Tona Kulit Tidak Sekata pada Muka & Badan: Punca, Gejala & Rawatan

Medically reviewed by Doktor Azizi Yusuf on Jul 31, 2019

APA ITU TONA KULIT TIDAK SEKATA?

Tona kulit tidak sekata atau lebih dikenali sebagai hiperpigmentasi adalah fenomena kulit semula jadi yang berlaku disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan. Antara kesilapan paling besar yang ramai lakukan adalah mencuba untuk menyembunyikan tona kulit tidak sekata itu tanpa melakukan rawatan terhadap masalah kulit itu sendiri. Kondisi ini akan menjadi lebih teruk seiring dengan masa jika anda tidak melakukan apa-apa untuk merawatnya, inilah sebab mengapa sesetengah orang menghidap kes kulit tidak sekata yang teruk. Pengumpulan melanin yang berbeza-beza inilah yang menyebabkan bintik hitam dan putih di bawah permukaan kulit.

What Does Uneven Skin Tone Mean

BAGAIMANA TONA KULIT TIDAK SEKATA TERJADI?

Tona kulit menjadi tidak sekata apabila pendedahan kepada cahaya UV menyebabkan sel kulit dipanggil solar lentigo atau bintik matahari (sun spots) mengalami peningkatan yang banyak. Sel kulit ini kemudiannya membentuk gradasi kulit yang terlalu gelap serta sel melanosit yang menghasilkan melasma yang tidak diperlukan oleh sel kulit anda yang seterusnya menyebabkan pemucatan warna (discoloration) yang ketara itu. Seiring masa, reaksi kimia pada kulit anda akan terus menyebabkan kondisi ini dengan berterusan, dan perkara paling teruk anda boleh lakukan adalah menyembunyikan dan melupakannya. Adalah penting untuk merawat dan tahu bagaimana untuk menghilangkannya.

How Do Uneven Skin Tones Happen

JENIS TONA KULIT TIDAK SEKATA & TAHAP KESERIUSANNYA

Tona kulit tidak sekata boleh berlaku mengikut tahap-tahap tertentu, sesetengah adalah tidak serius dan dialami oleh kebanyakan orang tanpa diketahui oleh penghidapnya sendiri, manakala sesetengah lagi adalah serius dan boleh menjadi bertambah teruk. Terdapat banya jenis, sesetengah adalah dalam kategori tanda lahir manakala sesetengah yang lain adalah disebabkan umur yang lanjut.

Lentigines

Lentigines adalah bintik hitam atau lebih dikenali sebagai bintik umur atau hati (age or liver spots), kondisi ini terjadi disebabkan umur lanjut dan ianya bukanlah frekel (freckles).

Birthmarks

Tanda lahir adalah satu lagi jenis tona kulit tidak sekata dan ianya tidak boleh dicegah, kondisi ini terjadi secara semula jadi disebabkan oleh pembuluh darah yang tidak normal pada kulit. Kondisi ini boleh terjadi di mana-mana bahagian badan dan ianya tidak dipengaruhi oleh pendedahan kepada matahari atau rawatan ubatan. Ianya boleh dihilangkan dengan mudah dengan bantuan dermatologis.

Melasma

Melasma adalah sejenis lagi kondisi tona kulit tidak sekata yang biasanya terjadi kepada wanita mengandung, ia juga boleh berlaku disebabkan hormon yang dihasilkan melalui penggunaan ubat perancang atau pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.

Seborrheic dermatitis

Dermatitis seboroik  boleh berlaku disebabkan iritasi atau radang yang tidak berjangkit; radang ini boleh menjadi lebih teruk dan menyebabkan pemucatan warna tona kulit yang tidak sekata.

Vitiligo

Vitiligo adalah satu lagi kondisi kulit penyebab tona kulit tidak sekata yang terjadi disebabkan penghasilan hormon kulit tidak mencukupi dan menyebabkan tompok putih terbentuk pada badan. Kondisi ini boleh dirawat dengan mudah selagi anda tidak membiarkannya merebak ke seluruh tubuh.

excessive sun exposure

Jenis lain yang biasa berlaku adalah disebabkan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari yang mencetuskan penghasilan melanin yang tidak sekata yang kemudiannya menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata.

 

PUNCA TONA KULIT TIDAK SEKATA

Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari tanpa melindungi diri anda dengan spf sunscreen yang cukup tinggi. Punca lain boleh disebabkan oleh ketidak-stabilan hormon; yang dialami oleh ramai orang semasa mengandung, semasa turun darah haid (datang bulan) yang teruk, disebabkan oleh bahan kimia yang kuat dalam pil perancang, dan dalam sesetengah kes semasa akil baligh. Tetapi punca ini boleh dirawat dengan mudah dan juga dicegah dengan mengamalkan langkah penjagaan kulit muka yang betul.

Kecederaan juga merupakan salah satu penyebab tona kulit tidak sekata. Apabila kulit tercalar disebabkan oleh luka, proses untuk mencetuskan penghasilan melanin pada kawasan itu akan mengambil masa, tetapi terdapat banyak pilihan rawatan pada kawasan bintik putih yang terjadi disebabkan oleh kecederaan. Pencemaran juga merupakan salah satu perkara yang boleh menjejaskan kulit anda dengan teruk, ketidak-stabilan hormon dan persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan masalah serius pada kulit.

Satu lagi punca lain adalah jerawat kerana jerawat telah dibuktikan menyebabkan pemucatan warna tona kulit: Lebih daripada 70% individu berusian 35 tahun ke bawah, sama ada lelaki atau wanita, terkesan dengan pemucatan warna tona kulit yang disebabkan oleh jerawat. Keadaan ini menurun seiring umur dengan hanya kurang daripada 10% individu yang berusia lebih 50 tahun yang terkesan dengan jerawat.

Causes Of Uneven Skin Tones

BAGAIMANA MENCEGAH TONA KULIT TIDAK SEKATA?

Salah satu cara untuk menangani tona kulit tidak sekata adalah dengan mencegah daripada berlaku terlebih dahulu. Cara yang paling bagus untuk mencegahnya adalah dengan menyapu pelindung suria (sunscreen protector) SPF pada setiap hari. Sunscreen perlu dipakai walaupun cahaya matahari tidak memancar terik kerana Cahaya UV masih boleh menusuk kulit. Jadi, anda perlu menyapu pelembab (moisturiser) SPF pada setiap hari untuk melindungi tona kulit anda daripada menjadi tidak sekata

Exfoliation (pengelupasan) adalah satu lagi cara yang bagus untuk mencegah tona kulit tidak sekata. Dengan menyingkirkan lapisan pertama kulit lama yang kusam, anda akan dapat merangsang kulit baru segar yang tidak lagi menyekat penyerapan krim pelembab dan spf. Tambahan lagi, pemucatan warna tona boleh jadi hanya di bawah permukaan kulit, dan dengan melakukan pengelupasan sekurang-kurangnya sekali seminggu, anda akan dapat menyingkiran mana-mana pemucatan atau ketidak-sempurnaan warna tona kulit anda.

Selain daripada itu, elakkan daripada pencemaran sebaik mungkin kerana anda tidak tahu apa yang ada dalam persekitaran tercemar itu. Jika anda tidak dapat mengelakkan diri daripada kawasan tercemar, anda perlu membasuh muka anda sekurang-kurangnya tiga kali sehari serta menyapu krim pelembab.

Selain itu, salah satu cara untuk mencegah tona kulit tidak sekata adalah dengan membeli produk kombo yang boleh menangani kemungkinan anda mengalami masalah tona kulit tidak sekata, jerawat, kulit kering, serta bintik hitam/putih.

How to prevent uneven skin tones

BAGAIMANA MENCERAHKAN KULIT?

Salah satu cara terbaik untuk mencerahkan kulit anda adalah dengan menjauhkan diri daripada cahaya matahari sebaik mungkin dan melindungi kulit anda dengan krim spf. Melakukan perkara ini akan mencegah matahari daripada merosakkan sel kulit anda dan menjejaskannya.

Memakai face mask mingguan. Face mask yang mengandungi bahan semula jadi seperti pisang, madu, oats, oren, susu, dan lemon. Face mask bukan sahaja akan membersihkan kulit muka anda dengan sempurna, tetapi juga akan menangani tona kulit tidak sekata, mencerahkan kulit, serta mencegah daripada jerawat.

Melakukan eksfoliasi pada wajah anda sekurang-kurangnya sekali seminggu tetapi tidak lebih dua kali seminggu, akan menyingkirkan kulit kusam lama pada permukaan kulit anda merangsang penghasilan kulit baru.

How To Make Skin Lighter

RUTIN PENJAGAAN KULIT SEMULA JADI

Cara terbaik menjaga kulit anda adalah dengan menggunakan bahan semula jadi. Timun adalah salah satu bahan yang ternyata terbukti sebagai antara yang terbaik untuk penjagaan kulit. Terdapat banyak krim penjagaan kulit serta serum mencegah kedut yang berasaskan timun yang ada di pasaran.

Madu dan susu merupakan antara pelembab muka paling bagus yang boleh anda sapu di muka anda. Madu dan susu mengandungi elemen dan agen semula jadi yang akan menyebabkan kulit anda menjadi berseri, kemerahan, dan lebih cerah.

Scrub (penyental) kopi, madu, dan kelapa adalah salah satu langkah penjimatan perbelajaan untuk penjagaan kulit anda di samping mendapat kebaikan kafein pada kulit anda. Kombinasi ini adalah bagus sebagai penyental kulit kerana kafein daripada kopi membantu merangsang penghasilan kolagen dan pada masa yang sama menyingkirkan lapisan kulit lama. Anda akan berasa sepuluh tahun lebih muda dengan hanya mengamalkan ini untuk kali pertama.

Natural Ways Of Skin Routine

Salah satu cara terbaik untuk mencegah apa-apa masalah kulit adalah dengan mendapatkan nutrisi yang baik sertai air yang mencukupi dalam kehidupan seharian kita. Pastikan anda minum air yang mencukupi pada setiap hari, dan elakkan makan produk yang mengandungi kandungan sodium yang tinggi kerana sodium boleh membengkakkan kulit dan menjadikan kulit lebih mudah mendapat jerawat dan seterusnya menyebabkan tona kulit tidak sekata.

Stay Hydrated

PILIHAN RAWATAN UNTUK MENCEGAH TONA KULIT TIDAK SEKATA

Di klinik kami, kami menawarkan banyak pilihan rawatan yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian setiap individu kerana rawatan perlulah bergantung kepada kondisi sekata kulit serta kondisi kulit sebelum ini.

Jika anda mempunyai sebarang kerungsingan berkaitan tona kulit tidak sekata, anda boleh menghubungi kami supaya kami bole membantu anda mendapatkan rawatan yang sesuai. Kami boleh dihubungi melalui Whatsapp/Call di 012-662-5552 atau email di  contactus@premier-clinic.com. Kami sedia membantu sepanjang hari daripada pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam SETIAP HARI.

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos