Keloid: Parut, Punca & Rawatan

Medically reviewed by Doktor Kee Yong Seng on Jun 20, 2019

APA ITU KELOID?

Keloid adalah sejenis parut yang muncul di permukaan kulit dan membentuk parut timbul. Ianya juga dikenali dengan nama parut hypertrophic. Keloid tidak berlaku kepada semua orang dan bukan semua parut akan menjadi keloid.

Keloid selalunya lebih gelap daripada warna kulit. Ianya tebal, gatal dan seiring dengan masa, ianya boleh menjadi lebih besar. Ia juga selalunya mempunyai bentuk yang tidak sekata. Ianya boleh terbentuk di bahagian dada, belakang, bahu dan di kawasan telinga.

KELOID

Keloid-scars

BAGAIMANAKAH KELOID TERBENTUK?

Keloid selalunya terjadi kesan daripada kecederaan di atas kulit. Ia berlaku apabila luka merentasi lapisan kulit luar seperti luka besar akibat pembedahan atau luka yang dalam.

Keloid terbentuk apabila kulit mengesan luka atau kesan koyak pada dinding kulit. Sebaik sahaja kulit mengesan luka, ia akan membebaskan kolagen untuk membantu ‘membaiki’ dan menutup luka. Walau bagaimanapun, apabila kulit pulih, hasil akhir penyembuhan mungkin tidak sebaik seperti sebelumnya.

Apabila terlalu banyak kolagen dikeluarkan, ianya akan terkumpul dan mengeras lalu membentuk keloid.

Terdapat juga keadaan di mana keloid terjadi walaupun tiada luka atau kecederaan. Keadaaan ini dipanggil ‘spontaneous keloid’.

Salah faham yang sering berlaku tentang keloid ialah ianya menyebabkan kanser, sedangkan keloids tidak akan menjadi punca kepada kanser.

keloid scar

APAKAH PENYEBAB KELOID?

Genetik: Salah satu punca keloid yang paling biasa ialah genetik. Jika anda mempunyai sejarah keloid dalam keluarga anda, maka besar kemungkinan anda juga akan mengalami keloid. Dalam satu kajian, 1 daripada 3 orang yang mempunyai keloid, mempunyai saudara terdekat yang juga pernah mendapat keloid.

Keturunan: Terdapat sesetengah kaum yang lebih cenderung mendapat keloid berbanding kaum yang lain. Kajian menunjukkan mereka yang berketurunan Hispanik, Cina, dan Afrika lebih cenderung mendapat keloid berbanding kaum lain.

keloid scar

BAGAIMANA MERAWAT KELOID SECARA SEMULAJADI?

Keloid sukar dihilangkan secara semulajadi. Buat masa sekarang, tiada rawatan secara semulajadi yang boleh menghilangkan keloid. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh menghalang keloid daripada terus membesar.

Silicone sheeting or gel

Gel silikon: Silikon atau gel adalah rawatan umum bagi parut keloid. Ia memberikan kelembapan kepada stratum corneum. Kelembapan ini akan melancarkan pengeluaran fibroblast dan mengurangkan pengeluaran kolagen. Penggunaan silikon atau gel juga dapat mengurangkan parut hypertrophic.

Anti-scarring cream

Krim anti-parut: Terdapat beberapa bahan dalam produk kecantikan kulit yang terbukti mengurangkan parut seperti lanolin atau petrolatum. Untuk mendapatkan hasil yang diidamkan, krim ini perlu disapu secara kerap dan konsisten. Walaubagaimanapun, terdapat produk yang menggunakan ekstrak bawang atau vitamin E sebagai bahan anti-parut namun tiada bukti saintifik yang menyokong penggunaan bahan-bahan tersebut dalam menghilangkan parut.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGELAK DARI TERJADINYA KELOID?

Memandangkan keloid adalah akibat langsung daripada luka, mungkin ia bukanlah cadangan yang baik untuk melukakan bahagian keloid tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya keloid sudah terbentuk, sila ikuti cara penjagaan berikut:

  1. Bersihkan calar/ luka dengan air mengalir bagi mengelakkan risiko jangkitan.
  2. Balut luka dengan kain pembalut luka yang diletakkan petrolatum. Ini akan membantu melembapkan luka.
  3. Bersihkan luka dengan berhati-hati. Elakkan daripada mencabut keruping luka untuk tidak memburukkannya.
  4. Sapu silikon atau gel sebaik sahaja luka mengering.

HOW TO AVOID KELOIDS

PILIHAN RAWATAN BAGI MENGHILANGKAN KELOID

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang proses menghilangkan keloid, sila berhubung dengan bahagian khidmat pelanggan kami yang professional. Mereka akan membantu anda membuat temujanji dengan para doktor kami yang pakar dalam bidang ini:

WhatsApp/Hubungi: +6012-662-5552
Emel: contactus@premier-clinic.com

chat with us now

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos