Semua Yang Anda Patut Tahu Mengenai Garisan & Kedutan Di Leher

Medically reviewed by Doktor Kee Yong Seng on Jul 23, 2020

APA ITU KEADAAN ‘TURKEY NECK’?

Turkey Neck

Turkey Neck – Leher ayam belanda adalah keadaan yang mana kulit di leher menjadi bergaris, berkedut dan menggeleber. Keadaan ini sangat menyerupai keadaan leher ayam belanda dan dari situlah masalah kulit ini mendapat namanya.

Kulit menggeleber, berkedut, dan lipatan di leher selalunya membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua. Sebenarnya bukan begitu. Sesetengah orang akan mengalami proses penuaan pada usia muda yang menjadikan mereka kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

WHAT IS A TURKEY NECK

TETAPI, APA PUNCA KULIT LEHER MENGGELEBER DAN BERKEDUT?

Pertamanya, kita perlu faham bahawa penuaan adalah satu proses semulajadi dan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada masalah kulit menggeleber dan berkedut. Semakin kita berusia, peratusan lemak tubuh akan berkurang dan menyebabkan badan mengecut.

Selain itu, penghasilan kolagen dan serat elastin akan turut sama berkurang semasa proses penuaan berlaku. Ini akan menyebabkan kulit menjadi kendur dan hilang keanjalan. Lama- kelamaan, kulit anda akan mula menggeleber dan menyebabkan kedutan dan lipatan terbentuk.

Kedua, sinaran matahari juga merupakan salah satu penyumbang utama kepada masalah kulit berkedut. Terdedah kepada sinaran matahari yang berbahaya akan merosakkan kolagen dan serat elastin yang memegang tisu kulit kita. Ini akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat daripada kebiasaan.

Ketiga, gaya hidup juga merupakan satu faktor yang penting. Menurut kajian, mereka yang mengambil alkohol dan merokok akan mengalami proses penuaan lebih cepat berbanding mereka yang tidak mengambil alkohol dan tidak merokok.

Kita tidak boleh menghentikan masa tetapi kita boleh memilih gaya penampilan kita. Kedutan adalah sebahagian daripada proses penuaan tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh mengawal kesannya pada tubuh kita. Banyak lagi maklumat mengenai ini selepas ini.

SAGGY Turkey Neck  SAGGY Turkey Neck

JENIS-JENIS KEDUTAN PADA LEHER

Terdapat beberapa jenis kedutan & lipatan pada leher. Memahami jenis kedutan & lipatan pada leher yang mengganggu anda akan dapat membantu anda memilih rawatan yang terbaik bagi menghilangkannya.

Garisan Mendatar

Garisan mendatar pada leher anda menandakan kulit anda sudah mula mengendur. Keadaan ini berlaku kerana kulit sudah tidak boleh kembali ke bentuk asal. Lama-kelamaan, kulit akan menggeleber dan membentuk garisan dan lipatan pada leher anda.  

Garisan Menegak

Garisan menegak berlaku disebabkan leher menyokong kepala dalam kedudukan yang sama pada masa yang lama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila anda menggunakan komputer atau telefon, atau sewaktu anda tidur. Kedudukan otot menyebabkan kulit meregang secara menegak dan disebabkan kita telah kekurangan kolagen, kulit tidak lagi mampu untuk kembali ke bentuk asal.

CARA MENGELAKKAN KEDUTAN PADA LEHER

Avoid the sun or wear sunblock

Elakkan sinaran matahari atau pakai krim pelindung matahari setiap kali keluar rumah. Pendedahan kepada matahari akan mempercepatkan proses penuaan dan menjadikan garisan di leher anda menjadi semakin teruk.

Exfoliate your skin

Exfoliate (proses pengelupasan) kulit anda dua kali seminggu. Exfoliating membantu menggalakkan pembaharuan sel, menyingkirkan sel kulit mati, dan menyegarkan kulit.

moisturising routines

Kekalkan kelembapan kulit. Pelembap boleh membantu menyegarkan kulit anda dari dalam. Pelembap juga menyuburkan kolagen dan serat elastin bagi mengekalkan keremajaan kulit anda.

topical lotions

Gunakan losyen topikal yang mengandungi vitamin C, asid glycolic atau retinol. Vitamin C terkenal dengan khasiat yang bermanfaat kepada kulit dan asid glycolic bermanfaat dalam proses penyingkiran sel kulit mati. Retinol pula terkenal dalam membantu proses penyembuhan.

PETUA SEMULA JADI BAGI MENGURANGKAN & MENGHILANGKAN GARISAN PADA LEHER

Banana Mask  Banana Mask

Mask Pisang

Pisang kaya dengan protein dan vitamin yang meningkatkan kualiti kulit. Hanya hancurkan pisang menjadi pes dan sapu pada kulit anda. Biarkan selama 10 minit dan basuh bersih.

Egg Whites

Putih Telur

Putih telur membantu mengekalkan kelembapan kulit anda. Selepas mencuci muka, sapu putih telur pada muka anda dan biarkan kering. Kelembapan yang terhasil membantu mengekalkan kesegaran dan memulihkan kulit anda.

Olive Oil

Minyak Zaitun

Minyak zaitun yang bersifat menyembuhkan kulit membantu meningkatkan penghasilan kolagen. Anda boleh sapu terus pada kulit atau mengambilnya dalam dos yang kecil setiap hari.

Aloe Vera  Aloe Vera

Aloe Vera

Aloe vera mempercepatkan proses penyembuhan dan membaiki kulit anda. Aloe Vera juga mengembalikan kelembapan kulit anda.

Vitamin C  Vitamin E

Vitamin C & E

Apabila kulit anda terdedah kepada matahari, kulit akan mengering dan kolagen akan musnah. Vitamin E telah terbukti sangat berguna dalam merawat kulit dan melindungi kulit daripada sinaran UV. Vitamin C pula membantu meningkatkan penghasilan kolagen yang diperlukan oleh kulit anda. 

Kesemua petua ini sangat berguna dalam menghilangkan kedutan di leher derta garisan di leher jika petua-petua ini diamalkan dengan tekun dan konsisten. Petua-petua ini juga hanya berhasil sekiranya digunakan pada peringkat awal masalah garisan di leher.

Bagi kes yang lebih teruk, anda boleh mendapatkan rawatan kecantikan:

DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai masalah turkey neck, garisan pada leher dan penyelesaiannya, sila hubungi kami untuk mendapatkan temujanji sesi rundingan bersama doktor-doktor perubatan kami. Anda boleh hubungi kami dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Hubungi/WhatsApp kami di:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6011-2615-8229 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

RAWATAN PILIHAN UNTUK LEHER KEDUTRawatan pilihan untuk leher kedut

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos