Apa Itu STretch Mark & Apakah Puncanya

Medically reviewed by Doktor David Wee on Ogo 1, 2019

APA ITU STRETCH MARK?

Stretch mark adalah sejenis parut pada kulit yang menyebabkan kulit berwarna berbelang pudar. Stretch mark terbentuk apabila kulit merenggang dan mengecut dengan cepat. Apabila perubahan ini berlaku, kulit mengalami satu fasa pertumbuhan mendadak yang menyebabkannya tidak boleh kembali ke bentuk asal. Proses ini menyebabkan kolagen dan elastin, yang berfungsi untuk menyokong kulit, menjadi terlerai. Apabila kulit mula sembuh, stretch mark mula terbentuk dan mula kelihatan pada kulit.

What are Stretch Marks

Stretch mark boleh terbentuk dalam variasi warna dan rupa yang berbeza. Ia dikategorikan kepada dua jenis iaitu stretch mark merah dan stretch mark putih. Ia juga biasanya terbentuk seperti garis panjang dan kecil pada permukaan kulit. Juga dikenali sebagai striae.

Stretch mark tidak menyebabkan kesan buruk kepada penghidapnya. Cuma mungkin boleh menjejaskan keyakinan dan harga diri seseorang. Stretch mark boleh terjadi di beberapa bahagian badan seperti perut, peha, punggung, payu dara, bahagian lengan, serta bahagian bawah belakang. Dengan menjalani rawatan yang betul serta bantuan beberapa produk tertentu, masalah ini boleh dikurangkan dengan masa, tetapi ianya tidak akan hilang sepenuhnya.

APA PUNCA STRETCH MARK?

Stretch mark adalah lebih banyak dialami oleh wanita berbanding lelaki, tetapi ia boleh terjadi kepada kedua-dua jantina. Secara amnya, ianya mudah terjadi apabila badan membesar dengan kadar yang cepat.

Stretch mark mungkin terjadi disebabkan oleh:

  • Penambahan berat badan drastik pertambahan saiz (jisim) badan yang cepat dan berlebihan
  • Penurunan berat badan drastik Kulit tidak boleh mengecut ke bentuk asal dengan serta merta
  • Perubahan fizikal kanak-kanak kepada remaja Kanak-kanak akan bertambah ketinggian atau bertambah berat badan semasa akil baligh

Causes of Stretch Marks

  • Kehamilan Apabila perut membesar untuk menempatkan bayi, hormon yang dirembeskan semasa kehamilan juga akan melemahkan fiber kulit sekali gus menyebabkan stretch mark kelihatan
  • Pembedahan implant payu dara payu dara yang terlalu besar
  • Sukan bina badan sukan angkat berat akan menyebabkan pertumbuhan otot badan yang drastik

Causes of Stretch Marks

  • Cushing’s Syndrome – disebabkan oleh penggunaan steroid yang berlebihan
  • Marfan syndrome & Ehlers-Danlos sejenis penyakit genetik yang melemahkan fiber kulit dan menyebabka pertumbuhan badan yang luar biasa

BAGAIMANA MENCEGAH STRETCH MARKS?

Sesiapa sahaja berisiko untuk mengalami stretch mark pada badan mereka. Ia tidak terbentuk kerana gaya hidup mahupun keturunan.

Terdapat beberapa amalan dan tips yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko serta merawat stretch mark seperti;

Maintain a healthy weight

Mengekalkan berat badan yang sihat

Mengamalkan diet yang sihat atau seimbang dengan menerapkan prinsip ‘eat clean’ boleh membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Piramid makanan membantu kita mengambil nutrisi yang cukup dan seimbang supaya kita boleh menguruskan berat badan dengan baik. Berat badan yang bertambah dengan mendadak akan menyebabkan kulit ter-renggang dan bila anda mengurangkan berat badan dengan cepat, kulit itu tidak dapat kembali kepada bentuk sebelum ini seperti yang anda mahukan. Inilah yang menyebabkan stretch mark.

Exercise

Senaman

Bersenam adalah perkara yang menyeronokkan dan juga sukar pada masa yang sama. Untuk mereka yang suka bersenam dan mengamalkan senaman dalam hidup seharian, ini adalah kelebihan buat mereka kerana senaman adalah cara yang paling efektif. Senaman adalah efektif kerana boleh mencantikkan rupa kulit dan memberikan ton kepada otot. Untuk mereka yang hendak baru bermula untuk bersenam, pergerakan ringan seperti berlari dan yoga boleh menguatkan otot punggung, peha, dan perut. Dengan menguatkan otot, kulit yang renggang boleh diketatkan serta mencepatkan proses penyembuhan.

Pilihlah mana-mana senaman yang boleh membantu anda mengekalkan kesihatan anda. Terdapat beberapa jenis senaman dengan fungsi-fungsi yang berbeza seperti ketahanan, menambah kekuatan, mengekalkan keseimbangan, serta senaman fleksibiliti. Setiap jenis senaman ini adalah berbeza daripada segi pergerakan dan tujuan.

Vitamin intake regularly

Pengambilan vitamin yang konsisten

Pengambilan nutrisi dan vitamin dalam kehidupan seharian juga boleh memburukkan kondisi stretch mark pada kulit anda. Mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral dengan mengambil vitamin A, C, D & E dalam kadar yang sesuai boleh membantu menyihatkan kulit. Selain itu mineral zinc serta protein juga baik untuk kulit. Dengan mengambil makanan yang membekalkan jumlah Omega-3 yang mencukupi seperti ikan salmon, hering, tenggiri, dan sardin juga boleh membantu kulit kekal lembab dan lembut.

Sayur dan buah membantu anda mendapatkan pelbagai nutrisi dalam satu sajian sahaja. Sumber Omega-3 daripada sayuran boleh didapati daripada chia seeds, walnut, kacang soya, dan flaxseed. Tetapi, mengambil makanan ini dengan berlebihan juga boleh menyebabkan masalah lain. Elakkan makan makanan berproses atau makanan ringan dan fast food kerana ia boleh membahayakan tubuh anda.

Aim for slow and gradual weight gain during pregnancy

Cuba menambah berat dengan perlahan serta beransur-ansur semasa kehamilan

Wanita yang hamil perlu meminta nasihat daripada doktor mengenai berapa banyak berat yang boleh ditambah dan dikekalkan semasa kehamilan mereka. Perubahan berat dengan mendadak semasa bayi mula membesar akan menyebabkan kulit terenggang dengan terpaksa seterusnya menjurus pembentukan stretch mark. Stretch mark boleh kelihatan semasa atau selepas kehamilan.

Stay Hydrated

Kekal Hidrat

Minum air yang mencukupi antara enam hingga lapan gelas sehari setiap hari akan membantu kulit anda kekal berhidrasi dan lembut. Kulit yang lembut boleh mengurangkan pembentukan stretch mark pada badan anda berbanding kulit yang kering. Kulit yang terhidrasi juga berfungsi dengan baik dalam menyembuhkan luka dengan lebih efisyen. Minuman berkafein serta berkarbonat mungkin meningkatkan risiko pembentukan stretch mark. Menyeimbangkan pengambilan cecair dalam badan dengan minum air, minuman berherba, serta minuman lain yang tidak mengandungi kafein dengan banyak akan membantu mengurangkan risiko pembentukan stretch mark.

Kaedah lain yang boleh membantu kulit kekal terhidrasi adalah dengan melembabkan kulit dengan kerap. Menyapu pelembab (moisturiser) sejurus selepas mandi atau sebelum terdedah kepada cahaya matahari, semasa kulit masih lagi lembab akan membantu produk untuk diserap dengan lebih baik oleh kulit. Ia juga membantu kulit kekal lembut, licin, dan lembab.

oral steroid drugs

Elak penggunaan steroids dalam oklusi atau ubatan steroid oral dalam jangka masa yang lama

Penggunaan krim atau losyen steroid yang berpanjangan boleh mengurangkan kolagen dalam kulit. Steroid juga menyebabkan stretch mark dengan mengurangkan keupayaan kulit untuk merenggang serta melemahkan struktur kulit.

BAGAIMANA MENCEGAH STRETCH MARK SEMASA KEHAMILAN?

Anda boleh melakukan beberapa perkara sama yang anda lakukan sebelum kehamilan untuk mengurangkan stretch mark tetapi beberapa jenis rawatan tidak boleh dilakukan kerana boleh membahayakan ibu dan bayi. Semasa kehamilan, anda boleh menjangka mengalami beberapa tanda yang lebih jelas akan mula timbul. Rawatan yang dicadangkan boleh membantu mengurangkan dan merawat stretch mark tetapi tidak boleh menghilangkannya terus. Penggunaan krim atau losyen yang mengandungi asid retinoik dan steroid adalah dilarang sama sekali.

Prevent Stretch Marks During Pregnancy

CARA MUDAH UNTUK MENGHILANGKAN STRETCH MARK?

Kehamilan dan baligh adalah dua masa apabila kita mula mengalami stretch mark. Untuk menghilangkannya dengan cara semula jadi adalah disarankan kerana tidak memakan kos yang besar serta boleh dilakukan dengan mudah.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menghilangkan stretch mark:

Cocoa shea butter

Butter koko & shea

Stretch mark menjadi lebih kelihatan apabila kulit anda kering. Butter koko & shea mengandungi elemen yang boleh menyembuhkan kulit kering dan mengurangkan parut, seperti warna kulit yang pucat, serta parut pada kulit. Ia mengandungi lemak tumbuhan yang membekalkan hidrasi yang tinggi dan berfungsi untuk melembabkan dan merawat kekeringan pada kulit justeru mencegah stretch mark daripada terbentuk.

Aloe Vera

Aloe vera

Berfungsi sebagai agen penyembuh semula jadi serta pelembut kulit. Menyapu aloe vera tulen pada kulit anda setiap hari selepas mandi adalah disarankan. Ia membantu menyembuhkan serta menenangkan kulit.

Hyaluronic acid

Asid Hyaluronik

Asid Hyaluronik atau HA adalah sejenis protein yang merangsang penghasilan kolagen untuk membantu kulit mengekalkan bentuknya dan kelihatan sihat.

Coconut Oil

Minyak Kelapa

Minyak kelapa adalah terkenal dengan elemen penyembuhannya. Ia juga membantu menyembuhkan luka pada kulit dan ini akan membantu menghilangkan stretch mark kerana stretch mar juga adalah sejenis parut yang terbentuk apabila kulit rosak.

APAKAH RAWATAN STRETCH MARK YANG ADA DI PASARAN KETIKA INI?

Terdapat banyak pilihan rawatan yang ada di pasaran ketika ini. Rawatan termasuk rawatan pencegahan serta mengurangkan stretch mark.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai masalah serta rawatan stretch mark, kami berbesar hati menerima panggilan anda supaya kami boleh membantu anda. Pegawai perkhidmatan pelanggan kami boleh dihubungi sepanjang tahun daripada pukul 8 PAGI sehingga 12 TENGAH MALAM SETIAP HARI.

WHATSAPP/CALL: +6012-662-5552
EMAIL: contactus@premier-clinic.com

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos