Mungkin ramai yang tidak tahu, kebanyakan orang Asia yang memiliki kulit sawo matang dan gelap. Kulit jenis lebih mudah mendapat parut gelap berbanding bangsa lain. Kebiasaannya orang Asia adalah jenis skin ‘type’ 4 yang mana ia mudah lebam dan mudah berpigmentasi.
Jadi tidak hairanlah apabila kulit mereka tercedera atau terkopek, contohnya menggaru kaki ketika tidur, ia mudah sahaja meninggalkan kesan seperti tompok hitam yang tidak disenangi dan tampak hodoh.
Biarpun kesan ini boleh ditutupi menggunakan solekan tertentu, akan tetapi masalah parut ini masih akan tetap wujud. Sudah pasti kesan parut gelap pada bahagian tubuh badan yang terdedah seperti badan, kaki dan ketiak, dan di bahagian muka akan mengakibat rasa malu dan gelisah kepada mana – mana individu.
Kami yakin, ramai pembaca di sini turut ada masalah parut gelap dan buntu dalam mencari rawatan dan kaedah yang efektif dan berkesan..
Maka jika anda mempunyai parut hitam, anda wajib untuk terus membaca sehingga habis untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai rawatan dan cara untuk menghindari dari masalah parut gelap.
Sebelum kita mendalami dgn lebih mendalam mengenai cara untuk merawat parut hitam yang ada di bahagian muka atau badan, anda perlu tahu dan faham apa itu parut hitam.
Parut hitam, parut gelap, ataupun secara saintifiknya di sebut sebagai Post Inflammatory Hyperpigmentation adalah keadaan kulit yang bewarna gelap dari warna kulit asal yang terjadi disebabkan oleh parut selepas radang atau bekas jerawat.
Parut ini juga dipanggil sebagai hyperpigmentation scar. Proses pigmentasi terjadi akibat penghasilan melanin yang berlebihan ketika kulit mengalami keradangan atau cedera. Melanin berfungsi untuk menghasilkan atau memberikan warna atau pigmen kepada kulit, rambut dan mata. Akan tetapi apabila pengeluaran pigmen berlebihan, terjadilah parut yang lebih gelap daripada tona asal kulit kita.
Keadan ini boleh menjadi lebih serius dan teruk jika ia terjadi akibat inflamasi, dimana ia menjadikan parut lebih gelap dari biasa. Aktiviti seperti memicit jerawat di bahagian muka atau badan juga akan mengakibatkan parut gelap yang teruk.
Sudah terbukti, terang lagi bersuluh dimana rawatan laser merupakan kaedah yang paling cepat dan pantas dalam menyelesaikan masalah parut hitam ini! Dalam keadaan yang tertentu, ada parut yang degil dan susah untuk hilang, sebagai contohnya parut kemalangan. Parut kesan kemalangan ini bukan sahaja tampak gelap, akan tetapi ia juga boleh mengganggu skin texture.
Parut jenis ini atau kita namakan parut dalam memerlukan laser untuk mendapat hasil yang memuaskan. Ini kerana rawatan laser dicipta untuk akan memulih dari dalam kulit dengan bertindak merangsang regenerasi kulit serta memudarkan pigmen gelap di kawasan tersebut.
Terdapat pelbagai jenis rawatan laser yang anda boleh cuba, mengikut kesesuaian masalah kulit seperti:
Laser ini menghasilkan pancaran cahaya berkas yang amat nipis ke bahagian kulit, diaman ia bertindak merangsang pengeluaran kolagen baru dan mengelupaskan lapisan kulit luar yang mengandungi pigmen hitam. Ini membantu mengurangkan kesan parut gelap dan mencerahkan kulit.
Laser ND YAG ini berfungsi dengan menyerap pigmen hitam dalam kulit dan menhancurkannya ia kepada pigmen kecik. Keadaan ini membantu mengurangkan pigmentasi gelap di bahagian, kaki, badan serta ketiak yang mana mudah terjadi parut gelap.
.
Laser PICO merupakan antara rawatan laser yang sangat popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana laser Pico menggunakan denyut laser yang sangat singkat dan cepat untuk merentasi kulit dimana ia menghancurkan partikel pigmen atau melasma di dalam kulit tanpa merosakkan lapisan luar kulit. Ia juga merangsang pengeluaran kolagen dan memudarkan pigmen gelap dalam tempoh yang singkat serta waktu pemulihan yang cepat.
.
Laser berkuasa tinggi dicipta untuk merosakkan pigmen yang terdapat di bawah permukaan kulit srta mengurangkan pigmentasi gelap.
Sakit atau tidak rawatan laser sebenarnya bergantung kepada daya tahan setiap individu. Sesetengah individu yang mempunya pain tolerant yang tinggi, tidak mempunyai masalah dalam menjalani prosedur ini. Akan tetapi bagi individu yang tidak tahan sakit, ia mungkin akan berasa sedikit kurang selesa ketika prosedur dijalankan.
Selama prosedur, anda mungkin akan merasai sensasi panas pada kulit atau bahagian yang dirawati. Sebahagian besar melaporkan tingkat rasa sakit yang rendah, atau bahkan tiada kesakitan. Namun jangan khuatir, doktor akan menggunakan ubat anestesi lokal dan krim kebas untuk mengurangi ketidakselesaan selama prosedur.
Tiada had umur untuk rawatan laser ini. Pada kebiasaannya individu sama ada lelaki atau wanita yang berumur 18 tahun ke atas sudah mula pandai menilai dan risau tentang penampilan wajah dan anggota badan.
Bergantung kepada tahap parut dan tindak balas kulit pesakit terhadap sesuatu rawatan yang dilakukan. Rawatan berkala perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Minimum enam kali sesi sudah mencukupi untuk menampakkan hasil yang diingini pesakit.
Kesan parut gelap dan hitam akan beransur pudar dan hilang sepenuhnya selepas menjalani rawatan laser secara berkala. Disini diingatkan bahawa kadar kekerapan prosedur laser adalah berbeza bergantung kepada keadaan kulit dan kondisi parut tersebut. Kondisi parut individu adalah berbeza dimana jumlah rawatan juga akan berbeza untuk mendapatkan hasil yang berkesan serta puas hati.
Rawatan laser pico dan lasern lain memecahkan pigmen kulit melalui proses foto-termolisisdimana ia menyerap dan membuang pigmen tersebut keluar dari badan. Sebagai hasilnya ia menghasilkan kulit baru yang lebih cerah, lembut dan licin. Rawatan ini sesuai dilakukan kebahagian seluruh badan termasuklah di bahagian ketiak, kaki, pinggul, punggung dan lipatan-lipatan kulit berlemak.
92% pegguna rawatan laser parut sangat berpuas hati dan merek bersetuju bahawa rawatan laser ini menghasilak kesan yang kekal sehingga 85 peratus. Ia juga membantukan menjadikan kulit tampak cantik dan sihat.
Bagi mendapatkan hasil rawatan yang memuaskan, rawatan laser Pico merupakan pilihan yang terbaik. Dimana laser pico ini merupakan teknologi dan kaedah rawatan yang terkini yang digunakan di Premier Clinic. Selain itu, kami juga menawarkan pelbagai lagi jenis rawatan laser bagi menyelesaikan masalah estetik anda. Kesemua rawatan ini dilakukan oleh doktor terlatih dan berpengalaman bersesuaian dengan harga yang ditawarkan.
Oleh yang demikian, sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut atau ingin menjalani rundingan estetik bersama doktor kami, anda boleh kunjungi mana-mana cawangan kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City
Anda juga boleh menghubungi kami di:
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Reference
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos