Selulit adalah pembentukan ketulan dan lekukkan pada kulit. Pembentukan selulit lebih kerap terjadi pada wanita berbanding lelaki kerana struktur sel termasuk sel lemak, otot dan tisu penghubung. Lapisan atas kulit yang berpermukaan licin dan rata akan dipengaruhi oleh pembentukan selulit yang berlekuk dan tidak rata lalu menjadikan kulit kelihatan tidak menarik.
Penyelidikan mendapati bahawa selulit kebanyakannya terletak di pinggul, paha dan punggung. Oleh kerana tisu penghubung di kulit didorong oleh lemak simpanan, penampilan ketulan di kulit menjadi jelas. Keadaan tisu penghubung tampak jelas dari luar dan kelihatan seperti kulit oren atau lapisan keju kotej. Doktor merujuk selulit sebagai “edematous fibrosclerotic panniculopathy” (EFP).
Selulit mungkin disebabkan oleh:
- hormon
- diet yang tidak sihat
- gaya hidup yang tidak sihat
- toksin terkumpul
- genetik
- kenaikan berat badan
- tidak aktif
- kehamilan
Selulitis adalah keadaan kulit yang berbeza dari selulit. Selulitis adalah jangkitan bakteria pada lapisan kulit yang lebih dalam. Ia menyebarkan jangkitan bakteria atau keradangan pada kulit dan tisu di bawahnya. Jangkitan ini boleh menjadi serius jika tidak segera diubati dan boleh mengancam nyawa jika merebak lebih jauh ke dalam sistem badan. Pencegahan awal dengan mengambil antibiotik yang ditetapkan oleh doktor biasanya berjaya. Ia boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan terutamanya di bahagian bawah badan seperti kaki.