DR FOO WING JIAN
Dr Foo Wing Jian merupakan Pengamal Estetik Perubatan LCP (Letter of Credentialing & Privileging) yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beliau juga memegang jawatan sebagai Pengarah Perubatan (Jabatan Rawatan Rambut) di Klinik Premier dengan tumpuan kepada penanaman rambut, estetik lelaki, prosedur facial enchancement termasuk (dan tidak terhad untuk) suntikan, prosedur lifting, dan rawatan laser. Dr Foo beroperasi sepenuh masa di cawangan Mont Kiara di mana dia merawat sekurang-kurangnya 120 pesakit setiap minggu.
Dengan pengalaman dalam prosedur penanaman rambut, tidak dinafikan beliau adalah seorang yang sangat teliti dan fokus dengan hasil kerjanya.
KELAYAKAN
Dr Foo menerima Sarjana Muda Perubatan dari UCSI, Malaysia. Beliau meraih Kepujian Kelas Pertama dan merupakan yang tertinggi dalam kelasnya membuktikan hasil kerja keras dan kepandaiannya. Selepas itu, beliau meneruskan pengajiannya dalam Diploma in Aesthetic Medicine dari American Academy of Aesthetic Medicine, USA.
Beliau meneruskan pengajian seterusnya ke Sijil Pasca Siswazah dalam Dermatologi dari Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM) kerana minat beliau dalam bidang estetik. Semasa pengajian, beliau banyak belajar tentang cara mengatasi pelbagai masalah dan penyakit berkaitan kulit. Ini membuka peluang untuk beliau memahami dengan lebih dalam tentang masalah kulit dan cara-cara untuk merawatnya.
Bukan itu sahaja, beliau kemudiannya menyambung pengajian Pasca Siswazah dalam Pemindahan Rambut di Georgia. Kursus ini telah memulakan kariernya dalam prosedur penanaman rambut seperti Hair Filler dan SMP. Beliau juga sering kali diundang untuk menghadiri acara media seperti stesen radio AiFM, temuramah bersama majalah Harper’s Bazaar Malaysia, Mingguan Wanita dan lain-lain untuk mengetengahkan dengan lebih lanjut mengenai masalah serta rawatan pilihan untuk masalah rambut.
Dr Foo juga merupakan seorang KOL, penceramah, panel serta pelatih untuk rawatan Regenera Activa (rambut) dan Wonder Prestige (pembentukan otot) di Malaysia. Pada masa ini, Dr Foo merupakan Ketua Jabatan Rambut di Premier Clinic.
Selain itu, beliau juga merupakan pengerusi dan penceramah untuk sesi rawatan rambut di Aesthetic Medicine & Surgery Conference (AMSC) 2022
Sepanjang karier beliau, Dr Foo berpeluang untuk bekerja di bawah tunjuk ajar beberapa pakar kulit yang terkemuka.
KEHIDUPAN AWAL
Perjalanan Dr Foo dalam perubatan estetik bermula dari pengalaman beliau sejak kecil. Beliau selalu berhadapan dengan isu imej badan, masalah rambut gugur & botak serta masalah kulit. “Tahap keyakinan saya sangat rendah sehinggakan saya tidak mahu untuk melihat cermin,” kata Dr Foo.
Berazam untuk menjadi lebih baik, beliau memulakan perjalanan untuk mengubah dirinya.
Hari ini, Dr Foo telah menginspirasikan orang ramai untuk menjadi yang terbaik.
KEAHLIAN PROFESSIONAL
Dr Foo menyumbang secara aktif ke arah perkembangan estetik di Malaysia. Beliau mempunyai keahlian dalam Malaysian Medical Council (MMC), International Society of Hair Restoration Surgery (ISHRS), Asian Association of Hair restoration Surgery (AAHRS), American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM), Academy of Family Physicians of Malaysia (AFPM) & Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia (MPCN).
MINAT PERIBADI
Masa terluang beliau, Dr Foo suka melancong ke serata dunia. Beliau suka meluangkan masa meneroka alam semulajadi dan berasa bertuah kerana dapat merasa dan melihat sendiri cara kehidupan orang luar dan perbezaan daripada kehidupannya. Ia membuka minda beliau kepada pelbagai kemungkinan dan cara baru untuk hidup.
Jika anda berminat untuk berjumpa dengan Dr Foo untuk sesi rundingan berkenaan penanaman rambut, rawatan anti penuaan atau sebarang nasihat kecantikan, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami di 012-662 5552 atau contactus@premier-clinic.com.