Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Rawatan Electrocautery

Rawatan Electrocautery

  • Apa itu Electrocautery
  • Bagaimana Electrocautery berfungsi
  • Kebaikan Electrocautery
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah keselamatan rawatan Electrocautery
  • Kesan sampingan rawatan Electrocautery
  • Waktu pemulihan rawatan Electrocautery
  • Kos rawatan Electrocautery
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Electrocautery
  • Bagaimana Electrocautery berfungsi
  • Kebaikan Electrocautery
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah keselamatan rawatan Electrocautery
  • Kesan sampingan rawatan Electrocautery
  • Waktu pemulihan rawatan Electrocautery
  • Kos rawatan Electrocautery
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

APA ITU RAWATAN ELECTROCAUTERY?

Electrocautery

Electrocautery adalah rawatan untuk membuang ketuat, tag kulit, biji milia dan tahi lalat yang menggunakan teknik tenaga elektrik. Teknik ini adalah selamat, berkesan dan dapat membuang tisu-tisu dengan sangat cepat. Rawatan ini juga dalam masa yang sama dapat mengurangkan pendarahan dan jangkitan pada masa akan datang.

Rawatan electrocautery sama sekali tidak menyakitkan. Hal ini kerana bahagian yang ingin dirawat akan dibius terlebih dahulu sebelum rawatan dilakukan.

BAGAIMANA RAWATAN ELECTROCAUTERY BERFUNGSI TERHADAP TAHI LALAT/ TAG KULIT/ KETUAT/ MILIA?

Electrocautery menghantar tenaga elektrik melalui kulit, menghilangkan ketuat, tahi lalat, tag kulit, tisu-tisu penyambung benih milia. Rawatan ini memotong terus dari kulit tanpa pendarahan.

Electrocautery merupakan teknik rawatan yang menjadi pilihan untuk hilangkan ketuat/ tag kulit/ tahi lalat kerana kesakitan yang minima dan kurang meninggalkan kesan parut berbanding teknik rawatan lain.

Doktor akan memberi suntikan ubat pelalu di bahagian yang ingin dirawat sebelum prosedur dimulakan. Jadi, anda tidak akan merasa sakit sepanjang prosedur berlangsung.

Electrocautery  Electrocautery

APAKAH KEBAIKAN RAWATAN ELECTROCAUTERY?

Electrocautery merupakan pilihan terbaik untuk hilangkan tag kulit, biji milia dan ketuat kerana:

  • Prosedur yang tidak menyakitkan – Pemberian ubat bius membantu mengurangkan ketidakselesaan.
  • Prosedur yang cepat dan berkesan – Prosedur hanya mengambil masa selama 20-30 minit.
  • Hasil yang pantas – Ketuat/ Tahi lalat/ Tag kulit/ Biji milia akan hilang sepenuhnya selepas prosedur.
  • Kesan parut yang minimum – Rawatan electrocautery meninggalkan kesan yang minimal selepas rawatan. Parut boleh hilang dengan menjalani rawatan menghilangkan parut kami.
  • Harga yang berpatutan – Kos rawatan electrocautery adalah sangat murah berbanding rawatan-rawatan lain.

Electrocautery  Electrocautery  Electrocautery

APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIBANTU?

Wart Removal 

Membuang Ketuat

Ketuat merupakan ketumbuhan kulit yang abnormal yang selalunya berbentuk bulat. Ia kasar pada sentuhan dan berlainan warna dari warna kulit kita. Ketuat juga disebabkan oleh virus seperti human papilomavirus (HPV) yang boleh dipindahkan melalui hubungan seks. Terdapat dua jenis ketuat: yang berjangkit dan yang tidak berjangkit. Ketuat yang berjangkit boleh menjangkiti seseorang melalui titisan darah. Oleh itu, kami menjaga dengan rapi dalam proses menghilangkan ketuat.

Kedua-dua jenis ketuat ini mempunyai potensi untuk tumbuh semula selepas ia dibuang.

 

Skin Mole Removal 

Menghilangkan Tahi Lalat

Tahi lalat biasanya berwarna hitam atau perang. Kadang kala, rambut boleh tumbuh keluar dari tahi lalat ini. Ia tidak semestinya menyebabkan kemudaratan. Tetapi ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kegelisahan jika ia tumbuh di kawasan yang tidak diingini atau jika saiznya terlalu besar.

Menghilangkan tahi lalat boleh dilakukan dengan electrocautery. Electrocautery memotong tahi lalat dari permukaan kulit yang akan pulih seperti biasa. Tahi lalat yang dihilangkan tidak akan tumbuh semula. Jika ia tumbuh semula, ia bukanlah tahi lalat. Doktor-doktor kami akan memberikan nasihat lanjut berkaitan masalah itu.

 

Milia Seeds Removal 

Menghilangkan Biji Milia

Biji Milia adalah ketumbuhan kulit yang tidak normal, putih kekuningan yang biasanya tumbuh di permukaan atas kulit. Ia adalah hasil pertambahan sel kulit mati yang membuatkan liang pori kita tersumbat.

Electrocautery boleh menghilangkan biji milia dengan mudah tanpa tempoh penyembuhan yang lama.

 

Skin Tags Removal 

Menghilangkan Tag Kulit

Juga dikenali sebagai acrochordon, tag kulit biasanya tumbuh di kawasan pangkal paha, leher, bawah lengan dan muka. Saiznya kecil seperti butir nasi. Walaupun tidak sakit, ia tidaklah senang untuk dilihat dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Electrocautery juga boleh menghilangkan tag kulit. Dengan melakukan electrocautery, doktor-doktor kami boleh membantu menghilangkan tag kulit sepenuhnya. Ia biasanya tidak tumbuh semula.

LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MELAKUKAN ELECTROCAUTERY

Electrocautery hanya boleh dilakukan oleh doktor professional sahaja. Ia adalah kerana mesin yang digunakan berbahaya, dan hanya doktor yang mahir sahaja boleh mengendalikannya ke atas badan manusia tanpa mendatangkan bahaya. Sila dapatkan rawatan hilangkan ketuat/ tahi lalat/ tag kulit/ benih milia dari doktor klinik yang diiktiraf.

KESAN-KESAN SAMPINGAN ELECTROCAUTERY

Electrocautery mempunyai kesan sampingan seperti:

Parut : Ketumbuhan kulit yang dibuang meninggalkan kesan luka kerana kulit yang terbuka. Lama-kelamaan, ini akan meninggalkan parut.

Bengkak & kemerahan : Electrocautery akan menyebabkan keradangan kecil kerana kesan panas. Ini akan menyebabkan kemerahan dan bengkak pada kulit selepas prosedur itu, tetapi ini adalah normal.

Untuk mendapat hasil terbaik, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor profesional yang berpengalaman untuk  melakukan rawatan ini. Doktor kami menjalankan rawatan electrocautery secara harian dan mereka sangat biasa dengan prosedur ini. Oleh itu, kami boleh membantu mengurangkan risiko sekaligus mendapatkan hasil yang terbaik untuk anda!

Electrocautery  Electrocautery

TEMPOH PEMULIHAN UNTUK ELECTROCAUTERY

Electrocautery adalah rawatan tanpa bedah oleh itu ia mengurangkan risiko-risiko tinggi. Tempoh penyembuhan untuk rawatan electrocautery adalah sangat minima walaupun ada kemerahan di bahagian yang dirawat. Anda boleh meneruskan rutin seperti biasa selepas rawatan.

BERAPAKAH KOS RAWATANNYA?

Kos rawatan electrocautery untuk menghilangkan ketumbuhan kulit bergantung kepada masalah yang dialami oleh pesakit.

Untuk menghilangkan ketuat, kosnya bergantung kepada lokasi ketuat itu. Ketuat yang boleh berjangkit, memerlukan rawatan yang lembut dan rapi untuk mengurangkan risiko. Untuk bahagian sulit dan mata, kami mengenakan bayaran RM800 – RM1500 setiap luka/sesi bergantung kepada saiz. Bahagian tubuh lain, kosnya adalah lebih murah, hanya dari RM500 setiap luka/sesi. Kos untuk menghilangkan ketuat menggunakan electrocautery ialah RM450 setiap luka/sesi.

Untuk tahi lalat, tag kulit dan biji milia, harganya bermula dari RM300 setiap luka/sesi. Harga adalah berlainan bergantung kepada saiz ketumbuhan tersebut. Anda boleh berbincang dengan doktor tentang bajet anda dan kami akan lakukan apa yang boleh untuk membantu anda.

Electrocautery

DIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Premier Clinic menyediakan rawatan electrocautery dengan harga yang sangat berpatutan, dilakukan oleh doktor-doktor pakar. Kami mempunyai 5 cawangan klinik yang terletak di bandar KL, Bangsar, Mont Kiara, TTDI dan Puchong, mudah untuk dijumpai di kawasan perniagaan di sekitar  Lembah Klang.

Anda boleh mengatur sesi konsultasi dengan khidmat pelanggan kami yang ramah untuk maklumat lanjut tentang rawatan tersebut. Adalah disarankan untuk membuat sesi tempahan sekurang-kurangnya sehari awal supaya kami boleh menyusun sesi mengikut jadual anda.

Anda boleh menghubungi kami di:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B. Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Rawatan Electrocautery (EC)

Electrocautery (EC) Treatment
Electrocautery (EC) Treatment
Electrocautery (EC) Treatment
  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.drugs.com/cg/electrocautery-wart-removal.html
  • https://medlineplus.gov/ency/article/002359.htm
  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4579996/
  • https://www.familyphysiciansoflaramie.com/patient-education/healthwise?DOCHWID=tw3527
  • https://awog.org/womens-health/health-library?DOCHWID=tw3527

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat