mengurangkan stress, kelesuan dan kemurungan.

Saranan utama:

  • Senaman secara bersederhana menguatkan tulang dan otot, meningkatkan kelenturan, mengurangkan sakit dan kelesuan dan melegakan stress dan kemurungan. Berjalan, berenang dan yoga adalah cara yang baik untuk kekal aktif dengan stres yang minimum. Namun, jangan terlalu mendesak diri sendiri.
  • Penjagaan berat badan yang sihat menghindarkan sendi dari perlu menampung berat badan berlebihan.
  • Rehat dan istirehat mengurangkan stress kepada sendi dan menambahbaik kesihatan.
  • Diet yang optimum membekalkan nutrisi yang diperlukan bagi mencegah penyakit degeneratif dan amat penting bagi kelegaan OA. Daging merah, sebagai contoh, boleh meningkatkan risiko keradangan dan arthritis. Menyingkirkan makanan tidak bernutrisi seperti karbohidrat tinggi indeks glisemik, dan diet rendah lemak (20% hingga 30% dari kalori) kaya dengan ikan laut, bijirin penuh, buah- buahan segar dan sayur- sayuran, daging ayam pejal dan tenusu rendah lemak. 
  • Minyak ikan Omega 3 merupakan anti- keradangan semulajadi yang kuat. Maka, lebihkan ikan omega 3 dalam pemakanan anda seperti, ikan salmon segar termasuk supplemen minyak ikan.

Natural Ways Of Taking Care-Of-The-Knee

Natural Ways Of Taking Care Of The Knee

PILIHAN RAWATAN UNTUK MERAWAT OSTEOARTHRITIS

Rawatan bagi osteoarthritis selalunya bergejala. Analgesik (pain relievers), non-steroidal-anti-inflammatory drugs (NSAIDS), pengurangan berat badan, senaman, alat bantuan seperti pelapik kasut, pendakap, tongkat, walker dan lain- lain. Suntikan glucocorticoids dan viscosupplements (pelincir terhasil sama ada dari balung ayam atau bakteria) juga membantu. Walau bagaimanapun, lama- kelamaan pesakit akan memerlukan pembedahan menggantikan sendi.

Treatments Options To Treat Osteoarthritis

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang osteoarthritis dengan lebih lanjut, hubungi pakar kami di Premier Clinic untuk pembedahan yang selamat dengan harga mampu milik dan anda akan mendapat pembedahan sendi gantian yang terbaik. Kami boleh dihubungi dari 8 pagi sehingga 12 tengah malam SETIAP HARI.

Hubungi/WhatsApp: 012-662-5552/012-773-2074
Emel: contactus@premier-clinic.com

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos