Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Rawatan Laser Keloid

Rawatan Laser Keloid

  • Apa itu Rawatan Laser Keloid
  • Bagaimana Laser Keloid berfungsi
  • Kebaikan Laser Keloid
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah penjagaan semasa Laser Keloid
  • Kesan sampingan Laser Keloid
  • Kos rawatan Laser Keloid
  • Lokasi perkhidmatan rawatan Laser Keloid
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Rawatan Laser Keloid
  • Bagaimana Laser Keloid berfungsi
  • Kebaikan Laser Keloid
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah penjagaan semasa Laser Keloid
  • Kesan sampingan Laser Keloid
  • Kos rawatan Laser Keloid
  • Lokasi perkhidmatan rawatan Laser Keloid
  • Before & After

Apa itu Rawatan Laser Keloid?

KELOID LASER

Keloid adalah pertumbuhan kulit secara berlebihan akibat daripada penghasilan kolagen yang berlebihan untuk menutup luka. Keloid boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh tetapi kebiasaannya terjadi di kawasan dada ke atas. Jika tidak dirawat, keloid boleh tumbuh menjadi lebih besar. Kadangkala keloid akan menjadi gatal terutamanya pada waktu malam.

Laser keloid juga dikenali sebagai Laser Vaskular yang membuang keloid dengan memancarkan tenaga cahaya yang tinggi kepada lapisan kulit yang betul dan menghancurkan serat kolagen fibrosis. Kaedah ini membolehkan kami mengurangkan saiz keloid dan menghalangnya daripada terus membesar.. 

Rawatan laser keloid adalah satu rawatan yang bagus. Gabungan laser keloid dengan suntikan keloid memberikan kesan yang terbaik untuk meratakan keloid pada tubuh anda.

Bagaimana Rawatan Laser Keloid berfungsi?

Rawatan laser keloid bertindak dengan menghentikan aktiviti neovaskular di dalam parut keloid ini. Ini bermaksud penghasilan kolagen baharu di dalam keloid juga akan terhenti.

Laser keloid dipancarkan ke dalam keloid pada kedalaman yang tepat dengan kadar pancaran yang  betul untuk menghancurkan sel-sel rosak yang telah menghasilkan kolagen yang berlebihan.

Sebelum memulakan rawatan, doktor akan menyapu ubat bius bagi mengurangkan sebarang ketidakselesaan yang mungkin berlaku semasa rawatan. Rawatan ini tidak menyakitkan, tetapi anda mungkin akan merasa sedikit hangat di bahagian-bahagian yang dirawat kesan daripada pancaran laser tersebut.

Pancaran laser tidak akan menyebabkan kulit anda terbakar; kemerahan pada bahagian yang dirawat adalah normal, menjadikan rawatan laser keloid ini salah satu rawatan yang terbaik dalam menghilangkan keloid pada tubuh anda.

KELOID LASER  KELOID LASER

Kebaikan Rawatan Laser Keloid

Rawatan laser keloid menjadi pilihan utama dalam kalangan pesakit kami kerana kadar keberkesanannya yang sangat tinggi.

Rawatan laser keloid boleh membantu:

  • Menghentikan pertumbuhan keloid daripada terus membesar
  • Mengurangkan saiz keloid
  • Meratakan permukaan keloid
  • Memudarkan warna keloid supaya tidak kelihatan ketara
  • Mengurangkan benjolan

KELOID LASER

Masalah yang boleh dibantu

Selain keloid, laser vaskular juga boleh membantu mengurangkan parut timbul atau parut tenggelam (berlubang) yang lain.

KELOID

Keloid

Kadar pancaran laser dan kedalaman pancaran yang ditetapkan dengan tepat boleh membantu memecahkan ikatan serat kolagen di dalam kulit yang mengakibatkan keloid terjadi. Sebaik sahaja pancaran laser mencapai kedalaman kulit yang betul, sel-sel kulit yang menghasilkan kolagen yang berlebihan akan dihancurkan.

Selain mengurangkan saiz keloid, laser vaskular juga membantu mencerahkan warna kulit dari merah gelap kepada warna tona kulit. Ini menjadikan keloid tidak kelihatan ketara.

Depressed Scars 

Parut Tenggelam/ Berlubang

Parut tenggelam atau berlubang terjadi akibat daripada tisu serat kolagen menarik kulit ke bawah. Ini menyebabkan tekstur kulit menjadi beralun dan tidak sekata.

Rawatan laser keloid atau laser vaskular boleh menghancurkan tisu serat kolagen dan membantu kulit timbul kembali dan menjadi sekata. Teknik ini dikenali sebagai skin resurfacing technique. Beberapa siri rawatan diperlukan untuk kesan yang optimum.

Langkah Penjagaan ketika menjalani Rawatan Laser Keloid

Laser keloid adalah alat yang sangat berkesan untuk merawat kulit. Namun, alat ini boleh memberikan kesan negatif jika digunakan oleh mereka yang tidak profesional atau tidak berpengalaman.

Doktor-doktor yang sangat berpengalaman seperti doktor-doktor kami mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam menentukan kadar pancaran laser untuk mencapai kedalaman kulit yang tepat tanpa mengakibatkan kesan yang tidak diingini.

Kesan Sampingan Rawatan Laser Keloid

Sekiranya rawatan ini dilakukan oleh mereka yang bukan pakar, laser keloid akan mengakibatkan:

  • Kemerahan kulit yang berpanjangan disebabkan oleh kulit rosak  
  • Keloid akan menjadi semakin parah kerana laser akan menyebabkan luka lebih banyak
  • Tidak memberikan apa-apa kesan kepada keloid
  • Jangkitan kulit – Kulit akan menjadi semakin nipis dan keadaan itu akan menyebabkan jangkitan mudah berlaku sekiranya tidak dirawat dengan baik

Melakukan rawatan laser keloid di klinik yang berdaftar dan dilakukan oleh doktor pakar yang berpengalaman adalah kunci untuk mendapatkan kesan rawatan yang terbaik.

KELOID LASER

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Bayaran untuk laser keloid di Malaysia adalah RM 500 ke atas bagi setiap bahagian dan bergantung kepada bahagian yang ingin dirawat. Sekiranya bahagian yang ingin dirawat adalah di kawasan sulit atau di bahagian yang sensitif contohnya mata, rawatan akan menjadi lebih berisiko dan lebih banyak langkah pengawasan perlu diambil.  

Klinik Premier menawarkan rawatan laser keloid pada harga bermula daripada RM 500 bagi setiap bahagian. Harga ini berbeza mengikut saiz keloid dan bahagian yang ingin dirawat. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah keloid anda dengan menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami.

Kami juga menggalakkan anda untuk mendapatkan sesi rundingan dengan doktor kami supaya doktor kami boleh memberikan anggaran harga untuk menyelesaikan masalah keloid anda.

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Anda boleh mendapatkan Rawatan Laser Keloid di semua cawangan Klinik Premier di Bangsar, Puchong, Mont Kiara, TTDI dan Kuala Lumpur. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tatacara rawatan, anda boleh hubungi kami di:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Rawatan Laser Keloid

Keloid Laser Treatment Before After
Keloid Laser Treatment Before After
Keloid Laser Treatment Before After
  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5965340/
  • https://burnstrauma.biomedcentral.com/articles/10.1186/s41038-018-0141-0
  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4292254/
  • https://academic.oup.com/asj/article/16/2/92/199554
  • https://www.mdedge.com/dermatology/article/175408/dermatologic-surgery/ablative-fractional-lasers-treat-scars-magic-wand

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat