Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Rawatan Bioidentical Hormone Replacement Therapy (BIHRT)

Rawatan Bioidentical Hormone Replacement Therapy (BIHRT)

  • Apa Itu Rawatan BIHRT
  • Cara BIHRT berfungsi
  • Kebaikan BIHRT
  • Procedure videos
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan BIHRT
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa Itu Rawatan BIHRT
  • Cara BIHRT berfungsi
  • Kebaikan BIHRT
  • Procedure videos
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Langkah penjagaan semasa rawatan
  • Kesan sampingan BIHRT
  • Tempoh masa pemulihan rawatan
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu rawatan Bioidentical Hormone Replacement Therapy

Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormone Replacement Therapy (BIHRT) atau terapi peggantian hormon ini merupakan rawatan untuk membantu menambahkan hormon di dalam tubuh badan agar ia berfungsi dengan baik. Semakin badan kita berusia, semakin banyak keupayaan tubuh badan yang akan hilang termasuklah keupayaan untuk menghasilkan hormon yang diperlukan untuk kekal muda, terutama bagi individu yang berusia lebih daripada 30 tahun.

Sesetengah individu dapat merasai mereka tidak lagi muda seperti dahulu, dan menunjukkan simptom-simptom seperti keletihan dan juga tidur yang kurang berkualiti. Hal ini disebabkan oleh jumlah hormon di dalam badan hilang dengan lebih cepat daripada biasa akibat proses penuaan; masalah tekanan akibat gaya hidup yang kurang sihat, membuatkan seseorang itu merasa dirinya sangat tua. Selain penuaan, rawatan HRT juga mampu merawat simptom-simptom yang terjadi akibat menopaus.

Cara Rawatan Bioidentical Hormones Replacement Therapy berfungsi?

Rawatan HRT bertindak dengan meningkatkan jumlah hormon di dalam badan dan menambah tenaga, didalam masa yang sama membantu tubuh badan mendapatkan semula penampilan muda dan banyak lagi. Salah satu aspek rawatan hormon adalah “bioidentical” atau sama secara biologi; tidak menggunakan hormon sintetik dan hanya menggunakan hormon sama seperti yang dihasilkan oleh badan. Proses rawatan ini diyakini selamat dan tidak akan ditolak oleh badan. Rawatan hormon tidak mendatangkan kesan sampingan kerana ia hanya meremajakan semula tubuh badan, pada tahap fizikal dan mental.

HOW DOES THE BIOIDENTICAL HORMONES REPLACEMENT THERAPY WORK  

Kebaikan Rawatan Bioidentical Hormones Replacement Therapy

BIHRT biasanya digunakan untuk meringankan simptom-simptom menopaus. Antara kebaikan rawatan hormon ini adalah:

  • Meredakan keradangan dan berpeluh pada waktu malam
  • Memulihkan masalah faraj kering dan gatal
  • Memperbaiki kualiti tidur
  • Mengurangkan rasa perut kembung, keletihan dan rambut nipis
  • Menaikkan nafsu syahwat
  • Mencegah osteoporosis

Benefits of Bioidentical Hormones Replacement Therapy  Benefits of Bioidentical Hormones Replacement Therapy

Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell  Benefits of Celebre Placenta & Stem Cell

Watch How the Procedure is Done

Play Video
×

APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIATASI?

Penuaan merupakan salah satu fasa kompleks dalam peningkatan usia. Manusia akan mengalami perubahan dari segi fizikal, psikologikal dan sosial. Apabila sel badan berusia, ia akan rosak secara perlahan-lahan dan akhirnya mati. Penuaan mengakibatkan proses metabolisme badan menjadi perlahan, lalu mengakibatkan badan berfungsi dengan perlahan juga. Fungsi anggota badan yang lain seperti degupan jantung, buah pinggang, keanjalan kulit, fungsi otak dan tulang juga semakin perlahan akibat proses penuaan.

Masalah hormon tidak seimbang dihadapi oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Hal ini disebabkan oleh kadar hormon di dalam saluran darah yang terlalu sedikit atau terlalu banyak, mengakibatkan beberapa kesan sampingan terhadap seluruh badan. Wanita mungkin mengalami masalah ketidakseimbangan estrogen dan progesterone manakala lelaki pula akan mengalami masalah jumlah testosterone tidak seimbang.

Langkah Penjagaan Rawatan Bioidentical Hormone Replacement Therapy

Sama seperti memiliki masalah hormon sedikit, rawatan yang tidak dikendalikan oleh profesional adalah amat berisiko untuk anda mendapat jumlah hormon yang berlebihan lalu mengakibatkan kesan-kesan sampingan seperti penambahan berat badan, sakit kepala dan banyak lagi. Anda harus sentiasa mematuhi arahan doktor bagi mendapatkan hasil rawatan yang optimum.

PRECAUTIONS OF DOING BIOIDENTICAL HORMONE REPLACEMENT THERAPY  PRECAUTIONS OF DOING BIOIDENTICAL HORMONE REPLACEMENT THERAPY

Kesan Sampingan Rawatan Bioidentical Hormone Replacement Therapy

Terapi penggantian hormon ini telah diluluskan oleh pihak FDA dan dijamin selamat untuk digunakan bagi merawat ketidakseimbangan hormon bagi wanita dan lelaki. Pesakit mungkin akan mengalami sedikit kesan sampingan selepas menerima dos yang pertama kerana badan masih belum biasa dengan hormon yang baru. Jumlah dos yang diberikan bergantung kepada tindak balas tubuh badan. Di antara kesan-kesan sampingan yang bakal berlaku semasa tempoh penyesuaian hormon adalah:

  • Penambahan berat badan
  • Keletihan
  • Jerawat
  • Meningkatkan penumbuhan bulu muka kepada wanita
  • Sakit kepala
  • Tompokan
  • Kekejangan
  • Perut kembung
  • Perubahan emosi atau kemurungan
  • Sembelit
  • Mata kabur

Sila berjumpa dengan doktor sekiranya kesan-kesan sampingan ini sudah tidak dapat dibendung dan berlarutan.

Side-effects of Bioidentical Hormone Replacement Therapy  Side-effects of Bioidentical Hormone Replacement Therapy

Tempoh Pemuluhan Rawatan Bioidentical Hormone Replacement Therapy

Anda perlu merujuk kepada doktor yang bertauliah  terlebih dahulu sebelum menjalani rawatan ini. Terdapat banyak krim dan pil yang boleh didapati untuk membantu menambah hormon di dalam badan, membuktikan bahawa prosedur ini sangat ringkas, tidak melibatkan pembedahan atau prosedur rumit lain. Namun begitu, ianya bergantung kepada situasi anda, kemungkinan anda akan diberi suppository atau suntikan bergantung kepada nasihat doktor.

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Permintaan yang tinggi di pasaran bagi rawatan hormon yang berharga RM 500/ sesi hingga RM3,000/ sesi telah mendapat perhatian organisasi perubatan. Terdapat banyak premis yang menjual produk campuran dan mendakwa ianya sebagai rawatan hormon. Kebanyakan daripada produk itu tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Disebabkan oleh harga rendah yang ditawarkan oleh pembekal, kualiti, keaslian dan keselamatan produk itu dipandang ringan.

Di Premier Clinic, anggaran kos rawatan bioidentical hormones therapy bermula daripada RM2,000/ sesi  dan ke atas. Doktor-doktor kami adalah profesional dan hanya menggunakan rawatan hormon yang diluluskan oleh FDA dimana terbukti selamat untuk mengelakkan masalah atau risiko berlaku sepanjang rawatan. Kami berusaha untuk membantu pesakit memperbaiki kualiti hidup mereka,  menggalakkan kehidupan yang sihat dan sejahtera disamping mencegah risiko penyakit kronik.

DI MANA LOKASI PERKHIDMATAN RAWATAN INI?

Untuk maklumat lanjut menegenai rawatan BIOIDENTICAL HORMONES REPLACEMENT THERAPY, doktor kami menawarkan sesi KONSULTASI perubatan. Pegawai khidmat pelanggan kami beroperasi setiap hari bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam untuk menjawab segala pertanyaan atau membuat temu janj konsultasi.

Anda boleh mengunjungi lokasi klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong, dan KL City untuk membuat temu janji. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut berkaitan rawatan bioidentical hormones replacement therapy:

Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B. Melayu/ B. Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Rawatan Bioidentical Hormones Replacement Therapy

Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormones Replacement Therapy
Bioidentical Hormones Replacement Therapy

Frequently Asked Questions

Apakah punca hormon tidak seimbang?

Bagi wanita, hormon tidak seimbang boleh mengakibatkan irritasi, emosi yang tidak stabil dan perut kembung. Simptom-simptom ini adalah biasa berlaku ketika haid (akil baligh), kehamilan, menyusu atau menopaus. Apabila kelenjar endokrin tidak berfungsi dengan baik, ketidakseimbangan hormon akan berlaku. Kelenjar endokrin berfungsi untuk menghasilkan, menyimpan, dan melepaskan hormon ke dalam darah.

Bagi lelaki pula, hormon tidak seimbang berlaku disebabkan oleh akil baligh dan penuaan. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor kesihatan seperti kanser prostat atau hypogonadism. Lelaki lebih berisiko untuk mengalami hormon tidak seimbang yang berbeza daripada wanita kerana perbezaan cycles dan organ endokrin.

Berapakah umur yang sesuai untuk menjalani rawatan Bioidentical Hormones Replacement Therapy?

Orang akan mula memeriksa hormon mereka pada umur 40 tahun. Pada usia ini, wanita akan mula mengalami simptom pre-menopaus yang merupakan pencetus kepada mereka untuk mencegah penyakit.

Mengapa lelaki memerlukan penggantian testosteron?

Sama seperti wanita, lelaki mula menghasilkan jumlah hormon testosteron yang sedikit akibat penuaan. Testosteron memainkan peranan penting untuk lelaki mengekalkan fokus mental, tenaga, metabolisme, otot dan dorongan seks.

Adakah terapi hormon dapat membantu mengatasi tekanan?

Tekanan merupakan perkara biasa yang berlaku disebabkan oleh hormon tidak seimbang. Rawatan hormon mampu mengurangkan tahap tekanan dan meningkatkan perasaan bahagia. Tekanan yang melampau mengakibatkan kesan buruk seperti tekanan darah tinggi, arrhythmia, saluran darah tersumbat dan atherosclerosis.

Adakah saya perlu melakukan ujian darah?

Ya. Sebelum menjalani rawatan terapi hormon, doktor memerlukan keputusan ujian darah bagi memeriksa tahap hormon anda adalah seimbang. Jumlah dos yang diperlukan untuk campuran biodidentical hormon sangat bergantung pada tahap hormon anda.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/321486.php
  • https://lifetimehealthcenter.com/hormone-therapy.php
  • https://www.healthline.com/health/bioidentical-hormone-replacement-therapy#takeaway
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/319465.php
  • https://www.webmd.com/menopause/hrt-risks-benefits#1
  • https://www.medicalnewstoday.com/articles/319465.php
  • https://www.womens-health-concern.org/help-and-advice/factsheets/hrt-know-benefits-risks/

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat