• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Treatments
Chemical Skin Peel : Rawatan Pengelupasan Kulit

Chemical Skin Peel : Rawatan Pengelupasan Kulit

  • Apa itu Skin Peel
  • Cara rawatan Skin Peel berfungsi
  • Kebaikan Skin Peel
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan ketika menjalani rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan Skin Peel
  • Kos rawatan
  • Where can I go for these treatments
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Skin Peel
  • Cara rawatan Skin Peel berfungsi
  • Kebaikan Skin Peel
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan ketika menjalani rawatan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan Skin Peel
  • Kos rawatan
  • Where can I go for these treatments
  • Before & After

Apa itu Skin Peel?

Chemical Skin Peel

Juga dikenali sebagai rawatan “chemical peel” di Malaysia, rawatan ini disyorkan kepada lelaki dan wanita serta sesuai bagi semua peringkat umur. Rawatan ini membuang lapisan atas kulit dengan kaedah menyapu peeling solution, supaya kulit boleh mula mengelupas secara semulajadi. Proses ini membantu membuang sel kulit mati di permukaan dan menyerlahkan lapisan kulit baru yang tampak lebih lembut dan sihat.

Bagaimana rawtan Skin Peel berfungsi?

Premier Clinic menggunakan trichloroacetic acid (TCA) peel, salah satu original peels yang digunakan untuk meremajakan semula kulit. Jenis-jenis kaedah pengelupasan kulit yang  lain turut digunakan bergantung kepada keadaan kulit di mana ia akan ditentukan terlebih dahulu oleh doktor anda selepas konsultasi yang pertama.

Rawatan dimulakan dengan membersihkan kulit muka daripada make-up atau sebarang kekotoran. Selepas itu, chemical solution akan disapu di bahagian kulit yang ingin dirawat. Proses chemical peel ini akan menyebabkan berlakunya luka terkawal dan penggantian kulit baru. Lapisan kulit baru akan lebih lembut, kurang kedutan dan kurang kerosakan.

Chemical Skin Peel

Chemical Skin Peel  Chemical Skin Peel

Chemical Skin Peel  Chemical Skin Peel

Kebaikan rawatan Skin Peel

Antara kebaikan rawatan skin peel ialah:

  • Merawat jerawat aktif
  • Memperbaiki penampilan parut ringan
  • Mengurangkan tanda usia, jeragat dan melasma disebabkan oleh kehamilan
  • Merawat kedutan akibat penuaan
  • Mengurangkan garis halus bawah mata dan garis senyuman
  • Kulit yang lebih halus dan sihat
  • Memperbaiki kerosakan kulit akibat cahaya matahari.
  • Tona kulit sekata

Chemical Skin Peel  Chemical Skin Peel  Chemical Skin Peel

Apakah Masalah Yang Boleh Dirawat?

Acne Scars

Jerawat Aktif & Parut Jerawat

Masalah ini dialami oleh hampir setiap individu yang berumur di antara 11 hingga 30 tahun, jerawat muncul apabila pori kulit disekat oleh minyak terkumpul. Pori-pori ini bersambung melalui folikel ke kelenjar minyak yang mengeluarkan sebum, cecair semula jadi yang membuang sel kulit mati melalui folikel. Pertumbuhan jerawat berlaku apabila pori tersebut tersumbat.

Remaja lelaki lebih berisiko kepada jerawat kerana jumlah testosterone yang tinggi di dalam badan memburukkan lagi keadaan, akan tetapi masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Terdapat pelbagai rawatan muka atau rawatan facial untuk merawat parut jerawat antaranya ialah rawatan Chemical peel. Rawatan chemical peel  berfungsi sebagai kaedah pengelupasan kulit dengan membuang sel kulit mati dengan berkesan. Ia membuang sel-sel kulit mati dan minyak berlebihan dari folikel rambut yang tersumbat, masalah pori dengan secara tidak langsung masalah jerawat dapat dikurangkan.

Dull skin

Kulit Kusam

Salah satu punca berlakunya masalah kulit kusam adalah disebabkan oleh tidak cukup tidur – sering berlaku di kalangan individu yang menjalani kehidupan sibuk di bandar. Hal ini menyebabkan pembentukan lingkaran gelap bawah mata, kantung mata dan kedutan awal.  Habuk dan pencemaran juga boleh mengakibatkan kulit kusa. Disamping itu pendedahan melampau kepada cahaya matahari juga memberi kesan buruk kepada kulit anda dalam jangka masa yang panjang. Membersihkan kulit dengan tidak betul juga boleh mengakibatkan kulit kusam kerana sisa kotoran yang berada di permukaan kulit menyebabkan pori sukar untuk bernafas. Rawatan TCA skin peel membantu mencerah dan menghilangkan kulit kusam, yang disebabkan faktor usia dan kulit yang mengumpulkan sel-sel kulit mati. Rawatan kulit kusam membantu menjadikan kulit anda  kelihatan lebih berseri dan segar.

Pigmentation/Age spot

Pigmentasi/ Tanda Usia/ Melasma

Tanda usia berlaku apabila kulit menghasilkan melanin untuk melindungi kulit daripada sinaran bahaya UV. Penghasilan melanin bermula dengan bintik-bintik kecil dan melarat hingga membentuk bintik-bintik hitam, kelabu atau coklat di seluruh kulit.

Penghasilan melanin yang cepat juga boleh menyebabkan berlakunya hiperpigmentasi, ini terjadi apabila melanin lebih tertumpu kepada tompokan kecil kulit dan berwarna lebih gelap. Rawatan chemical peel yang mengandungi bahan TCA yang paling kuat digunakan dan merupakan pilihan yang sesuai untuk merawat pigmentasi yang mampu memberi tekstur kulit halus dan segar, serta lebih cerah bersinar.

Pores

Pori & Tekstur

Minyak terkumpul dan sebum di bawah permukaan kulit menyebabkan berlakunya pembentukan pori besar dimana ianya  biasa terjadi kepada individu yang memiliki jenis kulit berminyak. Kulit akan membengkak dan meregang, menjadikan pori lebih besar dari biasa. Pendedahan melampau kepada cahaya matahari membuatkan kulit menjana sel-sel tambahan di hujung pori untuk melindungi kulit daripada sinaran bahaya UV; menjadikan pori meregang. Penuaan juga antara penyebab kulit tidak ketat dan pori meregang apabila kulit mulai kendur dan tidak kembali seperti asal. Rawatan chemical peel ini bertindak untuk memperbaiki tekstur dan penampilan kulit apabila lapisan luar yang rosak itu dirawat menggunakan larutan asid. Hal ini menyebabkan pori tampak kurang jelas dan kelihatan.

Wrinkles

Kedutan/ Garis Halus

Apabila usia meningkat, anda akan merasai perubahan lekuk dan lipatan pada kulit yang akhirnya membawa kepada pembentukan kedutan. Hal ini kerana sel kulit semakin menipis,  kering, dan hilang keanjalannya. Kedutan ini kekal kelihatan dan tidak akan hilang walaupun raut wajah muka di dalam keadaan tenang. Sel kulit tidak mampu memperbaiki sel secara sendiri lagi apabila kolagen dan elastin tidak dapat dihasilkan. Penggunaan larutan TCA di dalam rawatan chemical peel akan membuang lapisan atas kulit dan membantu menghilangkan garis halus, kedutan dan tona kulit tidak sekata.

Glutathione Plus Vitamin E Supplement

Pencerahan Kulit

Chemical peel mengandungi ekstrak buah-buahan dan enzim yang membantu memecahkan sel pigmentasi  kulit.  Ia bertindak membersihkan muka secara mendalam dimana ia  membuang sel kulit mati, habuk dan sebum berlebihan, serta memperbaiki warna kulit anda.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
Play Video
×

Langkah Penjagaan Sebelum & Semasa Menjalani Rawatan Skin Peel

Pesakit akan mengalami rasa kurang selesa arau terbakar sewaktu sapuan larutan yang pertama; apabila larutan TCA bertindak balas pada kulit anda. Semasa tempoh ini, sejenis alat penyejuk yang meniup angin sejuk akan diletakkan ke arah wajah anda, bagi mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan disamping penggunaan cold compresses selepas rawatan bagi tujuan menyejukkan kulit.

Tahap kekuatan larutan chemical peel dan kesannya boleh ditingkatkan dengan menambah beberapa lapisan laritan. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada jenis kulit anda, situasi dan hasil yang diinginkan. Perubahan ketara dapat dilihat selepas setiap rawatan tanpa mengira jenis peel yang digunakan.

Kesan Sampingan Skin Peel

Kesan sampingan utama adalah minimum disebabkan rawatan ini. Akan tetapi, rawatan pengelupasan pada kebiasaannya akan menyebabkan sedikit tanda kemerahan dan bersisik dimana ia mengambil masa selama 3-7 hari untuk hilang sepenuhnya.

Chemical Skin Peel  Chemical Skin Peel

Tempoh Pemulihan Rawatan Skin Peel

Kebanyakan individu disaran untuk menjalani sebanyak 2-4 kali rawatan pengelupasan namun ia bergantung kepada keadaan pesakit dan hasil yang diinginkan. Anda boleh merujuk kepada doktor yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat mengenai jumlah sesi yang bersesuaian bagi mendapatkan hasil yang optimum. Setiap sesi perlu dijarakkan selama 4 minggu. Anda harus mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari dan menggunakan krim pelindung matahari di atas SPF 30. Gunakan pelembap sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Chemical Skin Peel

Kos Rawatan

Bagi gred rawatan perubatan skin peel oleh doktor atau pakar, kos rawatan beranggaran di antara RM 450 hingga RM 2,000 bagi setiap sesi. Kos rawatan bergantung kepada jenis peeling yang digunakan sama ada light, medium atau deep.

Rawatan skin peel merupakan sejenis rawatan yang menggunakan sapuan nipis larutan asid di permukaan kulit untuk membuang lapisan luar kulit yang rosak. Kos rawatan di Premier Clinic beranggaran di antara RM 500 setiap sesi bagi seluruh muka dan RM 500 ke atas untuk bahagian badan yang lain. Langkah penjagaan yang rapi dan teratur perlu diambil berat semasa menjalani rawatan ini bagi menghindari kesan-kesan sampingan seperti parut, perubahan pigmen dan sensitiviti kepada cahaya matahari. Oleh itu, rawatan ini perlu dijalankan oleh doktor terlatih atau pakar yang mahir dengan rawatan skin peel ini.  

Dimanakah Boleh Saya Dapatkan Rawatan Ini

Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan SKIN PEEL,  CHEMICAL PEEL atau mempunyai persoalan mengenai rawatan ini, doktor-doktor kami boleh membantu anda untuk sesi konsultasi perubatan dan juga menentukan jenis rawatan yang sesuai untuk masalah kulit anda.

Anda juga boleh mengunjungi di mana-mana cawangan klinik kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk sesi temu janji.

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Rawatan Chemical Skin Peel

Chemical Skin Peel Treatment
Chemical Skin Peel Treatment
Chemical Skin Peel Treatment

Frequently Asked Questions

Berapakah jumlah rawatan pengelupasan yang saya perlukan?

Umumnya, rawatan ini dilakukan setiap 2-3 minggu sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Maintenance peels atau dikenali sebagai rawatan pengelupasan berterusan pula boleh dilakukan sebulan sekali.

Berapa lamakah setiap sesi rawatan ini mengambil masa?

Rawatan ini mengambil masa lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada saiz dan bahagian yang dirawat.

Bahagian badan yang manakah boleh dirawat?

Skin peel boleh dilakukan pada bahagian muka, leher dan tangan serta badan.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.webmd.com/beauty/cosmetic-procedures-chemical-peel-treatments#1
  • https://www.healthline.com/health/chemical-peels#recovery
  • https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/chemical-peel/about/pac-20393473
  • https://www.uofmhealth.org/health-library/aa59621
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/326444.php
  • https://www.naturalskinshop.com/chemical-peel-center/peel-resources/chemical-peel-faq.html
  • https://www.unionderm.com/procedures/chemical-peel-faq/
  • https://www.platinumskincare.com/chemical-peel-faqs/
  • https://electralaser.com/chemical-peel-faq/
  • https://perfectimage.co/4-frequently-asked-questions-about-chemical-peels/
  • https://www.medicinenet.com/chemical_peel/article.htm
  • https://www.huffpost.com/entry/skin-chemical-peel_n_5ae23752e4b02baed1b85aba

About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat