Penyakit Kelamin Herpes Simplex: Punca, Gejala & Rawatan

Medically reviewed by Doktor Kee Yong Seng on Ogo 1, 2019

APA ITU HERPES SIMPLEX?

Herpes ialah jangkitan kulit yang disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Terdapat dua jenis virus herpes simplex; HSV jenis 1 dan HSV jenis 2. HSV jenis 1 berkemungkinan besar menjangkiti bahagian mulut, juga dikenali sebagai herpes mulut manakala HSV jenis 2 akan menjangkiti kawasan kemaluan yang dipanggil herpes genital. Secara amnya, virus boleh menjangkiti alat kelamin, kawasan dubur, permukaan mukosa dan permukaan kulit yang lain.

herpes simplex virus HSV

Gejala herpes termasuk ruam lepuh, ulser, sakit semasa buang air kecil, kudis selsema dan keputihan. Memandangkan herpes adalah keadaan jangka panjang, ramai orang tidak pernah mengalami gejala walaupun mereka membawa virus.

GEJALA HERPES SIMPLEX?

Gejala semasa jangkitan primer mungkin berbeza berbanding dengan jangkitan yang berulang. Jangkitan primer berlaku apabila seseorang dijangkiti virus herpes simplex (HSV).

Symptoms of Herpes

Semasa terkena jangkitan, kebanyakan orang akan mengalami gejala berikut termasuk:

  • Ruam lepuh pada kulit
  • Keputihan
  • Sakit
  • Gatal-gatal
  • Demam
  • Kudis sejuk di sekitar mulut
  • Ulser pada alat kelamin luar, kawasan dalam faraj atau pada serviks
  • Sakit semasa membuang air kecil
  • Nodus limfa yang diperbesarkan
  • Rasa terbakar atau kesemutan di sekitar alat kelamin

Jangkitan Herpes yang berulang biasanya berlaku dan menjadi kerap dari masa ke masa, tetapi simptom akan menjadi samaada bertambah baik atau bertambah buruk bergantung pada tempoh kesembuhan dan juga tahap keseriusan penyakit.

Symptoms of Herpes

PENYEBAB HERPES SIMPLEX?

Jangkitan Herpes terjadi pada permukaan kulit yang menyebabkannya lebih mudah merebak dan mudah berjangkit kepada orang lain. Jangkitan berlaku apabila virus boleh dipindahkan antara satu sama lain melalui sentuhan secara langsung pada kulit yang lembap, iaitu pada mulut, dubur, alat kelamin serta mata.

Tanpa mengira jantina, umur atau keturunan, herpes boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang terdedah kepada HSV. Kanak-kanak mungkin dijangkiti apabila mereka mempunyai kontak rapat dengan orang dewasa yang dijangkiti serta membawa virus itu sepanjang hayat mereka.

Mempunyai aktiviti seksual yang bebas boleh menjadi faktor utama bagaimana virus itu boleh dijangkiti dari satu individu ke individu yang lain. Wanita lebih mudah dijangkiti berbanding lelaki. Jangkita Herpes boleh didiagnosis melalui pemeriksaan fizikal dan juga ujian HSV.

CAUSES OF HERPES

CARA MENCEGAH MENCEGAH PENYAKIT HERPES?

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Walaupun tiada ubat untuk penyakit herpes, cara yang betul untuk mencegah virus herpes daripada merebak adalah kita boleh mengambil langkah dengan mengawal penyakit dan mencegah virus daripada membiak atau menular kepada orang lain.

How to Prevent Herpes

Jika anda mengalami wabak HSV jenis 1 dan jenis 2, anda disarankan untuk:

  • Elakkan sentuhan fizikal secara langsung dengan orang lain.
  • Jangan berkongsi sebarang alat solek, kain atau perkakas yang boleh merebak virus.
  • Jangan melakukan seks oral, ciuman atau sebarang aktiviti seksual
  • Lakukan penjagaan tangan yang betul atau sapu kapas apabila mengendalikan luka atau ruam lepuh.
  • Elakkan pakaian ketat di sekitar kawasan yang dijangkiti.
  • Bersihkan kawasan yang dijangkiti dengan kerap dan basuh tangan selepas menyentuh kawasan yang terjejas untuk mengelakkan virus atau jangkitan merebak.
  • Mengambil ubat untuk wanita hamil bagi mengelakkan virus daripada menjangkiti bayi dalam kandungan.
  • Tingkatkan tindak balas imun anda dengan mengambil suplemen tambahan seperti vitamin B kompleks yang membantu badan anda melawan virus herpes.
  • Elakkan hubungan seks atau bertukar pasangan seks. Anda boleh menggunakan kondom semasa persetubuhan tetapi virus boleh disebarkan melalui kulit yang tidak bertutup.

How to Prevent Herpes

CARA SEMULAJADI UNTUK MENCEGAH PENYAKIT HERPES

Memandangkan rawatan dan ubat-ubatan yang ada hanya membantu dalam melegakan kesakitan dan ketidakselesaan, cara semulajadi memainkan peranan utama dalam meredakan gejala.

Natural Ways to Prevent Herpes

Terdapat pelbagai pilihan rawatan termasuk:

  • Mampat suam(worm compress) – melegakan sakit, mengurangkan kesakitan dan bengkak
  • Mampat sejuk(Cool compress)– Kesejukan tidak menambah baik atau memburukkan keadaan, tetapi ia boleh membantu mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan.
  • Pes soda penaik – Keringkan luka dan hilangkan kegatalan
  • Pes tepung jagung – Keringkan luka dan hilangkan kegatalan
  • Bawang putih topikal – Mengandungi ciri antivirus yang membantu dalam mengurangkan sakit
  • Cuka cider epal – Mengandungi ciri anti-radang dan antivirus yang membantu mengurangkan gejala
  • Mandian garam dan air suam – Membantu dalam mengurangkan gejala penyakit herpes
  • Propolis – Menggalakkan penyembuhan luka penyakit herpes dengan lebih cepat
  • Aloe vera – Ia membantu dalam menenangkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Minyak pokok teh – Merupakan bahan antiviral yang kuat yang digunakan pada kudis sejuk dan penyakit herpes pada kemaluan.
  • Madu Manuka – Ia berkesan sebagai acyclovir. Dengan disapukan terus ke kawasan yang dijangkiti akan membantu dalam mengurangkan bengkak dan kesakitan yang disebabkan oleh HSV.
  • Susu kambing – Antiviral yang membantu mencegah virus daripada merebak
  • Minyak pati(EO) – Chamomile EO digunakan untuk melegakan kesakitan yang memberi rasa yang tidak selesa – Mengandungi agen antivirus yang kuat, carvacrol yang mengurangkan sakit dan bengkak
  • Ekstrak lemon balm – Membantu dalam menyekat wabak gejala penyakit herpes dan mengurangkan risiko penularan.
  • Ekstrak likuoris – Ciri-ciri antivirus dan anti-radang likuoris membantu dalam rawatan jangkitan.
  • Penjagaan diet – Makan makanan yang betul atau mengamalkan gaya pemakanan tertentu yang boleh meningkatkan sistem imun akan membantu tubuh melawan virus herpes simplex.

Natural Ways to Prevent Herpes

Kebanyakan ubat mampu mengurangkan keradangan, kerengsaan dan gejala lain. Walau bagaimanapun, rawatan seperti ini bukanlah pengganti untuk rawatan klinikal atau ubat, tetapi alternatif lain yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan. Sebelum mencuba atau menggabungkan sebarang rawatan semulajadi dari rumah ini berbanding dengan rawatan klinikal, rujuk dan berbincang dengan doktor atau pakar mengenai kemungkinan dos, dan kesan sampingan.

PILIHAN RAWATAN UNTUK MERAWAT PENYAKIT HERPES

Untuk keadaan penyakit herpes, tiada ubat untuk virus ini. Rawatan adalah untuk memberi tumpuan kepada menghilangkan sakit, mengelakkan jangkitan daripada menular dan juga melegakan ketidakselesaan yang disebabkan oleh virus. Berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang ubat dan rawatan.

Here are the available treatments include:

Ubat-ubatan

Kebanyakan ubat-ubatan digunakan untuk membantu dalam mengurangkan risiko penularan kepada orang lain. Ubatyang disediakan mungkin dalam bentuk penggunaan oral, cecair dan juga melalui suntikan bagi jangkitan yang teruk. Doktor boleh menentukan ubat antivirus pada setiap kali gejala muncul semula. Ubat antivirus ini sangat dilarang untuk wanita hamil atau bayi di bawah umur satu tahun. Ubat antivirus gang disyorkan oleh doktor biasanya dikira berdasarkan berat badan kanak-kanak atau pesakit.

  • Acyclovir (Zovirax, Sitavig) – Ubat antivirus yang diguna untuk mengurangkan tahap keseriusan dan tempoh waktu penularan penyakit kelamin herpes. Ia juga membantu dalam merawat dan menyembuhkan kudis yang terhasil serta mengurangkan rasa sakit dan gatal.
  • Famciclovir (Famvir) – Ubat antivirus yang digunakan untuk merawat penularan jangkitan kuman yang menyebabkan kudis di bahagian mulut, dubur dan kelamin.
  • Valacyclovir (Valtrex) – Ubat yang digunakan untuk mengurangkan rasa sakit selepas oenyembuhan kudis.
  • Abreva (Docosanol) – Sejenis ubat antivirus yang digunakan untuk menghalang virus dari merebak dan mebiak didalam tubuh badan.
  • Ubat tahan sakit (Tylenol, Advil, Aleve) – Membantu dalam mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh penggunaan krim sapu antivirus dibahagian rawatan.

Medication HERPES

Jika anda menghidap penyakit  herpes dan ingin mengurangkan gejala, sila hubungi kami supaya kami boleh memberi anda ubat untuk membendung penyakit tersebut. Sila hubungi kami untuk mengikuti sesi perundingan. Kami beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam SETIAP HARI.

Hubungi/WhatsApp: 012-662-5552

Emel: contactus@premier-clinic.com

Available Treatments

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos