Botox, juga dikenali sebagai botulinum toxin dihasilkan oleh mikroba Clostridium botulin. Ia digunakan di dalam kosmetik untuk menghilangkan kedutan atau merawat penyakit otot dengan melumpuhkan otot buat sementara waktu. Secara azali, botulinum toxin boleh mengakibatkan kematian dan oleh itu ianya hanya boleh di gunakan didalam kosmetik dalam bentuk kecairan yang sangat tinggi. Ia di yakini selamat dan telah mendapat kelulusan daripada US Food and Drug Administration (FDA). Ia telah didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Premier Clinic adalah klinik sah untuk melakukan rawatan tersebut.
Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memilih untuk mendapatkan suntikan botox oleh kerana beberapa kelebihan, antaranya bagaimana ia berkesan dalam melemahkan otot yang digunakan apabila anda berkerut, dan dengan itu menghilangkan kedutan di mata. Botox (botulinum toxin) boleh digunakan tanpa ubat bius.
Suntikan botox juga boleh mengubah riak wajah dengan menghilangkan kedutan di kening anda. Daripada kelihatan seperti orang yang sedang marah atau bersedih, kini anda boleh nampak lebih tenang.
Ramai yang memilih Botox untuk menghilangkan kedutan atas dahi yang membuatkan mereka nampak lebih tua dari usia sebenar. Setelah menggunakan riak muka sekian lama, ini akan meniggalkan kesan kedutan atas kulit tanpa anda sedari. Tetapi, Botox boleh membantu mengurangkan kedutan ini dengan merehatkan otot supaya anda kelihatan muda remaja. Kedutan pada dahi boleh dikurangkan selama beberapa bulan hanya dengan satu suntikan Botox.
Botox boleh digunakan dengan selamat dalam kuantiti yang sedikit. Botox menghalang sistem saraf dari menghantar mesej kepada otot, menjadikannya lumpuh sementara.
Otot akan bergerak apabila sel saraf menghantar bahan kimia bernama acetylcholine di mana saraf bertemu dengan sel otot. Acetylcholine kemudiannya menyebabkan sel otot mengembang atau menguncup.
Namun, dengan memasukkan Botox, kawasan yang disuntik akan menghalang pengeluaran acetylcholine, supaya otot kita tidak lagi bergerak. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana apabila Botox ini semakin mengurang, anda boleh merasai deria seperti sebelum ini.
Antara penemuan terbaru mengenai Botox adalah ianya boleh membantu membentuk semula rahang. Botox boleh mengurangkan otot rahang yang besar, supaya anda mendapat dagu yang lebih halus. Rawatan ini selalu diminta oleh orang yang memiliki bentuk muka yang petak dan menginginkan bentuk muka yang bujur sirih.
Botox juga boleh digunakan dalam rawatan bukan kosmetik yang lain seperti peluh yang melampau, migrain, blesparospasm atau kerdipan mata yang tidak terkawal. Dalam kata lain, rawatan ini sesuai untuk:
Rawatan botulinum toxin ini juga mengurangkan kedutan di dahi, tepi mata, dagu, leher, dan senyuman yang nampak gusi.
Walaupun Botox terkenal sebagai rawatan untuk muka, sekarang Botox sudah mula digunakan untuk menambahkan keanjalan payudara. Botox untuk payudara dilakukan di sekitar dada untuk menaikkan payudara dan mengurangkan kedutan.
Botox adalah satu pilihan untuk mencantikan payudara tanpa melibatkan pembedahan. Ia membantu menambah volume untuk mengelakkan kedutan dan mengembalikan keremejaan payudara. Botox juga boleh membuat payudara kelihatan lebih besar dan lurah yang lebih dalam.
Sebagai rawatan mengurangkan kedutan, Botox akan disuntik ke dalam otot yang melibatkan pembentukan kedutan. Dalam kes ini, otot dada yang mengendur akan menampakkan payudara lebih kecil dan lanjut. Oleh itu, Botulinum Toxin akan disuntik ke dalam otot dada yang menarik payudara ke bawah supaya anda kelihatan mendada dan payudara lebih terangkat.
Dengan merehatkan otot, kedutan dan garisan halus akan berkurangan dengan sendirinya, menjadikan payudara anda lebih muda semulajadi. Pelopor penggunaan Botox sebagai rawatan payudara, Dr Neetu Nirdosh berkata prosedur yang cepat ini boleh mengatasi masalah payudara kendur dengan menegangkan kulit serta membuatkan ianya nampak 1 saiz lebih besar daripada saiz asal.
Hasil Botox untuk payudara boleh dilihat sejurus selepas prosedur. Anda tidak lagi perlu menunggu lama untuk payudara yang lebih anjal tanpa kedutan!
Peluh yang berlebihan (hiperhidrosis) adalah masalah yang dialami oleh ramai orang. Ianya boleh terjadi pada pelbagai bahagian badan terutamanya tapak tangan, ketiak, kepala, muka ari-ari atau belakang. Ianya boleh jadi memalukan jika perpeluhan ini berlaku dalam khalayak ramai. Kebanyakan pesakit yang menderita daripada masalah ini mengalaminya sejak kecil, tidak kira dalam keadaan sejuk atau panas.
Secara normal, kelenjar peluh mengeluarkan peluh apabila terdedah dengan cuaca atau situasi panas seperti semasa bersukan, demam atau stress. Apabila tidak berada dalam keadaan ini, sistem saraf akan menghantar signal kepada badan kita untuk berhenti menghasilkan peluh. Hiperhidrosis berlaku apabila kelenjar peluh tidak berhenti mengeluarkan peluh, walaupun di dalam keadaan sejuk.
Botox untuk peluh yang berlebihan berfungsi dengan menghalang tindakan kimia saraf yang menghantar signal kepada badan untuk terus menghasilkan peluh. Apabila tiada lagi signal yang dihantar, kelenjar peluh kita akan berhenti menghasilkan peluh. Dengan cara mengatasi peluh berlebihan ini, kami bukan sahaja boleh mengatasi masalah anda dengan cepat, malah berkesan tanpa kesan sampingan. 1 minggu diperlukan untuk hasil yang optimum, di mana anda boleh melihat kesannya secara berkala.
Kita tidak boleh menghentikan proses penuaan, tetapi tidak semestinya kita perlu nampak tua. Selama ini, anda mungkin pernah mendengar selebriti atau artis menggunakan Botox untuk nampak lebih muda. Sekarang, Botox adalah prosedur yang paling popular di dalam industri kosmetik. Setiap tahun, sebanyak 6 juta prosedur Botox (botulinum toxin) dilakukan di serata dunia. Botox selalu digabungkan dengan prosedur lain seperti rawatan kening, botox rahang atau penegangan kulit untuk hasil yang lebih ketara. Botox untuk rahang atau botox rahang digunakan untuk mengatasi masalah rahang besar, tidak sekata atau tidak sama besar antara kiri dan kanannya. Proses ini dilakukan dengan mengurangkan otot masseter (otot rahang).
Dalam proses penuaan, kulit kita akan nampak lebih kendur, menghasilkan kedutan dan garis halus. Kulit juga akan nampak lebih kering, dan kurang anjal – disebabkan elastin dan kolagen semakin berkurang (elastin dan kolagen adalah komponen penting yang menghubungkan sel-sel kulit antara satu sama lain). Tanpa keanjalan ini, kedutan dan garis halus akan nampak lebih ketara. Faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini adalah terdedah kepada cahaya matahari dengan terlampau, kurang minum air dan merokok.
Botox disuntik kedalam otot muka untuk menghalang otot daripada bergerak. Apabila otot kita tidak bergerak, kedutan-kedutan ini tidak akan terhasil, menjadikan kulit anda nampak lebih muda dan tegang!
Dalam 3-5 hari, anda boleh lihat kedutan dan garis halus ini semakin mengurang dan kulit semakin halus. Kawasan lain yang tidak disuntik akan tetap bergerak seperti biasa supaya riak muka anda akan tetap nampak normal.
Jika digunakan dengan betul, Botox tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada kesihatan. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dititik-beratkan sebelum anda menjalani prosedur ini. Selepas rawatan, anda mungkin merasa sedikit kebas, bengkak atau lebam di tempat suntikan itu sahaja. Anda juga mungkin rasa sedikit pening, kelopak mata jatuh dan selsema, bergantung kepada reaksi alahan anda terhadap Botox.
Namun begitu, kesan sampingan ini boleh dielakkan sekiranya doktor menggunakan teknik suntikan yang tepat, dan anda tidak menyentuh tempat suntikan selama 12 jam. Premier Clinic menyediakan rawatan ini dengan doktor yang pakar dan terlatih. Kami telah berpengalaman melakukan rawatan ini selama 5 tahun.
Dapatkan nasihat doktor pakar kami jika anda ada alahan terhadap Botox. Kesan sampingan Botox adalah sangat jarang. Jika anda menjalani rawatan Botox untuk kedutan mata, hanya ada 1% peluang untuk kelopak mata anda jatuh sementara. Doktor kami akan menasihati dan merawat anda sekiranya anda mengalami apa-apa masalah selepas rawatan.
Ada beberapa perkara yang perlu dititik-beratkan untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Doktor akan menerangkan perkara-perkara ini dalam sesi konsultasi kami, tetapi disini kami nyatakan beberapa perkara untuk pengetahuan anda.
Pertamanya, jangan sentuh kawasan suntikan Botox. Doktor akan menyuntik Botox di kawasan-kawasan yang strategik untuk melemahkan otot, jadi jika anda menyentuhnya, ia boleh menyebabkan Botox teralih ke tempat lain. Tangan anda juga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada poin suntikan.
Keduanya, sila jauhkan diri dari ubat tahan sakit dan alkohol selama 48 jam selepas prosedur. Alkohol dan ubat tahan sakit boleh mencairkan darah. Jadi, dengan mengambil kedua-dua bahan ini, luka suntikan anda boleh berdarah kembali.
Ketiganya, sila elakkan dari bersenam selepas suntikan Botulinum Toxin untuk mengelakkannya teralih dari kawasan sebenar.
Sebelum rawatan, doktor akan meminta anda untuk membuat beberapa ekspresi muka. Berdasarkan pergerakan otot anda, doktor akan menanda kawasan yang perlu disuntik. Kemudiannya, ubat bius sapu akan diletakkan untuk mengelakkan rasa sakit. Tiada ubat bius suntikan yang digunakan. Doktor akan menggunakan jarum yang sangat halus untuk menyuntik Botox terus kepada otot. Anda mungkin akan merasa tidak selesa untuk tempoh yang singkat.
Tiada tempoh pemulihan yang diperlukan untuk Botox. Suntikan ini hanya mengambil masa selama 10 minit, dan anda boleh kembali kepada rutin harian seperti biasa. Namun, 1 jam secara total diperlukan untuk sesi konsultasi, krim kebas, dan proses penyediaan.
Kesan Botox untuk kelanjar peluh boleh bertahan selama 6-8 bulan, dan sesi susulan adalah diperlukan untuk memastikan hasilnya terus kelihatan.
Harga Botox berbeza bergantung kepada premis, kerana sesetengah klinik mengenakan cas untuk per unit atau per kawasan, dan bergantung kepada masalah yang ingin anda atasi. Kos untuk Botox di Malaysia selalunya adalah RM80 – RM150 per unit. Untuk 10 unit, anda mungkin perlu membayar RM800 – RM1500. Doktor akan memeriksa muka anda sebelum memberitahu berapakah unit yang diperlukan. Jadi, anda boleh mengagak berapakah harga yang perlu dibayar sebelum membuat keputusan.
Di Premier Clinic, kami mengenakan cas bergantung kepada kawasan rawatan. Untuk kedutan dan garis halus di wajah, harga yang dikenakan adalah sekitar RM600 dan ke atas, manakala untuk menguruskan pipi, mengecilkan rahang dan masalah perpeluhan yang melebih, harganya adalah RM2000 dan ke atas. Oleh kerana prosedur ini akan melibatkan kawasan-kawasan yang sensitif seperti muka, dahi, rahang dan bawah mata, anda perlu mendapatkan rawatan ini HANYA daripada doktor pakar untuk mengelakkan risiko.
Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan V-shape atau suntikan Botox, sila hubungi kami untuk info yang lebih lanjut. Kami akan membantu anda untuk sesi konsultasi dengan doktor kami sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh yang anda inginkan supaya kami boleh bersedia untuk menerima kedatangan anda. Namun, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan dengan lebih awal supaya slot kami tidak penuh.
Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi:
Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B. Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2094 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com.
Lokasi kami adalah di sekitar Lembah Klang, termasuk TTDI, Bangsar, Puchong, KL City dan Mont Kiara. Anda juga boleh mengunjungi cawangan kami jika anda ada apa-apa persoalan.
Sama seperti suntikan lain, anda akan merasa sedikit tidak selesa seperti gigitan semut. Kami menggunakan jarum yang sangat halus untuk mengurangkan rasa sakit. Sebelum suntikan, kami juga akan mengenakan ubat bius sapu supaya anda rasa lebih selesa.
Suntikan Botox mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja.
Anda boleh melihat kesan Botox pada kulit anda lebih anjal, halus dan lebih muda hanya dalam 2-3 hari!
Hasil daripada Botox boleh bertahan dalam 3-4 bulan. Anda dinasihatkan untuk mengadiri sesi susulan untuk memastikan kecantikan anda tetap bertahan lama.
Sila jauhi makanan yang boleh mencairkan kepekatan darah seperti alkohol, aspirin, ibuprofen, vitamin E, ginseng, teh hijau, ginkgo kerana ianya boleh menyebabkan lebam atau bengkak. Selain daripada makanan diatas, tiada makanan spesifik yang lain boleh menyebabkan komplikasi kepada Botox.
Anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga habis tempoh menyusu bagi mengelakkan Botox daripada memberi kesan kepada bayi.
Proses ini dimulai dengan sesi konsultasi dengan doktor untuk kami mengetahui masalah yang ingin diatasi. Anda boleh mengajukan apa-apa soalan semasa sesi ini. Jika doktor merasakan anda boleh menjalani rawatan Botox, kami akan meneman anda ke bilik rawatan yang mana Botox akan disuntik ke kawasan yang diingini. Keseluran proses ini mengambil masa sehingga 1 jam.
Harga Premier Clinic adalah sangat berpatutan. Kami juga mengenakan bayaran ansuran untuk memudahkan anda.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos