• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Treatments
Rawatan Rejuran Healer

Rawatan Rejuran Healer

  • Rawatan Rejuran Healer
  • Cara rawatan Rejuran Healer berfungsi
  • Kelebihan Rejuran Healer
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Rawatan Rejuran Healer
  • Cara rawatan Rejuran Healer berfungsi
  • Kelebihan Rejuran Healer
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

APAKAH ITU RAWATAN REJURAN HEALER?

Rejuran Healer Treatment

Rejuran Healer merupakan rawatan peremajaan dan pemutihan  kulit yang terbaru di perkenalkan di Premier Clinic. Ia direka khas bagi mempercepatkan kadar penyembuhan luka dan memberikan kesan anti radang dalam badan.

Rejuran Healer mengandungi ekstrak DNA ikan salmon diman ia  membantu meningkatkan keanjalan , tekstur dan kelembapan kulit dengan lebih  ketara. Masalah penuaan juga dapat diatasi dengan penggunaan rawatan ini dimana ia berfungsi dalam memperbaiki kulit yang rosak dan mengembalikan keremajaan kulit.

Rejuran Healer Treatment

BAGAIMANA RAWATAN REJURAN HEALER BERFUNGSI?

Prosedur ini menggunakan filler yang diesktrak daripada rantaian polynucleotides (PN) DNA ikan salmon yang mana strukturnya adalah sama dengan DNA manusia. Lantas, ianya selamat digunakan ke atas manusia kerana tiada tindak balas imun atau kesan sampingan berbahaya dilaporkan. Ekstrak PDRN daripada DNA ikan salmon membantu meremajakan kulit manusia.

Bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan akibat suntikan, krim ubat tahan sakit atau ubat bius akan digunakan di atas kulit sebelum satu dos Rejuran Healer disuntik ke dalam kulit. Antara manfaat penggunaan PN/PDRN adalah dapat meningkatkan metabolisma sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen di dalam kulit.

Rejuran Healer Treatment  Rejuran Healer Treatment

Rejuran Healer Treatment

KELEBIHAN RAWATAN REJURAN HEALER

Manfaat rawatan ini antara lainnya membantu mengatasi masalah kulit kendur, liang pori, lingkaran gelap mata,, tanda regangan (selulit), mencerahkan kulit badan serta membantu merawat parut jerawat.

Selain itu, rawatan ini juga membantu dalam:

  • Memberikan keanjalan kulit yang lebih sempurna
  • Mengembalikan tekstur dan tona kulit yang lebih sekata
  • Mengurangkan kedutan dan garisan halus wajah
  • Memperbaiki ketebalan tisu kulit dan mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Memberikan kelembapan pada wajah
  • Menggalakkan penyembuhan luka
  • Mengecilkan liang pori
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang lebih tegang dan lembut

Glutathione Plus Vitamin E Supplement  Crystal Tomato for Beautiful Skin Supplement

APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIATASI?

Penuaan/Kulit Kusam

Peningkatan usia menyebabkan penuaan dan perkembangan sistem tubuh. Hal ini boleh mempengaruhi keadaan kulit kerana adakalanya kulit menjadi lebih sihat atau lebih teruk tanpa penjagaan yang rapi. Peningkatan usia boleh mendatangkan kesan penuaan seperti kulit berkedut, kering, kusam, serta mampu menghalang penghasilan kolagen dan elastin yang mengakibatkan kulit menjadi rosak dan kendur.

Kulit yang cerah dan kelihatan sempurna menjadi idaman semua individu di dunia khususnya penduduk asia bagi memenuhi keperluan peribadi mahupun professional mereka. Oleh yang demikian , mereka cenderung dalam mencuba produk dan rawatan kecantikan yang bersesuaian.

Suntikan Rejuran Healer berfungsi untuk menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat, cerah, lembap, dan berseri bagi menggantikan sel kulit lama. Oleh yang demikian, rawatan pemutihan kulit membiarkan kulit tampil kekal segar dan awet muda.

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell

 

Pori & Tekstur Kulit

Rejuran mengandungi polynucleotide yang menggalakkan penghasilan semula sel kulit yang lebih tegang, menghalang pembentukan liang pori yang boleh menyebabkan kulit hilang keanjalannya, mengecilkan liang pori serta membuatkan kulit kelihatan lebih licin dan mulus.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
×

LANGKAH PENJAGAAN SEMASA MENJALANI RAWATAN REJURAN HEALER

Terdapat kebarangkalian kesan sampingan seperti kulit menjadi kemerah-merahan atau bengkak. Namun, pesakit tidak perlu risau kerana ia tidak akan mempengaruhi sistem badan dan ia hanya bersifat sementara. Pesakit boleh meneruskan aktiviti dan pekerjaan harian seperti biasa selepas tamat rawatan.

Rejuran Healer Treatment  Rejuran Healer Treatment

KESAN SAMPINGAN RAWATAN REJURAN HEALER

Tiada sebarang kesan sampingan utama dan berbahaya dilaporkan oleh pesakit terhadap prosedur dan bahan yang digunakan dalam rawatan ini.

TEMPOH MASA PEMULIHAN BAGI RAWATAN REJURAN HEALER

Oleh kerana jangka masa pemulihan selepas rawatan adalah sangat pendek, pesakit boleh meneruskan rutin harian sejurus tamat rawatan. Hasil rawatan dapat dilihat secara beransur-ansur dan progresif selama 4 minggu tempoh penyembuhan kulit. Berdasarkan cadangan daripada doktor, ada sesetengah pesakit memerlukan beberapa sesi rawatan dalam masa tiga minggu berturut-turut bergantung kepada keadaan individu tersebut.

Rejuran Healer Treatment

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Di Malaysia, rawatan pemutihan kulit dikenali sebagai rawatan suntikan kulit bayi kerana rawatan ini menghasilkan kulit baru yang sempurna seakan kulit bayi. Ini kerana rawatan ini dapat6 membantu merawat adan memulihakn kulit yang rosak serta masalah jerawat sepenuhnya. 1cc botol ubat suntikan yang digunakan berharga di antara RM2,200 sehingga RM4,000.

Di Premier Clinic, kami menawarkan harga bermula daripada RM2,500 dimana jumlah dos serta sesi rawatan yang diperlukan akan ditentukan oleh doktor yang merawat. Berbanding dengan kaedah yang lain, rawatan ini lebih selamat tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan yang berpanjangan.

Rejuran Healer Treatment

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Sebarang persoalan dan kemusykilan mengenai rawatan ini, boleh diajukan kepada doktor kami semasa sesi rundingan.

Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut maklumat berkaitan rawatan Rejuran Healer atau sebarang rawatan pemutihan kulit yang terdapat di Premier Clinic. Jika berkelapangan dan ingin mengaturkan sesi rundingan, anda boleh hadir ke klinik kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City.

Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

SEBELUM & SELEPAS RAWATAN REJURAN HEALER

Before & After Rejuran Healer Treatment
Before & After Rejuran Healer Treatment
Before & After Rejuran Healer Treatment
Before & After Rejuran Healer Treatment
Before & After Rejuran Healer Treatment

Frequently Asked Questions

Adakah rawatan Rejuran Healer ini menyakitkan?

Ada sesetengah pesakit mengalami sedikit ketidakselesaan sepanjang rawatan kerana mereka disuntik tetapi krim bius akan disapu sebelum rawatan dimulakan bagi mengurangkan kesakitan.

Adakah rawatan Rejuran Healer ini selamat untuk dilakukan?

Ya, rawatan in selamat digunakan. Walaupun rawatan ini melibatkan beberapa suntikan halus bagi menggalakkan penyembuhan luka dan meningkatkan fungsi fisiologi badan, tetapi ia selamat untuk dilakukan. Kesan sampingan berbahaya tidak berlaku. Namun kulit yang dirawat akan mempunyai kesan suntikan, merah dan lebam yang akan hilang dalam tempoh 24 jam.

Apakah keadaan yang boleh diatasi dengan Rejuran Healer?

Rawatan ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita yang mula mengalami kesan penuaan seperti kehilangan kolagen kulit adalah sesuai untuk menjalani rawatan ini. Selain membantu mengecutkan parut jerawat dan mengatasi masalah kulit menggerutu, rawatan ini juga sesuai bagi keadaan kulit yang:
Kusam
Berbelak-belak
Mempunyai kedutan dan garisan halus
Berparut jerawat
Mempunyai lingkaran gelap bawah mata
Berpori besar

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  •     https://radium-aesthetics.com/treatment/rejuran-healer-treatment/
  •     https://www.priveclinic.com/clinic-services/anti-ageing-skin-tightening/rejuran-healer/
  •     https://www.chelseaclinic.com.sg/aesthetic-treatments/rejuran-healer/
  •     https://www.mizuaesthetic.com/rejuran-healer-pn-pdrn-skin-booster-for-rejuvenation/
  •     https://drsiew.com/rejuran-healer-pn-pdrn-injection/

About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    1
    • No translations available for this page
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat