Cara-Cara Pembuangan Tatu

Medically reviewed by Doktor Kee Yong Seng on Ogo 1, 2019

ADAKAH TATU DAPAT DIHILANGKAN SECARA SEPENUHNYA?

Tatu adalah salah satu bentuk seni unik yang dicacah pada badan manusia. Dakwat tatu dimasukkan secara kekal ke dalam lapisan kulit dengan warna atau bentuk tertentu mengikut rekaan seni yang dimahukan. Ini menyebabkan sel kulit anda menjadi berpigmen. Selepas beberapa ketika, dakwat ini akan diserap oleh kulit anda, menyebabkan tatu menjadi pudar, tetapi dakwat itu akan kekal secara kekal di dalam tisu kulit anda. Bagaimanakah untuk membuangnya?

Dapatkah tatu dibuang? Soalan ini paling kerap ditanya oleh pembaca yang mendapati bahawa mereka mempunyai tatu dengan rekaan yang tidak diingini pada badan mereka. Jawapannya adalah ya, anda boleh membuang tatu. Tetapi terdapat beberapa pilihan rawatan dan kos dan aspek-aspek ini bergantung kepada tatu itu sendiri. Teknologi terkini seperti laser pembuangan tatu dapat menghilangkan tatu dengan kesan sampingan dan kesakitan yang minimal.

Prosedur pembuangan tatu ini memerlukan beberapa sesi, bergantung kepada jenis dakwat. Terdapat beberapa pilihan untuk rawatan pembuangan tatu, tetapi pilihan terbaik adalah menggunakan laser Pico (untuk dakwat hitam/gelap) atau laser Fractional (dakwat bewarna).

Is it Possible to Fully Remove Tattoos

BAGAIMANA UNTUK MEMBUANG TATU?

Dalam rawatan pembuangan tatu, cahaya berintensiti tinggi yang dipancarkan ke dakwat (tatu) yang hendak dihilangkan akan memecahkan pigmen warna tatu tersebut. Laser menghilangkan tatu dengan memecahkan molekul pigmen kepada serpihan-serpihan kecil, yang kemudiannya akan diserap oleh tubuh badan.

Tatu dakwat hitam adalah lebih senang untuk dihilangkan kerana pigmen hitam dapat diserap oleh semua laser dengan jarak gelombang (wavelengths) berbeza. Manakala untuk warna lain, hanya dapat dirawat dengan laser tertentu bergantung kepada warna pigmen.

Terdapat dua jenis laser pembuangan tatu dalam pasaran, mereka adalah:

  • Q-switch Nd: YAG Laser
  • Laser Pico 

laser tattoo removal

Manakala jenis prosedur pembuangan tatu yang jarang digunakan adalah:

  • Dermabrasi (Dermabrasion)
  • Kupasan Kimia (Chemical Peels)
  • Surgeri

tattoo removal procedures

BERAPAKAH HARGA UNTUK MEMBUANG TATU?

Kos membuang tatu boleh mencapai harga yang mahal kerana teknologi terkini menawarkan rawatan yang tidak menyakitkan serta tempoh masa pemulihan yang lebih cepat berbanding prosedur-prosedur terdahulu. Kebanyakan rawatan-rawatan pembuangan tatu berharga antara RM500 sehingga RM1500 untuk setiap sesi bergantung kepada tatu itu sendiri. Untuk prosedur surgeri pula, rawatan ini akan melibatkan banyak peringkat serta alatan di samping perlu dilakukan oleh doktor, yang mana akan memerlukan kos yang lebih tinggi.

Prosedur lain seperti dermabrasi dan kupasan kimia adalah lebih murah berbanding rawatan lain. Kebanyakan pesakit menggabungkan prosedur rawatan laser dengan prosedur-prosedur ini untuk mengurangkan kos rawatan.

Cost of Tattoo Removal

BERAPA LAMAKAH MASA DIAMBIL UNTUK MEMBUANG TATU?

Rawatan adalah berbeza untuk setiap pesakit dan ini adalah bergantung kepada umur, saiz dan kompleksiti lukisan tatu, serta jenis kulit dan jenis tatu. Warna dan kedalaman pigmen tatu dicacah juga berbeza dan ini memerlukan jenis laser pigmen yang berbeza untuk menghilangkan tatu-tatu tersebut. Sesetengah individu mungkin memerlukan 4 hingga 8 minggu untuk menghilangkan sisa-sisa tatu pada kulit mereka dengan sepenuhnya. Jika tatu tersebut dicacah dengan dalam pada kulit, masa yang diperlukan untuk tatu itu hilang akan mengambil masa lebih lama.

How Long Does it Take to Remove Tattoos

BAGAIMANAKAH HASILNYA?

Kebanyakan teknik pembuangan tatu memerlukan 3 hingga 10 rawatan untuk tatu tersebut hilang sepenuhnya daripada kulit dan ini bergantung kepada jenis tatu. Setiap rawatan yang akan dilakukan memerlukan kulit untuk sembuh terlebih dahulu sebelum rawatan seterusnya dapat dilakukan. Anda akan dapat melihat kesannya apabila tatu kelihatan memudar selepas setiap rawatan.

How Long Does-it Take to Remove Tattoos

ADAKAH RAWATAN PEMBUANGAN TATU MENYAKITKAN?

Ramai percaya bahawa pembuangan tatu adalah proses yang menyakitkan, tetapi kebanyakan pesakit yang telah mendapatkan rawatan ini mengatakan bahawa sensasi semasa proses pembuangan itu adalah sama seperti semasa tatu dicacah. Bergantung kepada teknik yang digunakan, tatu, dan kulit pesakit, kesakitan itu akan berbeza daripada satu pesakit kepada pesakit yang lain.

Pembuangan tatu melalui cara laser menyebabkan kesakitan yang minimal, anda akan berasa sedikit sensasi ini semasa rawatan. Manakala untuk rawatan dermabrasi dan kupasan kimia, rawatan ini menyebabkan sedikit ketidak-selesaan apabila wayar berus dan bahan kimia disapu pada kulit. Surgeri adalah cara yang senang untuk membuang tatu tetapi surgeri memerlukan ubat bius sebelum dapat dilakukan.

laser Removing Tattoos

APAKAH RISIKO RAWATAN PEMBUANGAN TATU?

Membuang tatu melibatkan organ paling besar pada padan manusia iaitu kulit. Seperti yang kita tahu, kulit menempatkan tisu-tisu deria yang paling sensitif. Oleh sebab teknik ini melibatkan kulit, di mana sel kulit mati akan dibuang dan proses rejuvenasi kulit sihat yang baharu berlaku, adalah mustahil untuk tidak merasakan sebarang kesakitan.

Kawasan tatu dibuang juga berisiko terdedah kepada jangkitan kerana kulit yang dirawat itu terdedah kepada cahaya matahari dan faktor-faktor lain. Anda mungkin akan mengalami hipopigmentasi (hypopigmentation) di mana kawasan kulit yang dirawat akan menjadi lebih cerah berbanding kulit sekitarnya atau hiperpigmentasi (hyperpigmentation) di mana kawasan kulit yang dirawat akan lebih gelap berbanding kulit sekitarnya. Anda juga mungkin akan mendapat parut kekal jika anda tidak mendapat pigmen yang secukupnya semasa rawatan pembuangan tatu dengan laser. Selepas setiap sesi rawatan, kesan rawatan akan terus kelihatan pada kulit anda.

Risks of Removing Tattoos

Risks of Removing Tattoos

APAKAH PILIHAN RAWATAN YANG BOLEH DIDAPATI UNTUK RAWATAN PEMBUANGAN TATU?

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembuangan tatu, anda boleh menghubungi kami untuk mengatur sesi konsultasi. Kami boleh dihubungi daripada pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam SETIAP HARI.

Hubungi/WhatsApp: +6012-662-5552/+6012-773-2074

Emel: contactus@premier-clinic.com

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos