Rawatan suntikan filler untuk peremajaan faraj adalah rawatan mengetatkan faraj di mana asid hyaluronic disuntik ke dalam tisu faraj. Rawatan ini adalah bertujuan untuk mengetat dan mengisi ruang hadapan dinding faraj dan seterusnya memperbaiki penampilan luar labia. Struktur usia Faraj adalah sama seperti kulit yang meliputi keseluruhan anggota badan. Dia mana ia menjadi longgar dan kendur, lalu memberikan penampilan faraj yang berkedut.
Penggunaan asid hyaluronic dalam suntikan filler membantu menguat dan memenuhi bahagian yang dirawat dengan menyerap air secukupnya. Bahagian tersebut akan terasa lebih muda dan kuat. Ia juga menambahkan volume pada tisu, dan menjadikan hubungan seksual anda lebih menyeronokkan.
Rawatan faraj ini menggunakan teknik dermal fillers untuk memontokkan bahagian sekitar faraj dan memperbaiki faraj kering – rawatan ini juga dikenali sebagai labia puffing. Sebagai rawatan yang tidak melibatkan prosedur pembedahan, rawatan faraj ini amat sesuai bagi golongan yang risau untuk menjalani pembedahan.
Bahan utama fillers adalah asid hyaluronik, iaitu bahan semulajadi bagi yang digunakan untuk meningkatkan kadar pengekalan air. Bahan ini juga digunakan di dalam facial fillers dan ianya tidak memberi kesan buruk kepada kulit atau badan anda. Antioksidan lain yang terdapat di dalam kandungan filler ini mampu meningkatkan penghidratan serta meminimumkan kesan bengkak akibat daripada suntikan.
Anestetik akan diberi sebelum rawatan labia puffing dimulakan bagi menjamin keselesaan anda sepanjang rawatan. Proses mengetatkan faraj ini sangat pantas dan hanya mengambil masa selama 30 minit – menjadikan rawatan faraj ini sebagai pilihan terbaik bagi wanita sibuk dan berkerjaya.
Kajian klinikal telah membuktikan bahawa rawatan mengetatkan faraj dapat membantu wanita dalam memperbaiki pelinciran, penampilan dan menghangatkan hubungan kelamin. Wanita biasanya merasakan perubahan yang ketara pada struktur faraj selepas proses kehamilan dan bersalin, dan juga selepas menopaus. Di antara kebaikan lain rawatan suntikan filler faraj ini adalah:
Peningkatan faktor usia sering memberi isu baru bagi kaum wanita contohnya seperti masalah kekeringan faraj. Dalam kes ini, lipatan bahagian paling luar faraj mula kehilangan jumlah tisu, dan ia akan bertambah buruk selepas wanita menopaus atau bersalin. Hal iIni boleh menyebabkan berlakunya gangguan fungsi dan penampilan estetik faraj seperti kurang kelembapan dan keanjalan.
Salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan menjalani rawatan mengetatkan faraj, melalui suntikan filler. Rawatan ini dapat meningkatkan pengekalan kadar air di dalam tisu faraj. Rawatan faraj ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2014, dan merupakan salah satu rawatan terbaru di Premier Clinic.
Pesakit mungkin bakal mengalami beberapa kesan sampingan ringan seperti kemerah-merahan, bengkak dan lebam dimana ia akan beransur pulih selepas beberapa hari. Untuk peringatan dan makluman, penggunaan tisu filler adalah tidak sesuai bagi wanita mengandung, menyusu dan juga pesakit yang berumur kurang daripada bawah 18 tahun. Pesakit dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang ubat mencairkan darah sekurang-kurangnya seminggu sebelum mendapatkan rawatan ini bagi mengurangkan keadaan bengkak selepas rawatan.
Pesakit disaran untuk tidak melakukan aktiviti seksual, menyentuh atau mengurut dibahagian rawatan, sauna, aktiviti renang atau senaman lasak sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam selepas rawatan.
Antara kesan-kesan sampingan rawatan adalah seperti skin necrosis hasil yang terhasil daripada suntikan, overfilling, asymmetry dan benjolan. Walau bagaimanapun, risiko asid hyaluronik sangat jarang berlaku. Asid hyaluronik adalah sejenis molekul semula jadi yang dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu, ia tidak akan memudaratkan badan.
Hasil rawatan dapat dilihat serta merta sebaik sahaja selesai sesi rawatan. Antara kebaikan utama rawatan mengetatkan faraj ini adalah tiada tempoh pemulihan diperlukan, dan anda boleh kembali melakukan rutin harian sebaik sahaja selesai rawatan.
Suntikan filler direka bagi mengetatkan faraj dan memperbaiki bahagian disekitar faraj yang disebabkan oleh kedutan dan lipatan. Rawatan suntikan filler ini dianggarkan berharga di antara RM 2,000 hingga RM 5, 000 bagi setiap sesi. Harga rawatan adalah berbeza bergantung kepada kadar kerosakan faraj anda sama ada disebabkan oleh faktor penuaan, bersalin atau cedera.
Kos rawatan mengetatkan faraj di Premier Clinic berharga RM 2,200 dan ke atas termasuk krim anasethetic dan bayaran khidmat nasihat doktor. Kami menawarkan khidmat nasihat secara one-to-one bersama doktor-doktor profesional kami yang berpengalaman dan telah melakukan lebih dari 500 prosedur rawatan mengetatkan kemaluan.
Di Premier Clinic, anda akan diberi khidmat nasihat secara eksklusif oleh para doktor wanita kami bagi menjamin keselesaan dan privasi anda sepanjang proses rawatan. Doktor kami akan cuba membantu menyelesaikan segala persoalan anda serta mencadangan bilangan sesi rawatan yang bersesuaian mengikut keperluan.
Atau, anda boleh terus mengunjungi mana-mana lokasi klinik kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong, dan KL City untuk urusan temujanji. SIla hubungi kami untuk malumat lanjut berkaitan rawatan filler injections mengetatkan faraj:
Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Rawatan faraj mengambil masa selama 20 hingga 40 minit bergantung kepada keadaan bahagian yang dirawat.
Biasanya, hasil daripada rawatan filler injection mengetatkan faraj ini bertahan selama satu hingga dua tahun, namun bergantung kepada individu. Adalah disarankan untuk anda mengambil kira nasihat daripada doktor sebelum mempertimbangkan sebarang pertambahan sesi rawatan susulan
Anda boleh melihat hasil rawatan faraj ini serta merta sebaik sahaja rawatan selesai. Pesakit juga dapat melihat perubahan ketara selepas satu minggu dan minggu-minggu berikutnya.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos