Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Rawatan Suntikan Kortikosteroid

Rawatan Suntikan Kortikosteroid

  • Apa itu Suntikan Kortikosteroid
  • Bagaimana Suntikan Kortikosteroid berfungsi
  • Kebaikan Suntikan Kortikosteroid
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah penjagaan semasa Suntikan Kortikosteroid
  • Kesan sampingan Suntikan Kortikosteroid
  • Tempoh masa pemulihan rawatan Suntikan Kortikosteroid
  • Kos rawatan Suntikan Kortikosteroid
  • Lokasi perkhidmatan rawatan Suntikan Kortikosteroid
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Suntikan Kortikosteroid
  • Bagaimana Suntikan Kortikosteroid berfungsi
  • Kebaikan Suntikan Kortikosteroid
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah penjagaan semasa Suntikan Kortikosteroid
  • Kesan sampingan Suntikan Kortikosteroid
  • Tempoh masa pemulihan rawatan Suntikan Kortikosteroid
  • Kos rawatan Suntikan Kortikosteroid
  • Lokasi perkhidmatan rawatan Suntikan Kortikosteroid
  • Before & After

Apa itu rawatan suntikan kortikosteroid?

Intralesion Corticosteroid Injection

Rawatan suntikan kortikosteroid juga dikenali sebagai suntikan kortison atau suntikan jerawat adalah sejenis rawatan anti-jerawat untuk menyelesaikan masalah jerawat. Rawatan ini sangat cepat (hanya memakan masa selama 30 minit) dan kesannya boleh dilihat dengan segera.

Rawatan suntikan kortikosteroid terkenal kerana menyelesaikan masalah jerawat secara sementara (tetapi cepat) dan rawatan ini juga digunakan untuk mengecilkan cyst yang besar.

Pesakit yang pernah menjalani rawatan Rawatan suntikan kortikosteroid selalunya akan menjalani rawatan susulan melibatkan chemical peel facial (rujuk di sini: https://premier-clinic.com/ms/our-services/chemical-skin-peel-rawatan-penglupasan-kulit/) untuk kesan jangka panjang.

Bagaimana rawatan suntikan kortikosteroid berfungsi?

Rawatan suntikan kortikosteroid berfungsi dengan menggabungkan larutan kortikosteroid dengan antibiotik untuk kesan yang maksimum.

Kortikosteroid mengandungi bahan anti-radang untuk membantu mengurangkan sakit dan saiz jerawat. Kortikosteroid juga membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat menjadikan anda kelihatan lebih cantik tanpa kesan jerawat.

Antibiotik membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan menyediakan tubuh anda dengan lebih perlindungan untuk melawan bakteria dan seterusnya mengurangkan radang secara aktif.

Intralesion Corticosteroid Injection  Intralesion Corticosteroid Injection  Intralesion Corticosteroid Injection

Kebaikan rawatan suntikan kortikosteroid

Salah satu perkara yang membuatkan suntikan kortikosteroid atau suntikan kortison ini menjadi pilihan terkenal untuk rawatan jerawat adalah kerana keberkesanannya. Anda boleh melihat jerawat anda akan berkurang dalam masa 24 jam selepas rawatan. Antara kebaikan lain bagi rawatan ini adalah:

  • Keputusan sepantas 12 – 24 jam selepas rawatan  
  • Ringkas, cepat, dan kurang menyakitkan dengan risiko yang rendah
  • Kadar sembuh yang cepat kerana rawatan ini tidak meninggalkan parut
  • Boleh digunakan pada semua saiz jerawat
  • Meratakan cysts jerawat yang membengkak
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kulit anda

Masalah yang boleh dibantu?

Acne Scars

Jerawat Aktif/ Parut Jerawat

Jerawat terjadi apabila liang pori tersumbat dengan minyak (sebum), debu, dan sel kulit mati yang berlebihan. Liang yang tersumbat tersebut kemudiannya akan dijangkiti bakteria yang menyebabkan radang dan kulit akan membengkak. Kulit yang membengkak dan sakit itu dipanggil jerawat.

Untuk mengurangkan jerawat, suntikan kortikosteroid atau suntikan kortison berfungsi dengan membunuh bakteria dan memasukkan bahan anti-radang ke dalam kulit. Ini juga membantu kulit anda untuk pulih dari masalah jerawat dengan cepat.

Langakah Penjagaan ketika menjalani Rawatan Suntikan Kortikosteroid

Suntikan kortison hanya boleh digunakan sebagai ‘pilihan terakhir’ untuk mengurangkan jerawat. Rawatan ini tidak sepatutnya menjadi pilihan pertama oleh mereka yang mengalami masalah jerawat.

Suntikan kortison  hanya boleh dilakukan oleh doktor yang profesional. Suntikan kortison yang berlebihan akan menyebabkan struktur kulit menjadi tenggelam dan mengakibatkan parut tenggelam atau berlubang terjadi. Tekstur kulit juga menjadi tidak sekata.

Kesan sampingan Rawatan Suntikan Kortikosteroid

Selain daripada berisiko mendapat parut tenggelam atau berlubang (sekiranya rawatan dilakukan oleh doktor yang tidak profesional), tiada apa yang perlu anda risaukan dalam menjalani rawatan suntikan kortikosteroid ini.

Jangakaan Tempoh Kesan Rawatan Suntikan Kortikosteroid

Tiada tempoh kesan rawatan diperlukan dan pesakit boleh terus melakukan rutin harian seperti biasa selepas rawatan selesai. Doktor anda akan mencadangkan bilangan rawatan yang diperlukan untuk kesan terbaik berdasarkan keadaan kulit anda dan kesan yang anda ingini.

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Bayaran bagi rawatan suntikan kortikosteroid atau suntikan jerawat bermula dari RM100 – RM200 bagi setiap jerawat. Di Klinik Premier, kami menawarkan rawatan ini hanya pada harga RM180 bagi setiap jerawat. Doktor akan memastikan dos yang betul diberikan kepada anda bagi mengelakkan sebarang risiko.

Doktor kami telah melakukan banyak rawatan suntikan kortison untuk jerawat. Klinik kami merupakan salah satu klinik yang telah diakui dan berlesen dalam menjalankan rawatan ini. Kebanyakan pesakit kami berpuas hati dan gembira dengan kesan  yang mereka alami. Anda boleh mempercayai kami untuk menyelesaikan masalah jerawat anda.

Intralesion Corticosteroid Injection

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Bagi membantu anda menyelesaikan masalah jerawat atau masalah kecantikan lain, anda boleh hubungi doktor kami untuk mendapatkan sesi rundingan PROFESIONAL. Anda boleh menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan kami dari jam 8.00pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau untuk menempah sesi temu janji dengan kami.

Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji. Sila hubungi kami untuk mendapatkan info lebih lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Suntikan Kortikosteroid

Skin Peel - Before & After 03
Before & After Microdermabrasion Facial Treatment
Skin Peel - Before & After 02

Frequently Asked Questions

Adakah rawatan ini menyakitkan?

Tidak, rawatan ini tidak menyakitkan. Anda hanya akan rasa seperti digigit semut.

Bilakah saya boleh melihat hasilnya?

Anda akan dapat merasakan perbezaannya dalam 12 – 12 jam.

Berapa kerap saya perlu menjalani rawatan ini?

Rawatan jerawat ini boleh dilakukan setiap 4 – 8 minggu sekali.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • http://www.ijdvl.com/article.asp?issn=0378-6323;year=2003;volume=69;issue=3;spage=217;epage=219;aulast=Mahajan#:~:text=Intralesional%20steroid%20injections%20may%20produce,more%20rapid%20response%20is%20necessary.
  • https://www.medscape.com/answers/1069804-90357/what-is-the-role-of-intralesional-steroid-injections-and-comedone-removal-in-the-treatment-of-acne-vulgaris
  • https://dermnetnz.org/topics/intralesional-steroid-injection/
  • https://www.verywellhealth.com/acne-cortisone-injections-how-it-works-15900

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat