DR KEE YONG SENG
Dr Kee Yong Seng memegang jawatan sebagai Pengarah Perubatan dan juga merupakan seorang doktor senior di Klinik Premier. Bidang amalan beliau termasuk rawatan penegangan kulit tanpa pembedahan, rawatan laser, suntikan, rawatan keguguran rambut dan keremajaan kulit.
Selain itu, Dr Kee juga merupakan salah seorang pelatih bertauliah rawatan Ultherapy – iaitu prosedur penegangan kulit tanpa melalui pembedahan. Beliau sering diundang untuk memberikan latihan dan menganjurkan bengkel untuk doktor-doktor baharu mengenai rawatan ini.
Dr Kee merupakan salah seorang pengasas Klinik Premier.
PENCAPAIAN
Memulakan perjalanan kariernya sebagai lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan ijazah dalam bidang Perubatan, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Diploma Perubatan Estetik di American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM).
Setelah tamat pengajian, Dr Kee bekerja di beberapa hospital kerajaan dan kumpulan klinik swasta dan terlibat secara multi-disiplin dalam bidang anestesia, perawatan intensif, dan pemeriksaan kesihatan. Dr Kee mempunyai minat khusus dalam terapi hormon anti-penuaan. Tambahan pula, beliau juga terlatih dan berakreditasi sepenuhnya untuk melakukan prosedur estetik seperti rawatan laser, pengisi dermis (filler injection), terapi cahaya, dan rawatan keguguran rambut. Beliau diperakui bagi menjalankan rawatan Thermage Skin Tightening, Ulthera Skin Firming, dan Fraxel Resurfacing untuk merawat parut jerawat dan mengekalkan keremajaan kulit.
Dr Kee juga memperolehi Diploma Dermatologi Penjagaan Primer, dari Institut Dermatologi Bangkok. Didorong oleh minatnya dalam amalan estetika, beliau mengikuti Sijil Dermatologi dalam Penjagaan Primer dari Akademi Doktor Keluarga Malaysia (AFPM).
Beliau merupakan salah seorang Pengamal Estetik Perubatan LCP (Letter of Credentialing & Privileging) yang diperakui sebagai antara kumpulan doktor pertama yang memperoleh kelayakan tersebut dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dr Kee mempunyai pengalaman lebih dari 16 tahun dalam amalan perubatan.
KEAHLIAN PROFESSIONAL
ebagai doktor, Dr Kee mendedikasikan hidupnya untuk membantu mengembangkan industri estetika di Malaysia. Dr Kee adalah sebahagian daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sejak tahun 2003. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Anti-Penuaan, Estetik & Perubatan Regeneratif Malaysia (SAAARMM) dan American Academy of Aesthetic Medicine (AAAM).
Di samping itu, Dr Kee adalah ahli International Society for Cellular Therapy (ISCT), International Association for Stem Cell Transplantation (IASCT), Forum of Adipose Tissue & Stem Cell (FATS), dan ahli MERZ Center of Excellence – Xeomin, Belotero HA Filler, Radiesse dan Ultherapy.
MINAT PERIBADI
Apabila beliau tidak menyarung jubah doktornya, Dr Kee adalah seorang suami dan ayah yang dikasihi oleh isteri dan dua orang anaknya. Beliau suka melancong bersama keluarganya untuk mendapatkan perspektif yang lebih luas tentang kehidupan. Beliau juga suka melancong ke mercu tanda terkenal dan membaca buku keusahawanan.
Dr Kee percaya kepada pendekatan holistik terhadap kesihatan, termasuk pemakanan dan modifikasi gaya hidup. “Kunci hidup sihat adalah tidak memusatkan perhatian pada 1 aspek dan meninggalkan aspek yang lain. Kita memerlukan keseimbangan yang tepat bagi segala sesuatu untuk membantu mendapatkan badan dan minda yang sihat,” kata Dr Kee.
Sekiranya anda berminat untuk berbincang lebih lanjut dengan Dr Kee, sila rujuk wakil khidmat pelanggan kami melalui WhatsApp / Hubungi 012-662-5552 atau emel kami di contactus@premier-clinic.com. Anda boleh menghubungi kami dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.