Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

 Kadar purata penilaian daripada 47 kajian di WhatClinic.com

Pengelupasan Laser Karbon Mengecilkan Liang Roma

APAKAH YANG MENYEBABKAN LIANG ROMA MENJADI BESAR?

Liang roma yang besar adalah masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak. Masalah ini berlaku disebabkan daki dan sebum yang terkumpul di bawah kulit. Ini akan menyumbat folikel, yang berperanan sebagai laluan di dalam tubuh untuk menyingkirkan sel kulit yang mati. Daki dan sebum yang terkumpul ini juga menyebabkan kulit mengembang lalu meregangkan liang roma sambil membuatkannya nampak lebih besar daripada biasa.

Antara penyebab lain liang roma menjadi besar ialah kulit yang semakin tua. Kulit yang tua tidak lagi mampu berganjak kembali kepada bentuknya yang asal maka kulit akan mengendur dan melebarkan liang roma. Dedahan yang melampau kepada cahaya matahari juga antara penyebabnya, kerana ini mencetuskan pertumbuhan sel kulit tambahan yang menebalkan dan meregangkan kawasan sekeliling liang roma.

CARANYA

Pengelupasan laser karbon adalah prosedur menimbulkan lapisan baru secara laser yang agak baru. Kaedah ini menggunakan pancaran laser untuk merawat pelbagai kecacatan kulit. Secara amnya, rawatan ini dapat menyerikan lagi kulit di samping menghaluskannya dan menjadikannya lebih bermaya.

Mula-mula, muka akan ditutup dengan lapisan karbon yang tipis. Selepas itu, pancaran laser yang tertumpu akan diacukan ke arah kulit dan ini menghasilkan bunyi ketik. Zarah karbon yang menyerap pancaran laser disebabkan warnanya yang gelap itu kemudiannya ditanggalkan dengan alat penyedut lembut yang sekali gus membuang lapisan teratas kulit yang rosak.

Dengan terhasilnya tenaga haba di dalam kulit, kolagen baru akan dihasilkan manakala lapisan kulit yang baru akan didedahkan. Ini meningkatkan kadar pertumbuhan tisu penghubung dengan ketara dan zarah-zarah karbon pula akan mengelupaskan kulit dan membersihkan liang-liang roma secara mendalam.

Tanpa menyebabkan rasa sakit atau resah, anda hanya akan merasai suatu sensasi ringan sekan-akan kesemutan. Pancaran laser ini tidak merosakkan tubuh dan bersifat serba boleh, maka kaedah ini boleh digunakan untuk merawat kawasan-kawasan yang rumit seperti hidung.

Anda boleh kembali menjalani aktiviti seharian seperti biasa sejurus selepas selesainya rawatan kerana langsung tidak ada tempoh pemulihan. Oleh sebab hasilnya nyata selepas rawatan yang pertama, maka ini antara rawatan yang paling popular di pasaran.

Bergantung pada keadaan kulit anda, bilangan sesi yang diperlukan berbeza bagi setiap orang. Rawatan ini juga berkesan jika digabungkan dengan produk atau prosedur yang lain. Para doktor kami akan membimbing anda dan membincangkan jalan tindakan yang sebaik-baiknya bagi anda untuk memperoleh hasil yang terbaik

1
SELEPAS RAWATAN

Sebelum & Selepas

2