Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Rawatan Suntikan Caverject Untuk Masalah Disfungi Ereksi

Rawatan Suntikan Caverject Untuk Masalah Disfungi Ereksi

  • Apa itu Suntikan Caverject
  • Cara suntikan caverject berfungsi
  • Kebaikan Suntikan Caverject
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Langkah penjagaan semasa peggunaan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
Jump To ...
  • Apa itu Suntikan Caverject
  • Cara suntikan caverject berfungsi
  • Kebaikan Suntikan Caverject
  • Masalah yang boleh dirawat
  • Langkah penjagaan semasa peggunaan
  • Kesan sampingan rawatan
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan

APA ITU RAWATAN SUNTIKAN CAVERJECT?

Caverject Injection for Erectile Dysfunction

Mempunyai kehidupan seksual yang memuaskan merupakan kunci utama bagi sebuah hubungan yang sihat, kekal lama. Namun begitu, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Massachusetts Male Aging Study, terdapat lebih kurang 52% lelaki mengalami masalah disfungsi ereksi dimana jumlah peratusan itu meningkat mengikut kumpulan umur. Berdasarkan peratusan itu, 40% lelaki mula terjejas pada usia 40 tahun dan, 70% mengalami disfungsi ereksi secara menyeluruh pada usia 70 tahun.

Disfungsi ereksi merupakan masalah kesihatan di mana zakar tidak menegang ketika anda berada di dalam keadaan terangsang secara seksual. Disebabkan masalah  ini, kebanyakan pasangan kepada pesakit yang mempunyai masalah ini akan berasa sangat kecewa apabila bersama. Hal ini kerana pasangan mereka  gagal beraksi di ranjang. Faktor umur merupakan penyumbang utama kepada masalah ini.  Disfungsi ereksi terjadi disebabkan oleh tahap fizikal dan mental yang rendah, serta proses penuaan yang mengakibatkan badan menjadi semakin lemah dari hari ke hari.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction  Caverject Injection for Erectile Dysfunction

BAGAIMANA RAWATAN SUNTIKAN CAVERJECT BERFUNGSI?

Rawatan suntikan caverjet boleh dilakukan melalui kaedah suntikan larutan ke kawasan zakar yang dipenuhi darah. Ketika sesi perbincangan dan konsultansi bersama doktor kami, anda diberikan jumlah dos yang bersesuai bergantung kepada situasi anda. Jumlah dos disaran untuk di tingkatkan dari masa ke semasa bagi mendapatkan dos yang bersesuaian untuk ereksi anda.

Satu botol Caverject boleh digunakan untuk 1 dos sahaja. Satu dos sudah mencukupi untuk bertahan selama 1 jam. Sekiranya ereksi berpanjangan dan melebihi 2 jam, anda perlu mengurangkan jumlah dos secara beransur-ansur seperti yang disaran oleh doktor. Tetapi, anda digalakkan untuk mendapat bantuan doktor sekiranya ereksi melebihi 3 jam dan ke atas.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction  Caverject Injection for Erectile Dysfunction

KEBAIKAN RAWATAN SUNTIKAN CAVERJECT

Lelaki selalunya bergantung kepada pil dan alternatif lain seperti pam dan fillers untuk merawat masalah zakar lemah. Rawatan Caverject sangat popular dalam kalangan masyarkat  dimana ia  mendapat kelulusan FDA yang dijamin selamat dan efektif. Rawatan caverject adalah sebahagian daripada jenama alprostadil, dimana merupakan penyelesaian untuk membantu melebarkan saluran darah dan meningkatkan aliran vaskular ke batang zakar. Anda akan mengalami ereksi penuh selama 1 jam tanpa membahayakan keselamatan dan kesihatan diri.ealth.

Rawatan disfungsi ereksi Caverject berbeza daripada rawatan lain (melalui suntikan) dan memberi kesan segera iaitu 5-10 minit selepas suntikan.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction

MASALAH YANG BOLEH DIRAWAT

Disfungsi Ereksi (ED)

Masalah disfungsi ereksi sangat biasa berlaku dalam kalangan lelaki. Hampir 30 juta lelaki di seluruh dunia mengalami masalah ini. Disfungsi ereksi (ED) adalah kesukaran zakar untuk menegang atau mengekalkan ereksi untuk melakukan hubungan seks. ED yang kerap boleh menjadi tanda masalah kesihatan yang memerlukan rawatan lanjut. Kebanyakan lelaki mengalami masalah ini disebabkan oleh tekanan atau emosi tidak stabil.

Masalah ini boleh terjadi disebabkan oleh dua faktor iaitu perubatan dan psikologi. Rawatan ED bergantung kepada faktor penyebabnya. Pesakit biasanya memerlukan rawatan dari segi perubatan, perubahan gaya hidup atau terapi. Salah satu penyelesaian kepada masalah disfungsi ereksi adalah melalui rawatan suntikan Caverject.

Ubat akan disuntik terus ke zakar bagi membekalkan aliran darah yang mencukupi. Aliran darah yang stabil ke dalam zakar akan membantu mencapai dan mengekalkan ereksi ketika melakukan seks.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction  Caverject Injection for Erectile Dysfunction

LANGKAH PENJAGAAN SEMASA MENJALANI RAWATAN SUNTIKAN CAVERJECT

Pertama sekali, anda dinasihatkan untuk TIDAK sama sekali menyuntik Caverject pada zakar yang tegang.

Anda tidak digalakkan melakukan rawatan ini sekiranya anda mempunyai zakar implan atau melakukan sebarang perubahan pada zakar seperti angulation, fibrosis atau penyakit Peyronie. Pesakit yang mempunyai risiko tinggi kepada priapisme juga tidak sesuai untuk rawatan ini.

Buku panduan akan disertakan bersama dengan maklumat berkaitan mengenai rawatan ini termasuk cara mencampurkan ubat dan cara suntikan yang betul. Proses suntikan harus dilakukan dengan segera sebaik sahaja larutan telah dicampur. Segala sisa larutan mesti dibuang dan tidak boleh disimpan. Selain itu, botol yang tidak digunakan harus disimpan pada suhu 2 ° C hingga 30 ° C tanpa beku.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction

Step 1: Tanggalkan penutup dengan memutar mengikut arah jam dan ke atas  /  Step 2: Isi Caverject berdasarkan saranan doktor.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction

Step 3: Letak botol di posisi ke atas supaya tidak tumpah.  / Step 4: Tukar jarum kepada yang bersaiz lebih kecil.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction

Step 5:  Tolak picagari sehingga keluar sedikit titisan cecair.  /  Step 6: Hanya mensasarkan ke bahagian batang zakar yang ingin disuntik. Elakkan bahagian atas dan bawah zakar.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction

Step 7: Suntik tepat ke bahagian sisi zakar /  Step 8: Langkah 8: Habiskan suntikan dan nikmati seks anda.

KESAN SAMPINGAN RAWATAN SUNTIKAN CAVERJECT

Pesakit mungkin akan mengalami rasa sakit yang berskala rendah hingga sederhana, irritasi atau sedikit pendarahan di tempat suntikan. Walau bagaimanapun, kesan ini akan hilang dalam masa 24 hingga 48 jam selepas rawatan. Risiko bagi lelaki mengalami ereksi yang menyakitkan atau berpanjangan selama 4 jam atau lebih adalah sangat jarang berlaku. Pesakit di nasihatkan untuk segera berjumpa doktor jika kesannya berlanjutan atau bertambah buruk.

Caverject Injection for Erectile Dysfunction

TEMPOH PEMULIHAN RAWATAN SUNTIKAN CAVERJECT

Sila berjumpa dengan doktor anda setiap 3 bulan selepas temu janji pertama untuk proses pemeriksaan.

Caverject Injection

KOS RAWATAN

Suntikan Caverject adalah rawatan untuk merawat zakar lemah. Kos rawatan ini dianggarkan berharga di antara RM 400 hingga RM 1000. Oleh kerana ia melibatkan suntikan terus ke pangkal zakar, langkah penjagaan tertentu perlu diambil bagi mengelakkan risiko atau masalah tidak diingini berlaku.

Di Premier Clinic, satu botol suntikan Caverject berharga RM 500. Doktor kami akan menerangkan kepada anda bagaimana suntikan ini harus dilakukan. Sila rujuk pakar atau nasihat doktor sebelum menjalani rawatan ini. Anda digalakkan hanya untuk menjalani rawatan Caverject di klinik-klinik yang mendapat pengiktaran daripada KKM.

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Kebanyakan lelaki malu untuk berbincang mengenai masalah berkaitan seks mereka bersama doktor. Mereka sebaliknya akan memakan pil sebagai jalan penyelesaian. Bagi kaum lelaki yang mempunyai simptom-simptom disfungsi ereksi, anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk keterangan lanjut mengenai rawatan ini. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor kami bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai rawatan dan masalah yang dihadapi. Doktor akan menjalankan beberapa jenis ujian terlebih dahulu bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi sebelum menawarkan sebarang jenis rawatan.

Anda boleh mengunjungi lokasi klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong, dan KL City untuk membuat temu janji. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut berkaitan rawatan suntukan Caverject:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B. Melayu/B. Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2094 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Frequently Asked Questions

Berapa lamakah saya perlu menggunakan suntikan Caverject?

Pesakit boleh menggunakan suntikan ini sesuai dengan saranan doktor. Perlu diingatkan bahawa suntikan ini hanya membantu memperbaiki keadaan, dan bukan memulihkan.

Berapa lama rawatan ini bertahan?

Caverject disuntik di bahagian spesifik zakar dan memberi ereksi selama 5 hingga 20 minit. Kesan ereksi ini mampu bertahan selama 30 hingga 60 minit.

Adakah rawatan suntikan Caverject ini menyakitkan?

Rawatan ini melibatkan proses suntikan dan hanya mengakibatkan kesakitan yang ringan dan sederhana.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.webmd.com/drugs/2/drug-3698/caverject-intracavernosal/details
  • https://www.rxlist.com/caverject-drug.htm#indications
  • https://www.webmd.com/drugs/2/drug-3698/caverject-intracavernosal/details
  • https://www.rxlist.com/caverject-drug/patient-images-side-effects.htm#missdose
  • https://www.webmd.com/erectile-dysfunction/guide/alprostadil-treat-ed#1
  • https://www.webmd.com/drugs/2/drug-3698/caverject-intracavernosal/details
  • https://labeling.pfizer.com/ShowLabeling.aspx?id=667&format=PDF#page=1
  • https://medlineplus.gov/erectiledysfunction.html
  • https://www.nps.org.au/medicine-finder/caverject-powder-for-injection

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat