Rawatan Pemindahan Lemak LIpoFill merupakan satu bentuk rawatan mencantikkan bentuk badan tanpa melibatkan pembedahan besar. Melalui teknik ini, lemak yang tidak diingini pada beberapa bahagian badan akan disedut keluar dan dipindahkan ke dalam mana-mana bahagian badan yang lain bagi tujuan mencantikkan atau memperbaiki bahagian tersebut. Teknik ini berkembang pesat dalam kalangan masyarakat serta semakin dikenali sebagai salah satu teknik mencantikkan bentuk badan dan telah dipopularkan oleh selebriti-selebriti ternama dan terkemuka.
Rawatan Pemindahan Lemak ini kebanyakannya digunakan untuk membesarkan bahagian payudara dan juga punggung. Terdapat juga pemindahan lemak ke bahagian muka, dimana teknik ini digunakan untuk membetulkan ketidakseimbangan dari segi bentuk dan saiz bahagian tubuh tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang menggunakan teknik ini hanya untuk menyingkirkan lemak degil di bahagian perut.
Rawatan pemindahan lemak LipoFill dilakukan dengan cara memindahkan lemak yang tidak diingini di bahagian tertentu badan dan dimasukkan ke dalam bahagian badan yang ingin dibesarkan seperti payudara, punggung, muka atau mana-mana bahagian badan yang dikehendaki.
Tatacara rawatan bermula dengan rundingan bersama dokto, dimana doktor akan melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas anda dan menilai keadaan anda terlebih dahulu. Sekiranya anda sesuai untuk menjalani rawatan ini, anda akan diberitahu mengenai langkah seterusnya.
Kemudian, apabila anda bersedia untuk melakukan rawatan ini, dalam posisi berbaring, suntikan ubat bius akan dilakukan bagi tujuan mengurangkan ketidakselesaan sepanjang rawatan. Semasa rawatan dilakukan, anda tidak akan merasa sebarang ketidakselesaan dimana anda boleh bertenang dan relaks. Selepas itu, satu lubang kecil akan dihasilkan oleh doktor untuk menyedut lubang lemak. Anda boleh memilih mana-mana bahagian badan yang hendak dikecilkan termasuk perut, pinggang yang menggeleber atau bahagian paha.
Doktor akan memasukkan kanula (tiub panjang) yang diperbuat daripada besi dan kemudian menggerakkannya ke depan dan ke belakang secara berulang kali untuk menyedut lemak anda. Teknik ini mungkin kedengaran menyakitkan, akan tetapi anda tidak perlu risau kerana suntikan ubat bius telah dilakukan sebelum rawatan dimana anda tidak akan merasa sebarang kesakitan atau ketidakselesaan.
Setelah lemak disedut dari bahagian tertentu, lemak yang terkumpul tersebut akan diproses untuk mendapatkan lemak tulen. Lemak tulen ini kemudiannya akan disuntik kembali ke bahagian tubuh yang anda kehendaki.
Lemak yang disuntik ke dalam tubuh anda boleh kekal selama 1 hingga 2 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada individu. Sekiranya seseorang itu kehilangan berat badan secara drastik, lemak yang disuntik tadi juga akan berkurang.
Rawatan Pemindahan Lemak LipoFill merupakan satu pilihan tepat bagi mereka yang ingin mengecilkan bahagian tubuh tertentu dalam masa yang sama ingin membesarkan bahagian yang lainnya. Ramai yang telah memilih kaedah rawatan ini kerana:
Rawatan Pemindahan Lemak LipoFill boleh digunakan untuk meningkatkan keanjalan bahagian tubuh yang dikehendaki dan menjadikan anda tampil lebih muda. Garis leher (décolletage), payudara, punggung, lutut, lengan dan siku boleh mendapat manfaat daripada rawatan ini. Rawatan ini membantu menyelesaikan masalah tanda penuaan, kedutan, kulit menggeleber, tanda rekahan, dan masalah kecantikan yang lain.
Selepas lemak disedut keluar dari bahagian tertentu tubuh, bahagian tersebut akan kelihatan lebih kecil. Kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan ini dengan kami lebih suka memilih untuk disedut lemak di bahagian perut. Kesannya, perut mereka kelihatan lebih kurus kecil dan langsing.
Rawatan Pemindahan Lemak boleh juga digunakan bagi tujuan pembentukan struktur wajah. Bahagian wajah yang boleh dibentuk melalui rawatan ini termasuklah bibir, hidung, pipi dan garisan rahang. Menariknya adalah kami tidak perlu menggunakan sebarang filler atau botox kerana lemak anda yang disedut dari bahagian lain tubuh anda sudah mencukupi untuk mencantikkan bentuk wajah anda.
Semakin meningkat usia, kolagen dan elastin dalam kulit anda akan semakin berkurang. Kolagen dan elastin adalah sangat penting untuk kulit anda kerana fungsinya adalah untuk mengekalkan keanjalan dan kelembutan kulit. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin bertambah, kulit anda akan mula kehilangan keanjalan semulajadinya. Keadaan ini akan mengakibatkan kulit menggeleber.
Rawatan Pemindahan Lemak LipoFillboleh membantu menyelesaikan masalah anda. Lemak yang disuntik dapat membantu menambahkan keanjalan kulit anda. Rawatan ini boleh dilakukan di leher, tangan, atau muka. Mereka yang memilih untuk menyuntik lemak di bahagian leher dan tangan mengatakan bahawa masalah kulit berkedut di bahagian-bahagian tersebut dapat diselesaikan.
Kekurangan kolagen dan elastin juga boleh menyebabkan kedutan dan garis halus terbentuk. Lemak yang disedut melalui rawatan ini juga boleh digunakan untuk mengisi kedutan yang dalam terutamanya garis senyum dan garis bawah bibir (marionette lines).
Parut dalam/ketara selalunya adalah kesan daripada keradangan akibat kemalangan, parut jerawat dan lain-lain. Lemak yang disedut melalui rawatan ini boleh digunakan untuk mengisi parut dalam berkenaan untuk memudarkan parut dan menjadikan kulit sekata.
Memandangkan Rawatan Pemindahan Lemak LipoFill menggunakan kanula (tiub panjang) yang diperbuat daripada besi untuk menyedut lemak, anda mungkin akan merasa sedikit tidak selesa selepas kesan ubat bius habis. Anda juga akan mengalami sedikit kegatalan, bengkak dan kemerahan, akan tetapi kesan-kesan tersebut akan hilang dalam masa beberapa hari. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat serta berenang bagi mengelakkan jangkitan pada luka kecil akibat kemasukan kanula tersebut.
Lemak yang disedut boleh kekal di dalam tubuh anda selama 1 tahun setengah sehingga 2 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan ini berbeza mengikut tahap metabolisma individu. Sekiranya seseorang itu mempunyai metabolisma yang tinggi, berat badan perlu dikekalkan supaya tubuh tidak menyerap lemak yang telah disuntik.l.
Kesan sampingan Rawatan Pemindahan Lemak LipoFill adalah sangat minimum dan jarang berlaku. Sekiranya rawatan ini dilakukan oleh mereka yang profesional atau doktor yang berpengalaman, anda tidak perlu risau akan kesan sampingan yang berbahaya.
Kesan sampingan yang biasa dialami adalah jangkitan pada lubang kecil akibat kemasukan kanula semasa proses rawatan. Tetapi, kesan ini sangat senang untuk dirawat dengan penggunaan krim dan mencuci luka dengan kerap. Antara kesan sampingan lain adalah ketidakseimbangan pada bahagian yang disuntik lemak (bibir, dagu) tetapi keadaan ini biasanya terjadi sekiranya rawatan dilakukan oleh doktor yang kurang berpengalaman.
Rawatan ini memerlukan tempoh masa pemulihan selama 2 minggu (10-14 hari) dimana pesakit akan diberikan cuti sakit (MC) selama 3 hari sebaik sahaja selesai rawatan LipoFill. Bagaimanapun tempoh pemulihan ini adalah berbeza-beza diantara satu individu dengan individu yang lain bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri.
Purata harga bagi Rawatan Pemindahan Lemak LipoFill di Klinik Premier adalah sekitar RM 5,000 hingga RM 15,000 bagi setiap bahagian. Kos rawatan adalah pelbagai, bergantung kepada saiz bahagian yang terlibat dan juga tahap kesukaran proses rawatan. Doktor akan berbincang lebih lanjut dengan anda semasa sesi rundingan.
Anda digalakkan untuk mendapatkan khidmat doktor profesional terlebih dahulu sebelum melakukan Rawatan Pemindahan Lemak. Walaupun terdapat pusat-pusat kecantikan atau individu yang menawarkan rawatan ini ditempat mereka yang tidak berdaftar atau di rumah-rumah, anda dinasihatkan untuk tidak mendapatkan rawatan dari mereka kerana hanya doktor yang memahami kerumitan sistem anatomi manusia. Bagi mengurangkan sebarang risiko, anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan ini.
Rawatan mencantikkan bentuk tubuh ini boleh membantu mengembalikan bentuk tubuh anda sewaktu muda. Sekiranya anda ingin mendapatkan bentuk tubuh yang anjal, kulit tegang dan licin, anda boleh menempah sesi rundingan dengan kami.
Anda boleh menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan kami dari jam 8.00pagi sehingga 12.00 tengah malam setiap hari sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau untuk menempah sesi rundingan dengan kami. Anda juga boleh mengunjungi klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji. Sila hubungi kami untuk mendapatkan info lebih lanjut:
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Rawatan ini mengambil masa sekitar 30 minit sehingga 1 jam, bergantung kepada bahagian tubuh yang terlibat. Anda akan berasa sedikit kurang selesa semasa rawatan tetapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang doktor kami ada serta teknik yang betul, anda tidak akan merasa sakit.
Anda boleh melihat hasil rawatan sejurus selepas Rawatan Pemindahan Lemak dilakukan. Kulit anda akan kelihatan lebih tegang dan ‘penuh’ sementara bahagian yang disedut lemak (perut atau pinggang) akan kelihatan lebih kurus dan ramping.
Hasil rawatan ini akan bertahan sehingga 2 tahun dan lemak yang disuntik ke dalam bahagian badan tersebut akan hancur atau larut secara semulajadi melalui proses hidrolisis. Hasil rawatan adalah berbeza mengikut tahap metabolisma individu dan juga aktiviti yang dilakukan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos