Kulit Kendur Pada Badan & Wajah

Medically reviewed by Doktor David Wee on Jul 31, 2019

APA ITU KULIT KENDUR?

Kulit kendur adalah satu keadaan yang mana kulit telah hilang keanjalan. Semasa muda, kolagen dan elastin di dalam kulit akan merangsang pembaharuan kulit. Tetapi apabila kita semakin lanjut umur, penghasilan kolagen dan elastin menurun. Maka, keadaan kulit tidak dapat dikembalikan kepada keadaan asal, yang mengakibatkan kulit kendur. Kulit kendur atau kulit lebihan agak mengecewakan dan boleh memberi kesan kepada keyakinan diri seseorang. 

Kulit kendur boleh berlaku semasa penurunan berat badan atau mengandung di mana kulit diregang secara mendadak. Kawasan yang selalu mengalami kulit kendur termasuk muka, perut, leher, punggung, lengan dan kaki.

What is Saggy Skin

BAGAIMANA KULIT KENDUR BERLAKU?

Terdapat beberapa faktor selain dari penghasilan kolagen dan elastin yang rendah yang mengakibatkan kulit kendur. Memek muka yang berulang, posisi tidur, merokok dan pendedahan berpanjangan kepada matahari merupakan antara faktor-faktor. Kenaikan atau penurunan berat badan secara mendadak juga boleh mengakibatkan kulit kendur. Kulit meregang, dan sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dalam jangka masa yang lama, kulit akan terus kendur akibat dari kehilangan kolagen dan elastin.

Pendedahan berpanjangan kepada matahari juga boleh merosakkan sel kulit dan mempercepatkan kesan penuaan, yang akan menggandakan kadar kulit kendur dan kedutan. Radiasi ultra lembayung dihasilkan oleh matahari akan meleraikan kolagen dan elastin kulit. .

Kulit kendur juga berpunca daripada mewarisi genetik daripada generasi terdahulu. Keadaan genetik ini selalunya berkait rapat dengan otot yang menyokong kulit. Apabila otot mulai lemah akibat penuaan, lemak akan terkumpul di bahagian tersebut dan akan membuatkan sebahagian kulit menjadi kendur. Kulit tersebut boleh mengendur akibat ketiadaan otot di bawah kulit.

How Does Saggy Skin Happen

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KULIT KENDUR?

Terdapat pelbagai pilihan dalam meningkatkan tekstur kulit dan menghalang kulit kendur. Bagi mengelak prosedur perubatan, ini merupakan beberapa pilihan yang ada untuk menegangkan kulit muka yang kendur:

Firming Products

Produk menganjal

Penggunaan krim atau losyen menganjal selalunya tidak menunjukkan perubahan ketara, ia boleh membantu mengurangkan kulit kendur. Kebanyakkan krim adalah untuk tujuan melembap sahaja. Ia membantu dalam melembapkan kulit buat sementara waktu yang mengurangkan garisan dan kedutan. Pilih krim menganjal yang mengandungi retinoid. Penggunaan retinoid akan mengelakkan kerosakan radikal bebas di dalam kulit yang memberi kesan negatif kepada produksi kolagen. Retinoid boleh membantu dalam penghasilan kolagen, lantas meningkatkan tekstur kulit untuk kelihatan muda dan berseri.

Supplements

Supplemen/Produk Makanan Tambahan

Mengambil suplemen anti-oksidan akan membantu kulit untuk kelihatan berseri. Tiada pil ajaib atau segera untuk menghilangkan kulit kendur, akan tetapi supplemen yang bagus boleh membantu.

  • Collagen hydrolysatemembantu menghasilkan kolagen
  • Proteinmengandungi asid amino yang membantu dalam penghasilan blok untuk kolagen
  • Vitamin C – membantu dalam sintesis kolagen
  • Gelatinkolagen haiwan yang telah masak yang membantu dalam penghasilan kolagen

Skincare

Produk Penjagaan Kulit

Selalu menggunakan produk perlindungan matahari sebelum keluar rumah akan membantu melindungi kulit. Tiada produk perlindungan matahari yang boleh menghalang kesemua sinaran UV, akan tetapi ianya boleh mengurangkan. Guna pelindung matahari dengan SPF 30 ke atas boleh membantu. Pilih produk penjagaan kulit yang mengandungi asid hyaluronic yang boleh mengekalkan kelembapan ke dalam kulit yang kendur dan berusia.

 

RUTIN KULIT SEMULAJADI UNTUK MENEGANGKAN KULIT KENDUR

Rawatan sendiri dan perubahan gaya hidup adalah cara terbaik dalam mengatasi tahap awal kulit kendur.

  • SenamanSenaman yang kerap boleh membantu dalam menegangkan kembali kulit. Membina otot melalui angkat berat dapat mengurangkan keadaan kulit kendur dengan menguatkan dan mendefinisikan otot. Rutin senaman perlu mengikut keadaan kulit yang  kendur. Sekiranya anda mengalami kulit kendur dari kehamilan, berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan senaman.
  • Pengurangan berat badan – Kulit kendur mungkin disebabkan oleh lemak degil di bawah lapisan kulit. Lemak ini dipanggil lemak subkutus yang membuatkan kulit kelihatan kendur. Menghilangkan lemak ini boleh menganjalkan kulit.
  • Urutan Membuat urutan sekali – sekala boleh meningkatkan perjalan darah dan menghasilkan tindak balas anti penuaan. Anda boleh menggunakan skrub garam atau gula untuk tingkatkan peredaran darah. Penggunaan skrub untuk hilangkan sel kulit mati dan menggalakkan peredaran darah ke kulit.
  • Hidrasi Kekal hidrasi dalam badan serta melembabkan kulit membantu mengelakkan kesembapan. Kesembapan berlaku apabila lebihan cecair terbentuk di dalam sistem badan. Kekalkan kelembapan kulit untuk hasil kulit yang tegang dan gebu.
  • SupplemenMinyak grape seed (benih anggur) telah terbukti membantu menegangkan kulit dan  meningkatkan keanjalan kulit.

Tighten Loose Skin

RAWATAN PILIHAN DALAM MENGURANGKAN MASALAH KULIT KENDUR

Sekiranya semua rawatan tradisonal tidak cukup berkesan merawat kulit kendur, anda mungkin perlu pertimbangkan rawatan melelas/ abrasif. Terdapat pelbagai prosedur sama ada secara pembedahan atau tanpa pembedahan yang boleh mengurangkan kulit kendur, termasuk: Sekiranya anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang kulit kendur dan solusinya, hubungi kami untuk sesi perundingan. Kami boleh dihubungi dari 8 pagi sehingga 12 tengah malam SETIAP HARI.

Call/Whatsapp: 012-662-5552/ 012-773-2074
Email: contactus@premier-clinic.com

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos