Rawatan ini menggunakan rambut yang diekstrak dari kulit kepala kemudian diproses menggunakan teknologi tinggi untuk mendapatkan stem sel yang sihat dari rambut anda sendiri. Rawatan ini menggalakkan penumbuhan rambut, menebalkan rambut dan mengurangkan risiko rambut gugur.
Doktor pakar kami akan menjalankan pemeriksaan kulit kepala menggunakan mikroskop untuk mengetahui tahap kerosakan akar rambut.
Kemudian, doktor akan mencabut akar rambut dengan berhati-hati untuk mengelakkan pendarahan atau rasa sakit. Ubat kebas akan digunakan untuk memastikan keselesaan anda sepanjang proses ini.
Akar rambut diletakkan di dalam alatan berteknologi tinggi untuk mendapatkan stem sel yang pekat.
Stem sel ini kemudiannya disuntik masuk ke bahagian yang botak dengan menggunakan jarum yang halus untuk meminimumkan rasa tidak selesa.
Rawatan stem sel rambut terkenal di Malaysia sebagai salah satu rawatan rambut gugur yang berkesan untuk mengurangkan rambut gugur dalam kalangan lelaki dan wanita. Stem sel adalah sel utama yang boleh dijumpai dalam semua tisu termasuk kulit kepala. Fungsi utama stem sel untuk rambut adalah untuk menggantikan sel yang rosak atau sudah mati.
Dengan mengekstrak stem sel ini, kita dapat menggalakkan penumbuhan akar rambut yang telah rosak disebabkan faktor-faktor penuaan, tekanan, persekitaran, ubat-ubatan dan perubahan hormon. Rawatan rambut gugur ini menggalakkan penumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur.
Rambut biasanya akan gugur dalam 50 – 100 helai dalam sehari dan ini adalah keadaan yang biasa. Namun, rambut gugur yang keterlaluan mungkin akan menyebabkan tompokan rambut botak di atas kepala anda. Ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon, penyakit-penyakit yang spesifik, dan faktor penuaan, tetapi faktor utama adalah genetik.
Kebotakan (juga dikenali sebagai alopecia), akan memberi kesan sama kepada lelaki dan wanita yang menyebabkan rambut kehilangan volume. Tompok botak bakal muncul, atau rambut akan menjadi lemah, dan mengakibatkan gumpalan besar rambut gugur ketika membasuh atau bersikat.
Rambut gugur atau kebotakan biasanya berlaku disebabkan akar rambut rosak atau mati menghalang pertumbuhan rambut baru. Rawatan stem sel rambut ini menggalakkan penumbuhan sel-sel rambut baru. Ianya dapat membantu pertumbuhan akar rambut, apabila dipindahkan ke kulit kepala. Stem sel itu sendiri mempunyai faktor pertumbuhan yang diperlukan supaya dapat membantu akar rambut tumbuh secara semulajadi dan berkembang dengan sempurna. Rawatan rambut botak ini bukan sahaja mampu menghalang keguguran rambut, namun ianya juga dapat meningkatkan kualiti dan tekstur rambut.
Anda tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti berenang dalam masa 3 hari selepas menjalani rawatan mengatasi rambut gugur ini kerana suntikan itu akan membuka ruang kepada jangkitan jika terdedah kepada air kotor.
Mandi seperti biasa adalah digalakkan. Cuba untuk tidak menyentuh kawasan yang disuntik dengan jari. Anda juga boleh bersyampu seperti biasa dalam beberapa hari yang pertama.
Ubat tahan sakit biasanya tidak diperlukan. Anda boleh bersukan atau bekerja seperti biasa.
Kesan sampingan boleh dikatakan tiada kerana stem sel adalah sel yang diekstrak dari badan anda sendiri. Biasanya tiada sakit-sakit, bengkak, lebam atau parut kerana suntikan yang digunakan adalah sangat kecil.
Anda boleh melihat ketebalan dan volume rambut semakin melebat. Penumbuhan anak-anak rambut baru juga boleh dilihat dalam bulan yang pertama.
Anda dinasihatkan untuk kembali untuk sesi susulan dalam 14 hari selepas sesi rawatan pertama. Doktor akan memeriksa kemajuan anda dan memastikan semuanya berjalan lancar.
Premier Clinic adalah satu-satunya klinik berdaftar yang menjalankan rawatan rambut gugur ini. Harga untuk stem sel rambut adalah RM7,999 untuk 1 graft. Anda boleh memilih untuk menambah graft untuk mendapatkan hasil yang lebih menakjubkan.
Premier Stem Sel Rambut boleh mengurangkan rambut gugur dalam 1 bulan! Ianya boleh dilakukan tanpa pembedahan, tanam rambut, sakit yang terlampau atau tempoh penyembuhan yang lama.
Premier Clinic adalah salah satu daripada klinik terbaik yang menawarkan rawatan rambut gugur di Malaysia. Kami melakukan 40-50 rawatan stem sel rambut dalam 1 bulan di 2 cawangan kami. Hasilnya sangat menakjubkan dan rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan hasilnya.
Orang yang sudah botak sepenuhnya mungkin lebih sesuai untuk rawatan lain seperti Tanam Rambut, Mesotherapi, atau ubat sapu dan ubat makan. Rawatan rambut gugur dan nipis kami adalah berpatutan dengan pilihan untuk membayar secara ansuran, namun masih mengekalkan hasil yang menakjubkan. Sila hubungi kami untuk sesi konsultasi dengan doktor untuk mengetahui masalah rambut anda dan rawatan yang bersesuaian.
Anda juga boleh melawat cawangan kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk berjumpa doktor.
Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Ingggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (Bahasa Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Anda boleh melihat perubahan hanya dengan satu sesi rawatan. Kekerapan sesi rawatan boleh dilakukan jika pesakit menginginkan hasil rawatan yang lebih jelas.
Sesi rawatan mengambil masa lebih kurang 60 minit.
Rawatan ini sesuai dilakukan oleh lelaki dan wanita yang mengalami maslah rambut gugur. Harus diingat rawatan ini bukanlah untuk masalah kebotakan. Rawatan stem sel rambut melibatkan proses pengekstrakan rambut sihat dari kawasan penderma untuk dipindahkan ke kawasan yang perlu dirawat.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos