Dr Nigel Ong ialah salah seorang doktor berpengalaman di Premier Clinic dan berpusat di cawangan Bangsar. Beliau merupakan doktor bertauliah dalam rawatan pembentukan badan, dengan kepakaran dalam CoolSculpting, HCG serta pelbagai prosedur pelangsingan. Dr Nigel juga berpengalaman luas dalam rawatan injectables (termasuk namun tidak terhad kepada filler dan toksin botulinum), kesihatan genital & STD, serta penyelesaian anti-penuaan.
Para pesakit menggambarkan Dr Nigel sebagai seorang yang mesra, energetik dan mempunyai kepakaran yang luas. Keperibadiannya yang ramah memudahkan pesakit berkongsi kebimbangan dan masalah estetik mereka, dan mereka sering menerima maklum balas yang meyakinkan. Oleh itu, Dr Nigel mempunyai kadar kepuasan pelanggan yang tinggi, sekaligus menjadikan beliau antara doktor yang paling banyak menerima rujukan pesakit.
Dr Nigel merupakan antara segelintir doktor estetik perubatan di Malaysia yang memiliki sijil LCP (Letter of Credentialing & Privileging). Beliau memegang Ijazah Perubatan (Medical Degree) dari First Moscow State Medical University, Rusia. Beliau terlatih dalam kesihatan am serta kesihatan genital, termasuk rawatan bagi penyakit jangkitan seksual (STD). Dr Nigel juga berpengalaman dalam pelbagai pembedahan kecil wajah, termasuk pembuangan lesi, cantuman kulit, serta pengurusan luka. Beliau turut bertauliah dalam Basic Life Support, Advanced Life Support dan Neonatal Resuscitation Program.
Dengan minat yang mendalam dalam bidang perubatan estetik, Dr Nigel melanjutkan latihan di American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM) dan memperoleh pensijilan rasmi. Beliau juga bertauliah dalam rawatan utama seperti CoolSculpting, augmentasi wajah dan terapi sel stem.
Secara keseluruhan, Dr Nigel mempunyai lebih 8 tahun pengalaman klinikal, termasuk berkhidmat di beberapa hospital utama seperti Hospital Ampang, Hospital Ipoh dan Hospital Serdang sebelum menyertai Premier Clinic pada awal 2017. Pendedahan kepada pelbagai jabatan perubatan memberikan beliau kefahaman yang lebih mendalam terhadap keperluan pesakit dan rawatan yang sesuai.
Minatnya terhadap estetik lahir daripada kecintaannya terhadap manusia. Dr Nigel merasakan kepuasan apabila dapat membawa perubahan positif dalam kehidupan seseorang. Beliau percaya bahawa kecantikan dalaman akan terserlah melalui penampilan luaran,dan membantu pesakit meningkatkan keyakinan diri merupakan sesuatu yang amat bermakna baginya
Sebagai sebahagian daripada pasukan di Premier Clinic, Dr Nigel terus meningkatkan kemahirannya melalui seminar dan bengkel profesional secara berterusan.
Dr Nigel turut terlibat dalam beberapa badan perubatan bagi memperluas jaringan profesional dan meningkatkan kepakaran beliau. Beliau kini merupakan ahli:
-Malaysia Medical Association (MMA)
-American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM)
-Society of Anti-Aging, Aesthetics & Regenerative Medicine Malaysia (SAAARMM)
-Malaysia Society of Aesthetic Medicine (MSAM)
-Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia (MPCN)
Dr Nigel menganggap dirinya sebagai pengembara sejati. Beliau gemar menyelami budaya dan pengalaman baharu setiap kali mengembara. Selain itu, Dr Nigel seorang pencinta muzik dan sering bermain gitar serta ukulele pada waktu senggang. “Muzik ialah bahasa universal. Saya boleh meluahkan perasaan tanpa berkata apa-apa,” ujarnya.
Apabila tidak mengembara atau bermain muzik, beliau meluangkan masa di gym. “Saya suka bersenam. Ia bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga untuk kelihatan baik. Umur hanya angka, tetapi penampilan memberi gambaran pertama. Sebab itu rupa luaran sangat penting,” katanya.
Walaupun aktif dalam perubatan moden, Dr Nigel juga seorang yang mementingkan keseimbangan rohani. Baginya, nilai-nilai agama membentuk asas keperibadiannya dan mendorongnya menjadi insan yang lebih baik setiap hari.
Seperti pepatah Cina, ‘Belajarlah hingga ke akhir hayat’, Dr Nigel melihat setiap hari sebagai peluang untuk menimba ilmu.
Jika anda berminat untuk mendapatkan sesi konsultasi bersama Dr Nigel berkaitan keperluan estetik anda,sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami di 012-662 5552 atau contactus@premier-clinic.com
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos