Jangkitan Kulat : Semua Yang Anda Perlu Tahu

Medically reviewed by on Ogo 1, 2019

APA ITU JANGKITAN KULAT?

Kulat adalah mikroorganisma yang membiak melalui spora kecil dalam udara. Kulat wujud dalam beberapa bentuk seperti yis, kulapuk dan beberapa jenis cendawan yang biasa kita lihat. Terdedah secara berlebihan terhadap mikroorganisma ini atau persekitaran yang tercemar dengannya boleh menyebabkan spora tersebar melalui pernafasan atau spora tersebut hinggap di kulit kita.

Kulat yang berbahaya akan menyerang tubuh kita sehingga sukar dihapuskan kerana kulat boleh bertahan dalam persekitaran itu dan mengganggu proses penyembuhan.

Jangkitan kulat biasanya bermula di paru-paru dan kulit. Jangkitan berlaku apabila sistem imun tubuh tidak dapat melawan kulat yang menyerang pada sesetengah kawasan tubuh. Semakin rendah sistem imun tubuh, semakin senang seseorang itu dijangkiti kulat.

JENIS-JENIS JANGKITAN KULAT

Athletes Foot

Kaki Makan Air (Athlete’s Foot)

Jangkitan kulat yang biasanya berlaku di kaki; juga dipanggil Tinea pedis atau kaki makan air.  Jangkitan kulat jenis ini berlaku di tempat yang sentiasa panas dan lembap. Jangkitan ini biasanya berlaku dalam kalangan atlet disebabkan keadaan stokin, kasut, peralatan sukan, dan bilik loker kerana mereka sentiasa berpeluh. Sebenarnya, jangkitan kulat jenis ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang tidak menjaga kebersihan.

Vaginal Yeast Infection

Jangkitan Yis Pada Vagina

Jangkitan yis pada vagina atau kandidiasis vagina berlaku apabila kulat Candida membiak di kawasan vagina. Gangguan dan ketidakseimbangan bakteria dan yis dalam vagina mungkin berkait dengan pengambilan antibiotik, stres, hormon yang tidak stabil dan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Jangkitan kulat pada kuku kaki dan ruam lampin juga boleh disebabkan oleh kulat Candida kerana kulat jenis ini membiak di dalam tubuh seperti di mulut, tekak, perut, dan vagina.  Jumlah kulat boleh berganda kerana kulat ini hidup, membiak dan mampu berubah mengikut keadaan supaya boleh kekal membiak.

Jock Itch

Jock Itch (Jangkitan kulat / Gatal pada pangkal paha)

Berbeza dengan kaki makan air, kulat jenis ini menjangkiti kulit. Penyakit kulit yang dikenali sebagai Tinea cruris ini membiak di tempat yang panas dan lembap seperti pada musim panas. Pada kebiasaannya, Jock Itch berlaku pada bahagian tubuh yang sentiasa lembap seperti pangkal paha, punggung, dan paha (bahagian dalam). Jock Itch boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dengan orang yang dijangkiti atau apa-apa objek yang telah dijangkiti kulat ini.

Fungal Nail Infection

Jangkitan Kulat Kuku

Jangkitan yang biasa berlaku pada kuku jari atau kuku kaki dikenali sebagai onychomycosis. Jangkitan ini menyebabkan keadaan tidak menarik pada kuku seperti kuku berubah warna, tebal, merekah atau patah dan juga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jangkitan ini timbul di kulit sebagai ruam yang gatal.

Ringworm

Kurap

Oleh kerana kulat jenis ini berbentuk ruam yang membulat, kurap dikenali juga sebagai ringworm atau  dermatophytosis. Kurap boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan. Kurap di bahagian kaki dikenali sebagai kaki makan air (athlete’s foot). Jangkitan ini berwarna merah dan mengakibatkan kegatalan pada kulit. Semua orang boleh dijangkiti kurap kerana kulat jenis ini boleh membiak di permukaan kulit dan juga di permukaan barang keperluan rumah seperti pakaian, tuala, dan cadar. Penyakit kulit ini boleh mengakibatkan jangkitan kulat pada kulit kepala.

Tinea Versicolor

Panau (Tinea Versicolor)

Panau terjadi apabila jangkitan kulat membiak secara tidak terkawal di permukaan kulit. Kulat ini mengganggu pigmentasi kulit yang normal dan mengakibatkan tompokan-tompokan kecil yang berwarna lain daripada kulit asal mula timbul di permukaan kulit. Panau boleh muncul dalam dua keadaan; samada pigmentasi kulit lebih cerah atau lebih gelap. Mereka yang tinggal di kawasan tropika dan subtropika lebih cenderung untuk dijangkiti panau.

Thrush

Ulser (Thrush)

Jangkitan kulat di muka yang berlaku di mulut dan tekak. Jangkitan ini dipanggil kandisiasis oropharyngeal. Jangkitan jenis ini adalah disebabkan oleh kulat yang dipanggil Candida, jenis kulat yang sama yang mengakibatkan jangkitan pada vagina. Kandisiasis oropharyngeal adalah jangkitan yang berlaku di kawasan esofagus; tiub yang menyambungkan tekak dengan perut. Mereka yang menghidapi HIV/AIDS adalah golongan yang biasanya dijangkiti kulat jenis ini.

Interface Dermatitis Reaction

Interface Dermatitis (ID) Reaction

Penyakit kulit yang dikenali sebagai autoeczematisation ini mengakibatkan rasa gatal pada permukaan kulit dengan kehadiran bintik-bintik atau gelembung-gelembung kecil yang mengandungi air. Jangkitan ini biasanya berlaku pada sisi jari, tangan, dada atau lengan.

 

DI MANA BIASANYA JANGKITAN KULAT MUNCUL?

Jangkitan kulat biasanya berlaku pada kebanyakan anggota tubuh yang dapat memudahkan kulat hidup dan membiak. Kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh kulat dari jenis yang sama tetapi berlaku pada bahagian tubuh yang berlainan seperti jangkitan kulat pada vagina dan ulser. Bahagian tubuh yang biasanya mudah dijangkiti adalah mulut, tekak, pinggul, paha dan jari kaki yang selalu terdedah kepada keadaan panas dan lembap.

Fungal Infections Usually Appear

Fungal Infections Usually Appear

APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM JANGKITAN KULAT?

Simptom jangkitan kulat adalah sama antara satu sama lain kerana kebanyakannya disebabkan oleh jangkitan kulat atau bakteria dari jenis yang sama. Simptom dikategorikan sebagai berbeza berdasarkan keadaan kawasan yang dijangkiti.

Kaki Makan Air – Ruam merah, gatal, kulit kering yang kronik, tapak kaki bersisik

Jangkitan Yis Pada Vagina – Gatal dan pedih pada vagina, kesakitan sewaktu hubungan seks, sakit atau tidak selesa semasa membuang air kecil, lelehan vagina yang tidak normal

Jock Itch – Warna merah coklat yang gatal timbul pada permukaan kulit

Symptoms of a Fungal InfectionJangkitan Kulat Pada Kuku – Kuku berubah warna (kuning, coklat, atau putih), menjadi tebal, rapuh atau merekah

Kurap – Gatal pada kulit, ruam berbentuk cincin (atau gegelang), merah, bersisik, kulit merekah dan keguguran rambut (bulu). Muncul dalam masa 4 hingga 14 hari selepas dijangkiti secara langsung oleh kulat ini.

Panau – Tompokan-tompokan putih atau gelap daripada biasa,  perubahan warna kulit di bahu, dada, atau lengan. Kegatalan yang ringan, kulit bersisik

Ulser – Tompokan putih pada bahagian dalam pipi, lidah, lelangit mulut, dan tekak. Kemerahan atau kepedihan, rasa seperti kapas di dalam mulut, hilang deria rasa, sakit semasa makan atau menelan, merekah dan kemerahan pada mulut

Symptoms of a Fungal Infection

ID Reaction – jangkitan setempat atau merebak, tompokan merah dengan bengkak merah, kawasan jangkitan kelihatan seperti lebam dan bengkak, bintik-bintik kemerahan, bintik berbentuk seperti air mata berwarna merah cerah

APAKAH PUNCA JANGKITAN KULAT?

Jangkitan kulat pada sistem dan kulit manusia boleh berlaku melalui banyak cara dan boleh dijangkiti oleh jenis kulat yang berbeza. Oleh kerana persekitaran boleh menyumbang kepada keadaan yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat,  satu rekahan kecil di kuku atau kulit anda boleh menyebabkan kuman dapat memasuki sistem tubuh dan mula membiak dan mengakibatkan jangkitan.

Sesetengah kulat seperti Candida biasanya terdapat di mulut, tekak dan di sepanjang sistem percernaan tanpa membahayakan tubuh manusia.  Tetapi, apabila kulat semakin banyak akibat daripada persekitaran yang menggalakkan pembiakannya, kulat-kulat ini akan membahayakan sistem tubuh manusia dan berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak.

Sistem imun tubuh yang lemah dan pengambilan ubat-ubatan boleh mengakibatkan jangkitan berlaku sekiranya antibiotik yang diambil mengganggu kestabilan semulajadi mikrob di dalam sistem tubuh. Sumber lain seperti hormon yang mempunyai peranan penting di dalam sistem tubuh manusia juga boleh menggalakkan pembiakan kulat.

Causes of Fungal Infections

APAKAH CARA UNTUK MENCEGAH JANGKITAN KULAT?

Berikut adalah cara-cara yang boleh membantu mencegah jangkitan kulat daripada berlaku pada kulit dan sistem badan manusia.

Cara-cara ini juga membantu mengurangkan simptom jika jangkitan berlaku:

  1. Menjaga kaki dan jari kaki anda seperti memastikan kaki sentiasa kering, terutamanya di celah-celah jari kaki, kerap menukar stokin dan melindungi kaki anda ketika berada d tempat awam adalah langkah-langkah asas untuk mengelakkan jangkitan kulat pada kuku.  Mengamalkan memakai kasut yang ringan, mempunyai pengudaraan yang baik dan bertukar-tukar kasut akan dapat membantu mencegah jangkitan kulat. Elakkan berkongsi kasut dengan orang lain dan jangan berjalan tanpa memakai kasut atau selipar di kawasan terbuka merupakan tips yang perlu sentiasa diingati.
  2. Memastikan tangan dan kaki anda sentiasa bersih dan kering. Kerap membasuh dan mensanitasi tangan.
  3. Potong pendek kuku jari tangan dan kaki anda dan pastikan kuku sentiasa bersih. Jangan berkongsi pengetip kuku anda dengan orang lain untuk mencegah jangkitan dari anda atau dari orang lain.
  4. Mengekalkan kebersihan mulut seperti mencuci mulut atau memberus gigi selepas menggunakan kortikosteroid yang disedut. Sentiasa mencuci gigi palsu anda dan berjumpa doktor gigi secara berkala.
  5. Elakkan aktiviti seksual sekiranya pasangan anda mengalami jangkitan kulat. Jangkitan kulat boleh dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain seperti dari alat kelamin ke mulut. Sentiasa memakai seluar dalam yang diperbuat dari kapas dan kerap menukar seluar dalam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kulat.

Prevent Fungal Infections

BAGAIMANA CARA UNTUK MERAWAT JANGKITAN KULAT?

Sesetengah jangkitan kulat sukar untuk dirawat tanpa rawatan anti-kulat. Kebanyakan rawatan anti-kulat akan melibatkan pil anti-kulat yang perlu ditelan. Terdapat juga krim yang boleh didapati di pasaran tetapi cara ini mengambil masa selama beberapa bulan hingga setahun untuk menghilangkan jangkitan.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jangkitan kulat dan penyelesaiannya, anda boleh hubungi kami untuk sesi rundingan. Kami sedia membantu bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam SETIAP HARI.

Hubungi/WhatsApp: 012-662-5552/ 012-773 2074
Emel: contactus@premier-clinic.com

Available Treatments

  • Rawatan Laser Untuk Jangkitan Kulat Pada Kulit
    Learn More

Join The Beauty Loop

Be the first to know about our time-limited, exclusive promos