Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Rawatan Pengurangan Lemak Vanquish Untuk Meraut Tubuh

weight loss vanquish

APAKAH ITU VANQUISH?

Vanquish adalah kaedah terbaru yang canggih untuk membuang lemak. Rawatan ini tidak memerlukan pembedahan dan menggunakan teknologi frekuensi radio (RF) yang selamat. Kaedah ini memusnahkan dan membuang lemak yang tidak dikehendaki. Antara kawasan yang disasarkan ialah tisu adipos di sekitar bahagian perut, pinggang dan belakang badan. Teknik ini diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 2013 dan kini digunakan secara meluas di seluruh dunia.

vanquish machineCARANYA

Rawatan ini digunakan untuk meraut bahagian-bahagian badan yang tertentu dengan cara membuang mendapan lemak yang degil untuk mencantikkan bentuk badan ataupun memejalkan bahagian badan yang dirawat itu. Teknik ini bertindak memanaskan lemak di dalam abdomen (atau bahagian badan yang lain) tanpa merosakkan kulit mahupun tisu otot bersebelahannya. Selepas sel-sel lemak yang degil ini diuraikan, badan anda akan mula menyingkirkannya dengan sendiri melalui proses semula jadi. Melalui kajian klinikal, Vanquish telah terbukti berkesan mengurangkan lemak perut sebanyak dua inci atau lebih, dan juga mampu menghapuskan sehingga 59% sel lemak yang disasarkan.

Kulit anda mungkin terasa suam sedikit sewaktu menjalani rawatan tetapi anestesia (ubat bius) tidak diperlukan kerana rawatan ini tidak menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa. Rawatan ini hanya mengambil masa 30 minit sahaja dan nyata lebih bagus daripada kaedah pembuangan lemak tanpa bedah yang lain.

Harga rawatan ini pula berada dalam kemampuan lebih ramai orang dan dapat membuang lebih banyak lemak selepas setiap rawatan berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Pesakit melaporkan kurang banyak kesan sampingan akibat rawatan ini, iaitu kulit menjadi merah-merah sedikit sekejap sahaja. Selain itu, tiada kemungkinan berlakunya jangkitan dan tiada tempoh pemulihan diperlukan selepas menjalani rawatan kerana kaedah ini tidak melibatkan pembedahan.

Klik butang anak panah di atas ini untuk menonton cara Dr Chen Tai Ho melakukan prosedur Vanquish pada pelanggannya.


Doktor kecantikan kami, iaitu Dr Chen Tai Ho, telah ditemu bual mengenai Vanquish dan disiarkan melalui televisyen. Klik butang anak panah untuk memulakan tayangan.

Soalan Yang Sering Ditanya Tentang Rawatan Pengurangan Lemak Vanquish

Berapa lamakah tempoh setiap rawatan?

Setengah jam.

Berapa kali rawatan diperlukan?

Biasanya sehingga 8 kali, dilakukan sekali seminggu. Ini bergantung pada jenis badan anda dan juga nasihat doktor.

Adakah rawatan ini menyakitkan?

Tidak, alatnya tidak menyentuh kulit anda. Penerima rawatan Vanquish mungkin mengalami sedikit rasa “suam”.

Jadi bagaimana tindakannya?

Vanquish menggunakan gelombang radio yang menyasarkan sel-sel lemak yang tidak dikehendaki dan memusnahkannya.

Bolehkah rawatan ini mencederakan atau merosakkan kulit dan tisu otot?

Tidak, rawatan ini menghapuskan sel-sel lemak sahaja. Vanquish tidak mengganggu tisu sekeliling.

Siapakah yang harus memilih rawatan Vanquish?

Lelaki dan wanita yang ingin membuang 2 hingga 4 inci daripada ukuran pinggangnya.

Bilakah boleh saya peroleh hasilnya?

Sedikit hasil akan diperoleh walaupun selepas satu atau dua sesi. Kebanyakan pesakit melaporkan hasil yang terbaik dalam masa 2 hingga 3 bulan selepas sesi terakhir.

vanquish treatment
1
2
3
4
5