Dihasilkan di Switzerland, Celebre Placenta dan Sel Tunjang adalah rawatan semulajadi yang menyegarkan kembali tubuh. Ia merupakan satu rawatan moden yang membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan mengekalkan keremajaan tubuh dengan mencetuskan pembaharuan sel-sel lama tubuh.
Sel-sel kulit mati di wajah atau badan akan dikenal pasti sebelum Terapi Plasenta dan Sel Tunjang dilakukan dengan mensasarkan kepada bahagian tertentu tubuh. Ekstrak tisu baharu atau sel-sel segar akan ditanam di bahagian yang diperlukan. Proses ini menjadi pemangkin kepada tisu yang sedia ada untuk mula menghasilkan sel baharu untuk menggantikan sel-sel lama yang tidak lagi berfungsi. Ini juga meningkatkan kadar pertumbuhan, menghidupkan kembali sel-sel yang tidak aktif yang menyumbang kepada kulit kusam serta menyembuhkan sel-sel kulit yang telah mewujudkan liang pori besar dahulu.
Tidak seperti kaedah farmaseutikal, terapi Sel Tunjang memanfaatkan sepenuhnya kebaikan organisma hidup untuk menyembuhkan dan memberikan hasil jangka panjang yang diinginkan.
Selain melambatkan tanda-tanda penuaan, terapi ini membantu mengekalkan penampilan awet muda dan kulit yang sihat, di samping membekalkan tenaga kepada penerima. Antara kebaikan lain Terapi Celebre Placenta & Sel Tunjang termasuklah:
Sebagai sebahagian dari proses penuaan semula jadi, beberapa keadaan kulit boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam termasuklah kedutan, lingkaran gelap pada mata, kantung mata (eye bags) dan banyak lagi. Faktor yang paling banyak menyumbang kepada masalah ini adalah kurang tidur pada waktu malam (kurang dari 7 jam minimum). Dengan kehidupan yang sibuk di bandar dan berjam-jam di tempat kerja serta komitmen sosial menyebabkan seseorang itu tidak cukup masa untuk berehat pada waktu malam. Akibatnya, kulit akan mulai menipis dan kering, selain kelihatan letih kerana kedutan dan tanda-tanda penuaan awal akan merosakkan keseluruhan penampilan.
Kerosakan demi kerosakan yang berlaku pada kulit disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh anda akan mempercepatkan lagi kesan penuaan pra matang dan penyakit degeneratif. Dibentuk sebagai produk sampingan pengoksidaan dalam tubuh, radikal bebas ini menyerang sel-sel tubuh anda ribuan kali setiap hari. Kewujudan sel radikal bebas dalam jumlah yang banyak boleh memusnahkan sel-sel yang sihat, meningkatkan risiko barah, menyumbang kepada penyakit dan mengurangkan kualiti hidup anda. Seiring waktu, kulit akan bertambah tua, mengakibatkannya kehilangan kolagen dan elastin – bahan yang mengikat kulit bersama dan memberikannya sokongan- yang lebih banyak.
Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari akan mengakibatkan kulit menghasilkan melanin dan mewujudkan lapisan pigmentasi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya. Walau bagaimanapun, bintik-bintik penuaan akan mula terbentuk apabila pengeluaran melanin tertumpu pada rangkaian bintik-bintik kecil. Ini mengakibatkan pembentukan bintik-bintik berwarna hitam-kelabu atau coklat pada kulit.
Hiperpigmentasi berlaku dengan cara yang sama, tetapi perbezaannya adalah pengeluaran melanin yang cepat dan bertumpu kepada tompokan kecil dan bukan secara berangkai. Tompokan ini biasanya lebih gelap tetapi seperti bintik-bintik penuaan, ia sebenarnya tidak membahayakan kulit atau badan. Rawatan pigmentasi kulit ini akan membantu sistem tubuh pesakit untuk menghasilkan sel-sel precursor melanocyte. Sel-sel ini menghasilkan melanin yang memberi warna pada kulit, rambut dan mata anda.
Biasanya berlaku kepada individu yang mempunyai kulit berminyak, liang pori membesar dan berkembang kerana pengumpulan kotoran dan sebum di bawah kulit. Keadaan ini menyebabkan folikel yang digunakan untuk mengangkut sel-sel kulit mati tersumbat dan pada masa yang sama kulit juga akan membengkak dan meregangkan pori menjadikannya kelihatan lebih besar daripada biasa.
Pendedahan berlebihan terhadap sinar matahari juga boleh menyebabkan liang pori membesar kerana sel-sel kulit tambahan akan dihasilkan sebagai perlindungan terhadap sinar UV yang berbahaya. Ini juga meningkatkan ketebalan dan meregangkan liang. Kesan daripada graviti juga, kulit mula kendur dan liang pori akan kelihatan lebih besar.
Kulit yang cerah adalah idaman ramai individu dan sangat diingini, terutamanya dalam kalangan orang Asia. Sesetengah orang mungkin menjalani proses ini atas alasan profesional atau peribadi, tetapi hasil yang diinginkan adalah sama – lapisan kulit segar dengan tona yang lebih cerah. Oleh kerana rawatan ini membantu pertumbuhan semula sel-sel gantian, sel-sel yang terhasil akan menggantikan sel-sel lama, dan secara semula jadi adalah lebih cerah dan sihat daripada yang sebelumnya. Kulit tidak lagi kering kerana proses ini mengekalkan kelembapan kulit agar tetap terhidrasi dengan baik, memastikan kulit anda cerah dan berseri.
Kesan sampingan bagi terapi ini adalah berbeza antara individu. Ia bergantung kepada jenis pemindahan, kesihatan umum dan faktor-faktor lain. Ekstrak adalah selamat jika dos yang ditentukan diambil seperti yang disarankan. Ini kerana ianya dirumus dibawah piawaian yang ketat. Terapi ini memberi kesan sampingan berisiko rendah seperti jangkitan di tempat suntikan, pendarahan dan kesakitan dari tisu atau radang saraf. Tetapi, keadaan ini adalah sangat jarang berlaku walaupun kesan ini merupakan kesan sampingan yang paling biasa.
Tiada jangkaan tempoh kesan rawatan bagi terapi ini. Anda boleh meneruskan aktiviti harian anda sebaik sahaja rawatan selesai. Anda akan dapat melihat kesan segera selepas sesi pertama.
Terapi sel tunjang biasanya berharga antara RM4,000 / sesi hingga RM12,000 / sesi. Rawatan ini boleh didapati dengan meluas di pasaran dan juga salun, walau bagaimanapun, kesahihan dan keasliannya diragukan. Sumber sel tunjang juga merupakan faktor penting yang harus dipertimbangkan sebelum mendaftar. Ini adalah bagi memastikan sel tersebut tidak akan ditolak oleh sistem imun tubuh anda.
Terapi Celebre Placenta dan Sel Tunjang kami berharga RM10,000 dan ke atas bagi setiap sesi, bergantung kepada rawatan khusus yang diperlukan berdasarkan keadaan kesihatan anda. Rawatan ini memfokuskan kepada merawat pelbagai penyakit degenatif dengan mengoptimumkan fungsi tubuh anda, memulihkan semula organ dan tisu yang rosak serta meningkatkan kualiti hidup.
Bagi membantu anda mendapatkan maklumat berkenaan rawatan CELEBRE PLACENTA & SEL TUNJANG atau mana-mana rawatan anti penuaan, doctor-doktor kami menawarkan sesi RUNDINGAN tanpa perlu komitmen untuk mendaftar. Wakil khidmat pelanggan kami sedia berkhidmat dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari untuk menjawab sebarang pertanyaan dari anda atau untuk membuat temujanji.
Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Sel tunjang merupakan sel yang mempunyai kebolehan untuk menjadi sekumpulan atau pelbagai sel lain di dalam badan. Ia boleh membentuk atau memperbaharui diri sendiri bergantung sama ada mereka memiliki multipotent atau pluripoten selagi seseorang atau haiwan itu masih hidup.
Sel Tunjang membahagi untuk membentuk lebih banyak sel yang dinamakan sel anak. Sel anak akan sama ada kekal menjadi sel tunjang atau menjadi sel tertentu dengan fungsi yang tertentu, seperti sel darah, sel otak, sel jantung atau sel tulang.
Terdapat dua jenis sel tunjang iaitu multipotent dan pluripotent.
* Multipoten: Sel yang boleh menjadi lebih dari satu sel, tetapi terhad kepada beberapa jenis sel sahaja.
* Pluripoten: Sel tunjang yang boleh meningkatkan mana-mana jenis sel di dalam badan kecuali perkembangan fetus di dalam rahim.
Hasil rawatan adalah berbeza antara individu, bergantung kepada keadaan kesihatan pesakit. Setiap pesakit akan menunjukkan tindakbalas yang berbeza kepada rawatan yang diberikan dan ini menyumbang kepada perbezaan hasil rawatan. Secara umumnya, hasil rawatan boleh dirasai selepas sesi pertama. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kes pesakit dapat melihat hasil dengan cepat. Stamina, pergerakan dan fleksibiliti biasanya akan bertambah dengan sangat baik.
Secara umum, tidak menjadi masalah sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi, diabetes, kolestrol dll. Walau bagaimanapun, pesakit dilarang untuk melakukan terapi sel tunjang jika meraka mengambil antibiotik. Doktor berpengalaman dan berlayakan tahu apa yang terbaik untuk anda.
Ya. Tetapi, kesan terapi sel tunjang ke atas individu akan berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan masing-masing.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos