Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu 中文
  • Bahasa Melayu English
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Ellanse Dermal Filler

Ellanse Dermal Filler

  • Apa itu Ellansé Dermal Filler
  • Bagaimana Ellansé Dermal Filler berfungsi
  • Kebaikan Ellansé Dermal Filler
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Langkah penjagaan semasa rawatan Ellansé
  • Kesan sampingan Ellansé Dermal Filler
  • Tempoh masa pemulihan rawatan Ellansé
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Ellansé Dermal Filler
  • Bagaimana Ellansé Dermal Filler berfungsi
  • Kebaikan Ellansé Dermal Filler
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Langkah penjagaan semasa rawatan Ellansé
  • Kesan sampingan Ellansé Dermal Filler
  • Tempoh masa pemulihan rawatan Ellansé
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu rawatan Ellansé Dermal Filler?

What is Ellanse Dermal Filler

Ellansé filler berbeza daripada rawatan filler biasa lain yang berada dipasaran. Ellansé filler ini unik kerana ianya merupakan dermal filler pertama di Malaysia yang mengandungi kolagen bio-stimulator, di mana ia mampu memberikan hasil yang kekal lama dan semula jadi dengan meningkatkan pemeliharaan kolagen semula jadi oleh badan itu sendiri.

Ia boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif yang menjimatkan kos untuk memberi hasil yang cepat dan ketara dalam satu rawatan. Jika rawatan ini dilakukan oleh pakar dermatologist, ia mampu menghasilkan penampilan semula jadi yang mampu bertahan sehingga 4 tahun.

Bagaimana rawatan Ellansé Dermal Filler berfungsi?

Sama seperti rawatan tradisional dermal fillers, nose fillers dan cheek fillers, Ellansé memperbetulkan volum yang telah hilang dengan pantas. Walau bagaimanapun, ia juga berfungsi sebagai biostimulator, di mana ia terus memberikan hasil yang kekal lama dan semula jadi dengan meningkatkan pemeliharaan kolagen di dalam tubuh badan itu sendiri. Ellansé membantu badan menggantikan kolagen muka serta mengembalikan semula volum yang telah hilang. Oleh itu, rawatan Ellansé boleh memberi hasil yang lebih penuh, penampilan yang lebih semula jadi, mampu bertahan sehingga 4 tahun.

Kolagen membantu kulit untuk mengekalkan keketatan, keanjalan dan keregangannya yang bersesuaian. Kolagen merupakan struktur sokongan semula jadi yang penting di dalam kulit. Walau bagaimanapun, seiring perubahan masa, dan penuaan, kulit mula kehilangan kolagen semula jadinya sendiri secara perlahan-lahan. Ini menyebabkan kulit muka semakin hilang kelenturannya, dan pembentukan kedutan serta lipatan terjadi.

What is Ellanse Dermal Filler  What is Ellanse Dermal Filler

What is Ellanse Dermal Filler  What is Ellanse Dermal Filler  What is Ellanse Dermal Filler

Kebaikan rawatan Ellansé Dermal Filler?

Ellansé dermal filler berbeza daripada dermal fillers tradisional lain yang terdapat di pasaran kerana ia menawarkan kombinasi khas, iaitu Total and Predictable Bio-resorbability untuk kesemua rangkaiannya.

Rangkaian rawatan Ellansé menawarkan pilihan rawatan yang boleh direka khusus untuk setiap individu, bermula daripada Ellansé-S yang mampu bertahan selama 12 bulan, sehingga Ellansé-E yang mampu memberikan hasil sehingga 4 tahun.

Ellansé bukan sahaja merawat kedutan dan lipatan di dalam kulit tetapi ia juga merangsang penghasilan kolagen di dalam badan itu sendiri, memberi hasil penampilan yang semula jadi dan kekal lama. Ia juga akan diserap sepenuhnya oleh badan.

Ellansé sangat efektif untuk merawat garis halus, kedutan dan lipatan, garis hidung hingga bibir (lipatan nasolabial), hujung bibir yang menggeleber, pipi cengkung, kulit berlubang, saluran air mata, rahang yang longgar, kulit nipis, penuaan tangan dan parut jerawat.

DERMA FILLER WORK

Benefits of Derma Filler Treatment  Benefits of Derma Filler Treatment  Benefits of Derma Filler Treatment

MASALAH YANG BOLEH DIRAWAT

Wrinkles  Wrinkles

Kedutan / Garis Halus

Seiring dengan perubahan usia, kulit anda akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan, salah satunya adalah kedutan dan garis halus. Kulit akan kelihatan lebih kering dan kurang anjal – ini disebabkan oleh kekurangan penghasilan elastin dan kolagen yang merupakan komponen terpenting untuk menyatukan kulit dan menghalang tanda-tanda penuaan. Tanpa keanjalan kulit, kedutan dan garis halus akan terbentuk secara perlahan-lahan apabila kulit anda berlipat atau lipatan.

Ellansé berfungsi untuk merangsang kolagen di dalam kulit itu sendiri untuk merawat punca utama kepada penuaan seperti kedutan. Ia memberi hasil penampilan yang semula jadi dan kekal lama, dan memberikan anda penampilan yang lebih muda sehingga 4 tahun lebih muda.

 

Benefits of Derma Filler Treatment

Pembentukan Muka

Kulit anda mula hilang keanjalannya apabila kurangnya penghasilan kolagen dan asid hyaluronic, menjadikan kulit akan mulai mengendur dan menipis. Hal ini menyebabkan tulang pipi pada wajah anda akan lebih menyerlah kerana struktur kulit anda bergantung kepadanya. Disamping itu, kehilangan jumlah volum didalam kulit akan menyebabkan muka kelihatan kendur dan menggeleber, dan dermal fillers boleh membantu mengembalikan semula struktur dan menghilangkan penampilan tua. Rawatan kulit kendur ini akan membantu meremajakan semula kulit anda dan menjadikannya lebih sihat apabila hylauronic acid dan kolagen baru yang terhasil mula memberikan kesan.

Langkah Penjagaan Semasa Menjalani Ellansé Dermal Filler?

Elakkan daripada menyuntik di bahagian yang telah terdedah kepada jangkitan. Sebarang jenis suntikan filler perlu ditangguhkan dahulu sehinggalah keradangan atau jangkitan sudah terkawal atau sembuh.

Kesan Sampingan Rawatan Ellansé Dermal Filler?

Ellansé diperbuat daripada polycaprolactone (PCL), iaitu sejenis polymer perubatan yang telah lama digunakan dalam bidang perubatan implant dan lain-lain. Rawatan Ellansé merangkumi microsphere of PCLdimana ia digantung pada gel varrier (CMC) semula jadi. Dibangunkan oleh AQTIS Medical yang terletak di Holland,  dari sumber bukan haiwan dan manusia, Ellansé tidak membahayakan tubuh badan manusia dan biodegradable.

Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa setiap hasil daripada rawatan ini adalah berbeza bergantung kepada kondisi individu. Sama seperti setiap jenis suntikan yang lain, Ellanse berkemungkinan memberikan kesan-kesan sampingan seperti kemerahan, bengkak, namun begitu, kesan-kesan ini bersifat sementara dan akan hilang selepas seketika.

What is Ellanse Dermal Filler

Tempoh Pemulihan Rawatan Ellansé Dermal Filler?

Local Anaesthetic atau ubat pelali digunakan sebelum rawatan dimulakan. Tempoh biasa penyembuhan mengambil masa sehingga 12 ke 24 jam, namun kebanyakan pesakit boleh menyambung rutin harian mereka sebaik sahaja rawatan selesai, dengan tempoh penyembuhan yang sangat minimal. 

Pesakit dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti seperti mandi menggunakan air panas dan juga senaman lasak dalam tempoh 24 jam selepas rawatan. Pesakit juga perlu menjauhkan diri dari sinaran cahaya matahari yang melampau serta sinaran UV selama 1 minggu selepas rawatan.

ELLANSE DERMAL FILLER  ELLANSE DERMAL FILLER

Kos Rawatan Ellansé Dermal Filler

Rawatan Ellansé dermal filler dianggarkan berharga di antara RM 1,200 hingga RM 4,000 bagi setiap suntikan di pasaran yang mampu menyelesaikan masalah kedutan sehinggalah kulit kendur. Pembekal filler biasanya menggunakan Ellansé dermal filler untuk memberi lebih volum pada wajah anda. Harga adalah berbeza dan bergantung kepada jenama, kandungan filler itu sendiri dan juga perkhidmatan rawatan yang disediakan.

Di Premier Clinic, harga bagi suntikan Ellansé bio stimulator dianggarkan berharga RM 3,000/suntikan. Ia dikenali sebagai non-hyaluronic acid filler yang mengandungi bahan aktif yang digunakan membetulkan tanda-tanda penuaan yang jelas. Semua doktor di Premier Clinic adalah sangat terlatih dan berpengalaman dalam melakukan rawatan filler sebenar dan juga arif mengenai risiko yang bakal dihadapi sekiranya rawatan ini tidak dilakukan dengan betul.

Ellanse Dermal Filler  Ellanse Dermal Filler

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Kami menyediakan barisan doktor yang bertauliah dan berpengalaman, peralatan yang disteril, produk asli dan juga bersih bagi memastikan prosedur ini dilakukan dengan selamat dan mengikut ketepatan. Anda dijemput untuk berjumpa dengan doktor kami bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan ELLANSE DERMAL FILLER atau rawatan anti penuaan lain yang terdapat di sini. Anda boleh menghubungi wakil khidmat pelanggan kami untuk membuat temu janji.

Kami terletak di 5 cawangan berbeza yang boleh anda kunjungi. Anda boleh mengunjungi cawangan kami yang terletak di Bangsar Baru, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hbungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Ellansé Dermal Filler

ELLANSE DERMAL FILLER Before After
ELLANSE DERMAL FILLER Before After
ELLANSE DERMAL FILLER Before After
ELLANSE DERMAL FILLER Before After
ELLANSE DERMAL FILLER Before After

Frequently Asked Questions

Berapa lamakah rawatan ini mengambil masa?

Tempoh rawatan ini akan mengambil masa selama 30-45 minit bergantung kepada bahagian rawatan, jumlah produk yang digunakan, serta teknik yang digunakan oleh doktor yang menjalankan prosedur ini.

Adakah hasil rawatan ini serta merta?

Dengan Ellansé, hanya 1 rawatan sudah memadai. Anda bakal melihat kesan yang pantas dan kekal lama. Kesan rawatan yang pantas termasuklah menaikkan jumlah volum di bahagian yang dirawat, memperbetulkan lipatan dan kedutan dan pembentukan raut wajah.

Bahagian yang boleh dirawat melalui rawatan Ellansé Dermal Filler?

Elllanse sangat terkenal di Malaysia pada masa kini kerana Elllanse ia digunakan dengan sangat meluas sebagai anti-penuaan. Ia digunakan untuk merawat bahagian yang boleh dirawat oleh Hyaluronic acid fillers seperti di bahagian dagu, hidung, dahi dan bahagian bawah muka.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://ellanse.com/faq/
  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2890129/
  • https://www.maylips.com/ellanse-s.html
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/320510.php#key-differences

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat