• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Treatments
Sculptra

Sculptra

  • Apa itu Sculptra
  • Bagaimana Sculptra berfungsi
  • Kebaikan Sculptra
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah keselamatan semasa rawatan Sculptra
  • Kesan sampingan Sculptra
  • Tempoh kesan rawatan Sculptra
  • Kos rawatan Sculptra
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Sculptra
  • Bagaimana Sculptra berfungsi
  • Kebaikan Sculptra
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah keselamatan semasa rawatan Sculptra
  • Kesan sampingan Sculptra
  • Tempoh kesan rawatan Sculptra
  • Kos rawatan Sculptra
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Sculptra?

Sculptra

Sculptra adalah suntikan pengisian kulit (dermal filler) yang diluluskan oleh FDA untuk merawat kedutan dan lipatan pada wajah. Ia membantu mengembalikan keremajaan kulit anda dengan menggalakkan pengeluaran kolagen segar dari dalam kulit. Ia mengandungi perangsang kolagen yang dikenali sebagai asid poli-L-laktik (PLLA) yang memberikan hasil yang kelihatan semula jadi dan boleh bertahan sehingga dua tahun.

Penghasilan kolagen yang berterusan sangat penting untuk kulit bagi memperbaiki keadaan kulit itu sendiri dimana ia merupakan blok utama dalam pembentukan lapisan kulit baru. Disamping itu ia membantu mengisi kawasan wajah anda yang memerlukan isian (tisu lemak) tambahan dan juga dapat digunakan untuk mengkontur (membentuk) bahagian wajah anda dengan tisu lemak yang berlebihan. Dalam masa yang sama, ia juga mengurangkan kedutan, garis halus, lingkaran hitam, kantung di bawah mata dan banyak lagi apabila kolagen mula memberikan kesan.

Bagaimana Sculptra berfungsi?

Doktor akan mengenal pasti, menentukan dan menggariskan kawasan rawatan khusus untuk pesakit sebelum rawatan. Satu siri suntikan pengisian kulit yang di isi dengan Sculptra akan di perkenalkan ke lapisan bawah kulit pesakit, yang mencetuskan kulit untuk menghasilkan kolagen dan memulakan proses penyembuhan dan pengisian atau kontur. Kawasan di mana tisu lemak telah berkurang selama bertahun-tahun akan mulai terisi, memberi wajah lebih bentuk semula jadi.

Prosedur Sculptra ini sangat cepat dan pantas serta hanya memerlukan beberapa minit masa anda. Kebiasaannya, pesakit akan menjalani dua sesi rawatan, tetapi ini bergantung kepada keadaan kulit anda dan juga hasil yang diingini. Suntikan Sculptra dicampurkan bersama dengan ubat kebas yang dikenali sebagai licodaine untuk mengurangkan kemungkinan ketidakselesaan yang mungkin dialami pesakit.

Sculptra Derma Veil  Sculptra

Kebaikan Sculptra

Rawatan suntikan Sculptra sesuai untuk mereka yang mencari rawatan yang selamat, hasil yang tahan lama dan mengembalikan kelembapan wajah. Manfaat lain dari suntikan Sculptra adalah:

  • Merangsang pengeluaran kolagen dan elastin segar
  • Meningkatkan ketebalan kulit
  • Memperbaiki kedutan dan kawasan yang tenggelam pada kulit
  • Menggebukan kulit
  • Menggalakkan kulit yang kelihatan semula jadi

Sculptra Derma Veil  Chemical Skin Peel  Sculptra

MASALAH YANG BOLEH DIBANTU

Benefits of Derma Filler Treatment

Pembentukan Semula Wajah / Kontur Muka

Penuaan tidak dapat dielakkan oleh semua orang tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh merentasinya. Seiring bertambahnya usia, kulit kehilangan keanjalannya kerana kekurangan kolagen dan asid hyaluronik yang dihasilkan dan kulit mungkin mulai kendur atau menjadi lebih nipis. Ini mengakibatkan tulang pipi anda akan lebih menonjol kerana kulit yang nipis dan kendur melekat padanya. Selain itu, kehilangan tisu lemak pada kulit akan menyebabkan wajah anda kelihatan letih serta kusam, dan suntikan Sculptra dapat membantu memulihkan strukturnya dan menyerlahkan penampilan anda.

Sculptra bertindak sebagai suntikan penggalak kulit, yang merangsang pengeluaran kolagen segar dan menjadikan kulit tetap tegang, montok dan halus. Rawatan pengisi kulit ini meningkatkan isian wajah menjadikan pesakit kelihatan lebih awet muda dan memberikan ilusi wajah yang baru tanpa pembedahan.

Wrinkles  Wrinkles

Kedutan / Garisan Halus

Kedutan adalah bahagian penuaan yang tidak dapat dielakkan, dan merupakan proses semula jadi yang berlaku kerana kulit kehilangan keupayaannya untuk menghasilkan kolagen. Kolagen menyatukan tisu kulit, mengekalkan ketegangan dan keanjalannya. Oleh itu, kekurangan pengeluaran kolagen bermakna kulit tidak dapat kembali kepada keadaan asalnya. Akibatnya, lipatan mula bertambah dan terbentuk di kulit, akhirnya menyebabkan kedutan dan garis-garis halus. Ekspresi wajah juga dapat menyumbang kepada kedutan kerana kekurangan kolagen, sementara pendedahan berlebihan terhadap sinar matahari dan dehidrasi juga dapat menjadi salah satu faktor.

Sculptra disuntik ke dalam kulit untuk mengurangkan kedutan dan garis-garis halus. Perangsang kolagen (PLLA) akan membantu mengembalikan keanjalan secara beransur-ansur pada kedutan dan lipatan wajah. Ini menghasilkan penampilan kulit yang lebih gebu dan awet muda.

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MELAKUKAN SCULPTRA

Anda mungkin mengalami sedikit kemerahan dan lebam pada kulit – kemerahan akan reda dalam masa beberapa jam sementara lebam akan pudar dalam masa 1 minggu. Ais boleh disapu ke kawasan rawatan 2-3 kali sehari selama 5 minit untuk mempercepatkan masa pemulihan. Selain itu, pesakit dinasihatkan untuk tidak bersenam dalam 24 jam selepas suntikan.

Rawatan ini tidak sesuai untuk individu yang mengalami penyakit autoimun seperti arthritis atau lupus dan tidak sesuai untuk wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi. Rawatan ini juga tidak digalakkan untuk digunakan pada mata atau bibir kerana struktur anatomi dan tisu kulitnya.

SCULPTRA DERMA VEIL   Sculptra

Kesan Sampingan Sculptra

Sculptra adalah rawatan yang selamat dan tanpa kesan sampingan jangka panjang yang diketahui. Hanya terdapat dua kesan sampingan jangka pendek – kemerahan ringan dan lebam pada kulit.

JANGKAAN TEMPOH KESAN RAWATAN SCULPTRA

Tiada tempoh kesan rawatan Sculptra. Pesakit dapat kembali ke rutin harian mereka dengan segera setelah menjalani rawatan Sculptra. Rawatan ini biasanya memerlukan masa 4-6 minggu sebelum hasil mula muncul kerana memerlukan masa untuk meningkatkan tahap kolagen. Selepas rawatan ini, anda akan melihat perubahan dimana kulit semakin tebal dan kedutan pada kulit beransur-ansur kurang.

Rawatan susulan yang ke dua disyorkan untuk menyelesaikan proses kontur dan pembentukan semula wajah, dan hasilnya akan bertahan sehingga 3 tahun. Sesi biasanya dijarakkan selama 1 bulan, dan individu berusia 50 tahun ke atas boleh memilih 3 sesi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Radiessse Filler Injection  Radiessse Filler Injection  Radiessse Filler Injection

KOS RAWATAN SCULPTRA

Kos rawatan Sculptra di pasaran Malaysia dianggarkan antara RM 3,000 hingga RM 3,500 setiap botol untuk setiap sesi rawatan. Kos untuk setiap suntikan bergantung kepada klinik yang dipilih, dan jumlah Sculptra yang diperlukan untuk merawat kawasan yang disasarkan.

Pesakit boleh menggabungkan Sculptra dengan pengisi kulit lain untuk mencapai hasil yang maksimum. Kos untuk Sculptra di Premier Clinic adalah RM 3,200 setiap botol. Rawatan ini sesuai untuk pesakit yang mempunyai masalah kedutan / garis halus dan memerlukan isian muka yang besar untuk dicapai. Jumlah keseluruhan rawatan bergantung kepada perundingan dan diagnosis anda dengan doktor.

SCULPTRA DERMA VEIL  SCULPTRA DERMA VEIL

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Suntikan SCULPTRA adalah salah satu pilihan rawatan pengisi kulit yang ada di Malaysia. Tempah temu janji untuk berunding dengan pakar kulit kami untuk mendapatkan idea yang lebih baik mengenai berapa banyak botol dan rawatan yang anda perlukan, serta apakah pilihan rawatan lain yang mungkin lebih sesuai.

Hubungi kami untuk temu janji atau sebagai alternatif anda boleh mengunjungi mana-mana klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk membuat janji. Sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Sculptra

Before & After Sculptra
Before & After Injection
Before & After Sculptra
Before & After
Before & After Sculptra

Frequently Asked Questions

Berapa lamakah rawatan untuk suntikan Sculptra?

Setiap sesi rawatan suntikan Sculptra akan memakan masa sekitar 30 hingga 45 minit untuk diselesaikan dan ia bergantung kepada kawasan yang dirawat.

Adakah suntikan Sculptra menyakitkan?

Kesakitan yang disebabkan oleh prosedur suntikan Sculptra dapat ditoleransi. Semasa suntikan, pesakit mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan yang sama dengan sensasi mencucuk yang ringan. Walau bagaimanapun, krim kebas boleh digunakan sebelum suntikan, untuk mengurangkan rasa tidak selesa.

Berapa lama Sculptra bertahan?

Hasil dari rawatan Sculptra boleh bertahan sehingga 2 tahun, tetapi bergantung kepada keadaan individu. Pelbagai rawatan Sculptra mungkin disarankan untuk mencapai hasil terbaik.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.healthline.com/health/sculptra
  • https://www.drugs.com/sculptra.html
  • https://www.skintightaesthetics.com/faqs-of-sculptra
  • https://www.healthline.com/health/sculptra-cost#financing
  • https://www.dermanetwork.org/article/injectables-fillers/advantages-and-disadvantages-of-sculptra
  • https://www.trinitymd.com/what-is-sculptra-aesthetic-and-how-does-it-work/
  • https://www.sculptraaesthetic.com/hcp

About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat