Kita sering tertanya-tanya mengapa perlu adanya prosedur seperti Scrotox ini. Scrotox ialah suntikan botulinum toxin di kawasan testis. Seorang lelaki yang mengidamkan bentuk kerandut yang menawan pastinya akan tertarik untuk menjalani rawatan kerandut botulinum toxin, yang juga dikenali sebagai “scrotox”. Hal ini kerana, testis yang disuntik dengan botulinum toxin akan membuatkan kerandut kelihatan lebih besar dan menarik. Walaupun rawatan ini agak baru di dalam dunia estetik, ia menerima sambutan yang memberangsangkan di sekitar negara-negara Eropah.
Rawatan ini tidak melibatkan sebarang bentuk pembedahan, dapat diselesaikan dalam tempoh 10 ke 15 minit dan tidak menyakitkan. Ini kerana sebelum rawatan dimulakan, pesakit akan diberikan ubat bius untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Oleh kerana ia tidak memakan masa yang lama, rawatan ini sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian. Sekiranya lebih tempoh rawatan memerlukan masa yang lebih panjang, pesakit akan dimaklumkan terlebih dahulu oleh doktor yang bertugas.
Botox adalah selamat untuk digunakan jika disuntik dalam kuantiti yang rendah dan cair. Ia mengekang isyarat saraf daripada memasuki otot dan menyebabkan pengecutan otot.
Pengecutan otot berlaku apabila reseptor bahan kimia acetylcholine yang dihasilkan oleh sel saraf bergabung dengan sel-sel otot dan mengakibatkannya menjadi pendek atau mengecut.
Antara kesan penuaan terhadap skrotum adalah seperti skrotum kelihatan longgar dan melayut ke bawah. Suntikan botox ke dalam otot skrotum menjadikannya kelihatan lebih menarik, besar dan kurang kedutan.
Otot menjadi kejang dan tidak dapat mengecut antara kesan sampingan sementara apabila berlakunya pengurangan penghasilan acetylcholine yang disebabkan oleh suntikan botox.
Rawatan scrotox ini mempunyai tindak balas sama seperti penggunaan neurotoxins untuk menghindari peluh yang berlebihan pada skrotum sama seperti yang berlaku pada tapak tangan dan ketiak. Antara manfaat-manfaat utama daripada rawatan ini adalah dapat memberikan kepuasan seksual, skrotum kelihatan lebih menarik, licin, tidak berkedut, besar, merawat penyakit kronik dan keradangan berkaitan skrotal.
Semasa menjalani rawatan, pesakit akan merasa sedikt sakit dan tidak selesa dibahagian Skrotum. Namun, usah risau ia akan sembuh pada keesokkan harinya. Hasil rawatan pula dapat dilihat dalam tempoh seminggu bergantung kepada setiap individu. Untuk mengelakkan sebarang komplikasi, pesakit hanya dibenarkan untuk mengangkat objek berat dan melakukan sebarang hubungan seksual selepas sehari menjalani rawatan.
Lebam, kebas dan kulit skrotum menjadi tegang adalah antara kesan sampingan daripada rawatan Scrotox ini. Kesemua kesan sampingan ini akan hilang dalam jangka masa yang singkat.
Bergantung kepada keadaan individu tersebut, hasil rawatan boleh bertahan sehingga tiga ke empat bulan. Walau bagaimanapun, doktor akan memaklumkan terlebih dahulu segala maklumat mengenai rawatan semasa sesi rundingan awal.
Caj yang berbeza-beza boleh dikenakan bergantung kepada kuantiti dos dan keaslian bahan suntikan, serta teknik rawatan Scrotox dan kepakaran doktor yang bertugas. Di Premier Clinic, harga bagi rawatan ini bermula daripada RM2,000.
Suntikan ini dapat membantu untuk mengurangkan peluh dan kedutan pada skrotum. Doktor kami mepunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam mengendali rawatan ini. Doktor kami juga telah melakukan rawatan ini lebih daripada seratus kes bersama pesakit. Kami berharap dapat membantu anda dalam memahami dengan lebih mendalam mengenai rawatan ini dan proses pemulihan selepas tamat rawatan.
Di Premier Clinic, segala maklumat peribadi pesakit akan disimpan secara sulit bagi menjaga privasi pesakit. Hubungi kami sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan suntikan skrotum juga rawatan-rawatan lain yang dapat membantu anda untuk meningkatkan kepuasan seksual.
Anda boleh datang ke cawangan kami yang terletak di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City bagi membuat temu jani. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan ini, sila hubungi kami:
Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi:+6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Rawatan Scrotox kebiasaannya akan kekal sehingga 3 atau 4 bulan dan mungkin juga lebih lama daripada tempoh ini bergantung kepada reaksi badan dalam menerima bahan suntikan yang digunakan.
Prosedur suntikan testis ini biasanya dilakukan dengan kaedah skrotum akan disuntik beberapa kali yang mana ianya akan menyebabkan sedikit ketidakselesaan. Walau bagaimanapun, doktor akan menyapu krim kebas sebelum memulakan rawatan bagi mengurangkan kesakitan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos