Jerawat Vulgaris Aktif : Simptom & Punca

Medically reviewed by Doktor Chen Tai Ho on Jun 20, 2019

APA ITU JERAWAT AKTIF

Sekiranya anda sedang menghadapi masalah jerawat, jangan bimbang. Anda tidak keseorangan. Masalah jerawat adalah masalah kulit yang biasa berlaku dan telah menjejaskan 85% mereka yang berusia 12 – 24 tahun di Malaysia. Walau bagaimanapun, satu kajian terkini telah menunjukkan terdapat peningkatan masalah jerawat dalam kalangan orang dewasa di Malaysia.

Jerawat adalah masalah keradangan kulit yang diakibatkan oleh sebum yang terkumpul di bawah lapisan kulit dan menyebabkan jangkitan bakteria. Kesannya, kulit menjadi kemerahan dan membengkak. Bagaimana menghilangkan jerawat? Sila baca maklumat selanjutnya di bawah.

WHAT IS ACTIVE ACNE

BAGAIMANA JERAWAT TERBENTUK PADA WAJAH ANDA?

Jerawat terbentuk apabila kalenjar minyak pada kulit wajah kita menghasilkan sebum secara berlebihan. Sebum itu sendiri sebenarnya bagus untuk melindungi kulit dan menyingkirkan sel kulit mati. Walau bagaimanapun, apabila kalenjar minyak dan pori kita tersumbat, sebum akan menjadi semakin banyak dan terkumpul di bawah kulit dan menyebabkan banyak masalah.

Penghasilan sebum yang berlebihan boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti perubahan hormon, pemakanan, gaya hidup, dan umur. Semasa tubuh sedang mengalami proses baligh, hormon yang dipanggil androgen akan dirembeskan. Hormon ini bertanggungjawab dalam meningkatkan penghasilan sebum di dalam tubuh kita. Sebab itulah selalunya kita mengalami masalah jerawat semasa proses baligh.

causes-of-acne

JENIS-JENIS JERAWAT DAN TAHAP-TAHAPNYA

Acne Vulgaris

Jerawat Vulgaris

Merupakan masalah jerawat yang normal. Jerawat jenis ini boleh dilihat daripada kemunculan bintik hitam, bintik putih, dan jenis-jenis jerawat lain pada kulit. Jerawat Vulgaris biasanya terbentuk pada wajah, dada, bahu, dan belakang.

Papules

Papules

Papules adalah masalah jerawat yang teruk yang telah menjadi radang. Ini dapat dilihat melalui kewujudan biji-biji kecil kemerahan di permukaan kulit. Papules lebih sensitif kepada sentuhan dan kebiasaannya meninggalkan parut setelah berjaya dikurangkan.

Pustules

Pustules

Pustule ialah jerawat yang meradang dan kelihatan putih dengan kemerahan di sekeliling biji yang timbul. Biji yang timbul itu dipenuhi dengan nanah dan tidak sepatutnya disentuh. Anda boleh rujuk pakar di klinik kami untuk membantu mengurangkan masalah jerawat ini. 

Severe Nodulocystic Acne

Severe nodulocystic acne boleh dikesan melalui beberapa sista (cysts) dan bintik (nodules) yang meradang. Jerawat jenis ini biasanya meninggalkan parut; oleh itu anda harus bertindak bijak dengan mendapatkan nasihat pakar sebelum memicitnya. Masalah jerawat jenis ini boleh berlaku di bahagian belakang, badan, dan muka.

PUNCA JERAWAT

Produk yang mengandungi bahan yang boleh menyebabkan pori tersumbat: Minyak mineral atau silikon biasanya akan menyebabkan masalah pori tersumbat.

Menggunakan produk rawatan minyak secara berlebihan: Penggunaan secara berlebihan produk untuk mengawal minyak yang mengandungi topical salicylic acid, benzoyl peroxide, atau sulfur boleh mengakibatkan kulit anda menjadi kering secara tidak sihat. Disebabkan ini, kulit akan menghasilkan lebih banyak minyak dan sekaligus menyumbang kepada lebih banyak jerawat timbul. 

Merokok: Merokok boleh mengurangkan kadar oksigen yang diserap oleh kulit wajah anda. Tambahan oula, carcinogens yang terkandung di dalam asap rokok akan mengeringkan kulit anda dan menggalakkan lebih banyak penghasilan minyak.

CAUSES OF ACNE

Sentuhan dengan tangan: Jauhkan tangan anda! Hanya semudah itu. Tangan kita terdedah kepada banyak bakteria. Elakkan menyentuh wajah dengan tangan terutamanya jika anda ingin mengelakkan masalah jerawat.

Pendedahan kepada sinaran matahari: Sekiranya anda gemar berjemur di bawah sinaran matahari, anda harus menghentikannya dahulu. Sinaran matahari akan memberikan haba berlebihan kepada kulit anda dan menyebabkan kulit kehilangan kelembapan semulajadinya. Keadaan ini akan mencetuskan penghasilan minyak yang berlebihan dan mengakibatkan lebih banyak jerawat muncul.

Hormon: Hormon juga merupakan penyumbang utama kepada masalah jerawat. Hormon androgen akan menyebabkan kulit merembeskan lebih banyak sebum daripada kebiasaannya dan mengakibatkan pori tersumbat sekaligus menyebabkan jerawat timbul.

Pemakanan: Sesetengah makanan boleh menyebabkan kadar insulin dan gula dalam darah meningkat dengan drastik. Keadaan ini juga menyumbang kepada masalah jerawat. Pemakanan yang boleh menyumbang kepada masalah jerawat adalah makanan yang mengandungi karbohidrat glycemic, tenusu, lemak tepu dan lemak trans yang tinggi.

Memicit/ Menyentuh jerawat aktif: Bagi kulit sensitif, memicit atau menyentuh jerawat boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Anda mungkin telah menyebarkan bakteria dan sebum ke bahagian lain kulit anda secara tidak sengaja, dan menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk.

HOW TO PREVENT ACNE SCARRING

CARA MENCEGAH JERAWAT

Sekarang setelah anda faham bagaimana jerawat terbentuk dan apa yang menyebabkannya muncul, lebih mudah untuk anda mengenalpasti cara untuk mengelakkannya daripada terjadi. 

Sentiasa melembapkan kulit: Sekiranya kulit anda kekal lembap, kulit tidak akan menghasilkan minyak secara berlebihan bagi melindungi kulit anda.

Elakkan terdedah kepada sinaran matahari secara langsung: Gunakan krim pelindung sinaran matahari setiap kali anda keluar rumah. Terdedah kepada sinaran matahari secara langsung akan menyebabkan kulit kering dan mengakibatkan masalah jerawat terjadi.

Elakkan menyentuh kulit dengan tangan: Bagi mengelakkan pemindahan bakteria dari tangan ke wajah anda, anda dinasihatkan untuk tidak menyentuh langsung wajah anda. Anda juga boleh sentiasa membasuh tangan anda bagi menghapuskan bakteria di tangan anda.

Minum banyak air: Kehadiran air di dalam tubuh anda boleh memberi kesan besar kepada penampilan kulit anda. Sekiranya anda berupaya untuk mengekalkan air di dalam tubuh, kulit anda akan kekal lembap tanpa perlu kulit menghasilkan lebih banyak minyak.  

Mengekalkan pemakanan rendah lemak: Menjaga pemakanan boleh menjamin kesan yang berpanjangan. Sesetengah makanan boleh mencetuskan peningkatan tahap insulin dalam darah anda. Oleh itu anda perlu menggantikan makanan anda dengan bahan tanpa lemak.

How To Prevent Acne

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT

Menggunakan produk minyak Tea Tree: Minyak Tea Tree adalah petua penting dalam usaha menghilangkan jerawat secara berkesan. Minyak Tea Tree berkesan bagi mengurangkan keradangan kulit dan melawan bakteria yang akan menyebabkan jangkitan. Hanya setitik minyak Tea Tree diletakkan pada jerawat mampu membantu mengurangkannya.

Menyapu cuka epal: Cuka epal mengandungi asid succunic yang membantu mengurangkan keradangan dan asid lactic membantu memudarkan parut jerawat. Cuka epal juga meningkatkan kelembapan kulit anda. Hanya larutkan cuka epal dengan 3 bahagian air dan sapu pada bahagian jerawat aktif setiap hari. 

Mengambil Zink sebagai takanan tambahan: Kajian terkini menunjukkan mereka yang mengambil makanan tambahan zink secara oral setiap hari mempunyai kurang masalah jerawat berbanding mereka yang mempunyai tahap zink yang rendah di dalam tubuh. Zink adalah nutrien yang sangat penting bagi pertumbuhan sel, penghasilan hormon, metabolisma, dan fungsi sistem imun.

Menggunakan ‘Mask’ Madu & Kulit Kayu Manis: Madu dan kulit kayu manis telah lama digunakan di dalam produk-produk kosmetik kerana sifat anti-oksida yang ada padanya. Kemampuan madu dan kulit kayu manis dalam melawan bakteria sebenarnya mengurangkan potensi terbentuknya jerawat.

Melembapkan dengan Alor Vera: Aloe Vera adalah agen penyejuk yang bagus dan telah lama digunakan untuk merawat luka melecet, ruam, luka terbakar dan masalah kulit yang lain. Aloe Vera mengandungi asid salicylic dan sulfur yang merupakan agen yang baik untuk membantu menyembuhkan luka, kulit terbaka,r dan keradangan.

le-savon-facial-mask

 

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos