• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Treatments
Laser Untuk Kulat Kuku

Laser Untuk Kulat Kuku

  • Apa itu Laser untuk Kulat Kuku
  • Bagaimana Laser untuk Kulat Kuku berfungsi
  • Kebaikan Laser untuk Kulat Kuku
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah penjagaan ketika menjalani rawatan
  • Kesan Sampingan Laser untuk Kulat Kuku
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Laser untuk Kulat Kuku
  • Bagaimana Laser untuk Kulat Kuku berfungsi
  • Kebaikan Laser untuk Kulat Kuku
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Langkah penjagaan ketika menjalani rawatan
  • Kesan Sampingan Laser untuk Kulat Kuku
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Laser untuk Kulat Kuku?

Laser untuk Kulat Kuku adalah satu rawatan yang direka untuk membunuh kulat di kuku jari tangan dan kaki. Terdapat pelbagai pilihan untuk rawatan ini bergantung kepada keadaan pesakit dan tahap jangkitan. Sekiranya anda mencari rawatan yang cepat dan selesa, rawatan ini mampu memberikan kesan yang baik kerana rawatan ini hanya melibatkan bahagian yang dijangkiti sahaja.

Bagaimana Laser untuk Kulat Kuku berfungsi?

Laser yang digunakan untuk rawatan ini adalah dari jenis Candela GentleYAG yang berfungsi  pada panjang gelombang (wavelength) tertentu iaitu 1064nm. Laser yang dipancarkan akan menembusi kuku terus ke plat kuku dan menghapuskan kulat melalui proses photocoagulation. Spora kulat akan dirawat dan dikurangkan sepanjang beberapa bulan tempoh rawatan. Kebanyakan pesakit berjaya menghapuskan kulat sepenuhnya dari permukaan kulit dan kuku boleh tumbuh semula dengan baik.

Nail Fungal Infection Laser  Nail Fungal Infection Laser  Nail Fungal Infection Laser

Kebaikan Laser untuk Kulat Kuku

Tenaga non-ablative dari rawatan laser ini akan memanaskan tisu kulit tanpa merosakkan tisu tersebut dan mencetuskan proses penyembuhan semula jadi. Rawatan laser ini berfungsi dengan menyingkirkan organisma-organisma kulat dan juga membolehkan tubuh untuk sembuh dan segar kembali dengan risiko jangkitan yang rendah.  Antara kebaikan lain rawatan Laser untuk Kulat Kuku adalah:

  • Rawatan yang cepat dan efektif untuk kuku jari dan kaki
  • Kesan sampingan yang minimum
  • Tiada jangkaan tempoh kesan rawatan
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Tidak merosakkan kuku dan kulit di sekitarnya
  • Tidak melibatkan luka pada kuku atau kulit
  • Kuku diperbaharui dan menjadikannya lebih sihat

Di Klinik Premier, kami juga boleh menggunakan kaedah gabungan rawatan untuk jangkitan kuku supaya peluang untuk sembuh lebih tinggi. Gabungan rawatan termasuklah penggunaan ubat sapu anti-kulat, ubat makan anti-kulat atau membuang kulat secara pembedahan, tetapi semua pilihan ini adalah bergantung kepada keadaan pesakit dan juga diagnosis awal yang dilakukan.

Nail Fungal Infection Laser

MASALAH YANG AKAN DIBANTU

Juga dikenali sebagai onychomycosis, jangkitan pada kulat pada kuku kaki adalah satu perkara biasa dan menjejaskan kebanyakan orang dewasa di Asia. Rawatan ini selesa dan mungkin hanya akan menyebabkan perubahan warna pada kuku dan kuku menjadi sedikit tebal – keadaan ini biasanya berlaku pada individu yang tidak sedar bahawa kuku mereka telah dijangkiti kulat.

Dermatophytes dan candida adalah antara kulat yang paling biasa menyebabkan jangkitan, tetapi kedua-duanya boleh dirawat dengan kaedah yang sama. Secara teorinya, laser yang digunakan akan menggalakkan aktiviti anti-kuman apabila sel-sel kulat menyerap haba dari laser dan menyebabkan sel-sel tersebut mati. Keupayaan laser untuk menembusi ketebalan kuku adalah penyebab utama keberkesanan rawatan ini kerana jangkitan dapat disingkirkan selain memperbaharui kuku dan menjadikannya lebih sihat.

 

Pengawasan keselamatan semasa melakukan Laser untuk Kulat Kuku

Rawatan laser untuk kulat kuku adalah tidak disarankan kepada ibu hamil atau kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, pesakit kencing manis dan individu yang sedang menjalani rawatan kanser oleh kerana kesan sampingan rawatan laser ini. Kulit anda mungkin akan mengalami sedikit kemerahan dan bengkak di bahagian yang dirawat, tetapi kesan ini akan hilang dalam masa 48 jam.

Kesan Sampingan Laser untuk Kulat Kuku

Kebanyakan pesakit tidak mengalami sebarang kesan sampingan selain rasa suam di bahagian yang dirawat semasa dan selepas prosedur rawatan.

Jangkaan tempoh kesan rawatan Laser untuk Kulat Kuku

Tiada jangkaan tempoh kesan rawatan bagi kaedah ini. Pesakit boleh meneruskan aktiviti harian biasa sejurus selepas rawatan laser untuk kuku selesai.

Nail Fungal Infection Laser  Nail Fungal Infection Laser

KOS RAWATAN

Harga bagi rawatan laser untuk kuku bergantung kepada bilangan kuku yang terlibat dan tahap jangkitan yang berlaku. Purata harga bagi rawatan laser untuk kulat kuku di pasaran adalah antara RM 100 sehingga  RM 1,500. Memandangkan rawatan laser untuk kulat kuku memberikan kesan yang memberangsangkan berbanding kaedah rawatan lain, rawatan laser ini mendapat permintaan yang tinggi dan merupakan antara kaedah yang paling efektif dalam menghapuskan jangkitan kulat kuku.

Di Klinik Premier, harga bagi rawatan laser untuk kulat kuku terbahagi kepada dua jenis iaitu RM 100/ kuku jari dan RM 150 ke atas bagi kuku ibu jari kaki. Bagi rawatan jenis ini, sangat berbaloi bagi anda untuk membandingkan harga dan perancangan rawatan yang disediakan. Walau bagaimanapun, sebelum anda melalui proses rawatan, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dan diagnosis daripada doktor terlebih dahulu.  Kami menyediakan doktor-doktor yang berkemahiran tinggi yang telah dilatih secara profesional oleh pakar untuk mengendalikan mesin laser yang terlibat dan juga kes-kes perubatan.

Nail Fungal Infection Laser

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Klinik Premier menawarkan program yang membolehkan masa rawatan dipendekkan. Doktor akan menipiskan jangkitan kulat dengan menggunakan pisau bedah. Kaedah ini akan mengurangkan masa rawatan kerana bahagian yang perlu dilaser telah dikurangkan. Jangan cuba kaedah ini sendiri di rumah kerana kaedah ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang berkemahiran tinggi bagi mengelakkan kecederaan atau menyebabkan jangkitan lebih serius sekiranya tidak dilakukan dengan betul.

Bagi membantu menghilangkan risau anda atau untuk maklumat lanjut mengenai RAWATAN LASER UNTUK KULAT KUKU, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami untuk menempah sesi RUNDINGAN dengan doktor kami.

Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji.  Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2094 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Laser untuk Kulat Kuku

Before & After Nail Fungal Infection Laser
Before & After Nail Fungal Infection Laser
Before & After Nail Fungal Infection Laser

Frequently Asked Questions

Berapa lamakah rawatan ini mengambil masa?

Secara purata, setiap sesi bagi rawatan kedua-dua belah kaki memakan masa sehingga 30 minit. Sebanyak 4 kitaran rawatan yang diperlukan dengan selang setiap 2 minggu.

Adakah rawatan ini menyakitkan?

Rawatan laser kulat kuku hampir tidak langsung menyakitkan anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan dan sedikit rasa suam di bahagian yang dilaser. Anda boleh meminta doktor untuk menghentikan sekejap rawatan sekiranya anda berasa sangat tidak selesa.

Adakah rawatan ini sesuai untuk semua orang?

Rawatan ini sesuai untuk lelaki dan perempuan kecuali:
· Ibu hamil
· Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
· Pesakit kencing manis
· Pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/fungal-nail-infection-treatment#1
  • https://www.washingtonpost.com/national/health/new-laser-treatment-takes-aim-at-toenail-fungus/2011/05/19/gIQAHTdK9H_story.html?noredirect=on&utm_term=.5972c5ae9e6e
  • https://www.beauchampfootcare.com/blog/the-benefits-of-toenail-fungus-laser-treatment-are-something-to-talk-about/
  • https://www.verywellhealth.com/laser-treatment-of-toenail-fungus-1337803

About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    1
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat