Rawatan Tanam Rambut FUE adalah satu rawatan baru yang direka khas untuk menyelesaikan masalah rambut gugur anda! Walaupun ianya hanya melibatkan sedikit pembedahan kecil, ianya tidak meninggalkan kesan parut yang jelas. Tiada jahitan yang diperlukan dalam rawatan rambut gugur ini ini. Kaedah rawatan rambut gugur ini dilakukan dengan mengeluarkan akar rambut dari kawasan ‘penderma’ kepada kawasan yang anda ingin menanamnya dengan menggunakan jarum kecil.
Rawatan rambut gugur ini menggunakan rambut anda sendiri, dengan memindahkan akar rambut dari kawasan rambut yang lebat kepada kawasan yang rambutnya kian menipis. Satu demi satu rambut ditarik keluar, dan ditanam ke kawasan rambut botak.
Walaupun proses rawatan rambut gugur dan nipis ini mungkin mengambil masa yang lama, kebanyakan pesakit hanya memerlukan 1 sesi sahaja. Namun, ini bergantung kepada keadaan rambut anda dan apa yang anda perlukan. Doktor akan berbincang dengan anda tentang kos, masalah dan apa yang anda mahukan sebelum proses ini bermula.
Hasil daripada rawatan rambut botak ini adalah kekal, dan nampak semulajadi kerana ianya menggunakan rambut anda sendiri. Walaupun ada rambut yang akan gugur, namun 90% rambut akan bertahan. Ini adalah lebih daripada cukup untuk menutup kawasan rambut botak, mengembalikan keyakinan diri dan imej anda seperti sebelum ini!
Kebaikan tanam rambut FUE yang selain mengatasi rambut gugur adalah seperti berikut:
Kebiasaannya, sebanyak 50 – 100 rambut akan jatuh setiap hari, namun ini adalah sangat minimum dan jarang sekali disedari. Namun, keguguran rambut yang berlebihan boleh menyebabkan rambut kian menipis, botak atau garis rambut yang kian meninggi. Masalah botak boleh berlaku kepada perempuan dan lelaki. Gumpalan rambut yang besar juga boleh jatuh ketika anda mandi atau ketika menyikat rambut sekiranya ianya sudah lemah.
Dengan mendapatkan rawatan tanam rambut FUE, doktor akan mengambil akar rambut yang sihat dan kuat dari belakang kepala (kawasan penderma). Kawasan ini akan pulih dalam masa 7 hingga 14 hari. Apabila graf sudah bersedia untuk ditanam balik, pembukaan yang kecil akan dilakukan. Kemudian graf ini akan ditempatkan dengan berhati-hati, satu demi satu. Penanaman ini dilakukan untuk menghasilkan rambut yang kelihatan semula jadi dengan ketebalan disamping menutup kawasan yang nipis dan botak. Rawatan ini juga tidak menghasilkan parut yang besar dan kelihatan jelas.
Elakkan mengambil ais krim, aspirin atau arak dalam 3 hingga 5 hari selepas prosedur ini. Anda dinasihatkan untuk bersikat dengan perlahan-lahan dan mengelakkan bersikat di kawasan tanam rambut. Jangan skrub, berjemur atau menggunakan pengering rambut dalam masa 2 minggu.
Sila berjumpa dengan doktor pakar yang berdaftar untuk menjalani prosedur ini untuk mengelakkan apa-apa risiko berbahaya yang mungkin terjadi.
Pesakit mungkin mengalami sedikit kesan sampingan seperti kebas di kulit kepala, bengkak, pendarahan, dan bekas parut yang kecil di kawasan derma.
Anda akan merasa sedikit tidak selesa di kawasan kulit kepala sejurus selepas rawatan tanam rambut ini. Untuk mengatasinya, doktor akan memberikan ubat anti-biotik, anti-bengkak dan anti-pendarahan untuk anda sebelum balik.
Tempoh masa pemulihan daripada rawatan ini adalah singkat. Rambut dari kawasan penderma akan tumbuh semula dalam beberapa hari dan kesan rawatan ini tidak akan nampak begitu jelas. Kebanyakan pesakit boleh kembali ke rutin harian mereka tanpa sebarang masalah. Malah, mereka boleh kembali bekerja keesokan harinya.
Kami akan membalut kepala anda dengan kain pembalut, dan ubat tahan sakit akan dibekalkan untuk anda sebelum balik.
Berbeza dengan rawatan tanam rambut yang lain, FUE adalah lebih menjimatkan dan lebih berkesan. Ini kerana ianya menggunakan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan rambut yang ditanam dapat tumbuh dengan lebih subur. Menggunakan peralatan moden dan canggih, harga untuk rawatan tanam rambut FUE di Malaysia adalah sekitar RM8 hingga RM12 per rambut.
Di Premier Clinic, kami menawarkan rawatan tanam rambut pada harga RM8.00 untuk sehelai satu rambut, dengan minimum 500 rambut dalam satu sesi. Kebiasaannya, rawatan tanam rambut FUE ini akan menelan kos sebanyak RM4,800 sehingga RM20,000 per sesi, bergantung kepada faktor-faktor seperti tahap kebotakan rambut anda dan berapa rambut yang perlu ditanam.
Adakah anda mengalami MASALAH KEGUGURAN RAMBUT yang teruk? Inginkan lebih maklumat tentang rawatan tanam rambut FUE? Sila datang dan berjumpa doktor kami untuk sesi perbincangan tanpa sebarang komitmen untuk mendapatkan rawatan ini. Sila membuat tempahan slot dengan khidmat pelanggan kami yang ramah. Kami bersedia menjawab panggilan anda dari 8am hingga 12 tengah malam SETIAP HARI.
Atau, anda juga boleh datang ke mana-mana cawangan kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk sesi konsultasi untuk penyelesaian rambut gugur. Sila hubungi kami untuk sebarang persoalan:
Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Ya, hasilnya adalah kekal, walaupun sedikit rambut yang ditanam ada risiko untuk gugur. Rambut yang bertahan akan kekal dan tumbuh secara semulajadi sepanjang hidup anda.
Akar rambut akan dicabut dari kawasan yang rambutnya lebat. Kemudiannya, ianya ditanam ke tempat yang diingini. Rambut di kawasan penderma itu akan kembali tumbuh dalam beberapa hari, dan luka kecil yang dilakukan juga akan menutup semula.
Selepas 3 bulan menjalani rawatan tanam rambut FUE ini, anda boleh nampak rambut-rambut baru mulai tumbuh. Selepas 6 bulan, pesakit akan nampak kesan yang ketara. Sejak daripada itu, rambut yang ditanam akan tetap tumbuh subur dan lebat.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos