Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
PrEP: Ubat Anti-HIV

PrEP: Ubat Anti-HIV

  • Apa itu PrEP
  • Bagaimana PrEP berfungsi
  • Manfaat PrEP
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Kesan sampingan PrEP
  • Jangkaan tempoh kesan rawatan PrEP
  • Kos rawatan PrEP
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
Jump To ...
  • Apa itu PrEP
  • Bagaimana PrEP berfungsi
  • Manfaat PrEP
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Kesan sampingan PrEP
  • Jangkaan tempoh kesan rawatan PrEP
  • Kos rawatan PrEP
  • Lokasi perkhidmatan rawatan

Apakah itu PrEP HIV?

PrEP: Anti-HIV Medication

Profilaksis Pra-Pendedahan (PrEP) adalah ubat pencegahan HIV bagi seseorang yang tidak mengidap HIV namun pada masa yang sama mereka terdedah kepada risiko yang sangat tinggi untuk menjangkitinya. Maka ubat ini bertujuan untuk mencegah golongan ini daripada terkena jangkitan HIV. Pil ini perlu diambil setiap hari, dimana ia terdiri daripada dua jenis iaitu, Tenofovir dan Emtricitabine, yang merupakan ubat antiretroviral yang digunakan untuk mengubati HIV. Apabila PrEP diambil seperti yang disarankan dan seseorang itu terdedah kepada HIV melalui seks atau penggunaan ubat suntikan, ia dapat mengurangkan risiko terkena HIV.

PrEP adalah pil pencegahan HIV yang berkesan. Hasil kajian menunjukkan bahawa PrEP mengurangkan risiko jangkitan HIV seseorang apabila mereka terdedah kepada HIV tanpa mengalami kesan sampingan yang besar. Sekiranya seseorang itu mengambil pil ini seperti yang ditetapkan, perlindungan yang diberikan oleh PrEP daripada mendapat HIV hasil hubungan seks adalah lebih daripada 90%. Apabila langkah pencegahan seperti pengambilan PrEP digabungkan dengan penggunaan kondom dan kaedah pencegahan lain, risiko anda untuk mendapat HIV dari hubungan seks akan berkurangan.

PrEP: Anti-HIV Medication  PrEP: Anti-HIV Medication

Bagaimana PrEP HIV berfungi?

Buat masa ini, PrEP tersedia dalam bentuk pil, untuk diambil sekali sehari. Jenama ubat anti-HIV yang terdapat di pasaran adalah Truvada, Tenof-EM dan Tenvir-EM.

Anda disarankan untuk menjalani ujian HIV secara rutin, dan penggunaan kondom sangat digalakkan. Ini kerana PrEP tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan penyakit kelamin yang lain (STI) seperti gonorea, sifilis dan klamidia. Kebiasaannya, temujanji susulan bersama doktor dijalankan sebulan selepas anda mengambil rawatan ini, seterusnya anda akan mengikuti temujanji doktor pada tiga bulan berikutnya, dan kemudian temujanji terakhir pada enam bulan seterusnya.

PrEP: Anti-HIV Medication  PrEP: Anti-HIV Medication

Manfaat PrEP HIV

Rawatan anti-HIV ini digalakkan untuk digunakan oleh individu yang tidak mempunyai HIV tetapi mereka terdedah kepada risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti samaada berpunca dari seks atau penggunaan ubat suntikan. PrEP juga disyorkan untuk individu yang tidak menghidapi HIV namun sedang dalam hubungan seksual dengan pasangan yang merupakan HIV-positif.

PrEP: Anti-HIV Medication  PrEP: Anti-HIV Medication

Secara ringkasnya, PrEP disyorkan untuk sesiapa sahaja yang:

  • Tidak menjalin hubungan * monogami * dengan pasangan yang disahkan HIV-negatif, dan
  • Seorang lelaki gay atau biseksual yang melakukan persetubuhan anal tanpa menggunakan kondom atau didiagnosis menghidap STD dalam 6 bulan terakhir, atau lelaki atau wanita heteroseksual yang jarang menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks dengan pasangan yang tidak diketahui status HIVnya serta mereka yang cukup besar risiko jangkitan HIV (contohnya, mereka yang mengambil dadah atau wanita yang mempunyai pasangan lelaki biseksual).

Ubat HIV ini juga disyorkan untuk mereka yang telah menyuntik ubat dalam 6 bulan terakhir dan berkongsi jarum atau kerja bersama, atau telah menjalani rawatan dalam masa 6 bulan terakhir.

* Hubungan monogami bermaksud bahawa anda dan pasangan anda hanya melakukan hubungan seks antara satu sama lain dan tidak melakukan hubungan seks di luar hubungan.

PEP: HIV Treatment Medication  PrEP: Anti-HIV Medication  PEP: HIV Treatment Medication

Masalah Yang Boleh Dibantu

HIV

Virus imunodefisiensi manusia (HIV) adalah virus yang menyerang sistem imun yang melindungi tubuh kita daripada penyakit. Virus ini mencari dan memusnahkan sel T-helper, yang merupakan sejenis sel darah putih yang juga dikenal sebagai sel CD4. Kemudian, virus akan berganda di dalam sel-sel ini.

HIV secara progresif memusnahkan banyak sel T-helper dan berganda menjadi lebih banyak, menyebabkan sistem kekebalan tubuh individu yang mengalaminya secara beransur-ansur rosak. Lama kelamaan, seseorang yang hidup dengan HIV, dalam masa yang sama tidak menerima rawatan, akan menjadi semakin lemah, mudah jatuh sakit, dan memerlukan masa yang lebih lama untuk pulih.

Tahap keseriusan penyakit HIV dan jangka masa kesannya terhadap seseorang bergantung pada usia, kesihatan dan latar belakang penghidapnya. Kebiasaannya, ia mungkin memerlukan tempoh masa antara 10 – 15 tahun untuk sistem kekebalan tubuh menjadi sangat parah sehingga tidak lagi dapat mempertahankan diri, jika HIV tidak dirawat.

PrEP: Anti-HIV Medication

Kesan Sampingan PrEP HIV

Jangkaan kesan sampingan minimal penggunaan pil pencegahan HIV ini termasuk loya, sakit kepala dan penurunan berat badan. Manakla jangkaan kesan sampingan yang ketara, di mana ia jarang sekali berlaku, adalah kesan kepada buah pinggang dan kesan kepada kepadatan tulang.

Namun, menurut sumber Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit, tidak ada kesan kesihatan yang signifikan kepada individu yang merupakan HIV-negatif dan telah mengambil PrEP sehingga 5 tahun.

Jangakaan Tempoh Kesan Rawatan PrEP HIV

Tidak ada jangkaan tempoh kesan rawatan yang berkaitan dengan prosedur ini kerana pesakit dapat melakukan kegiatan sehari-hari sebaik sahaja mengambil ubat.

Kintaro Stem Cell Therapy  PrEP: Anti-HIV Medication

Kos Rawatan PrEP HIV

Harga untuk bekalan PrEP selama 30 hari adalah sekitar RM 350 bagi setiap ubat. Pesakit akan diberi 30 tablet ubat yang perlu dimakan setiap hari.adalah penting untuk mengambil ubat PrEP setiap hari agar ia berfungsi dengan berkesan serta memberi anda perlindungan.

Pesakit hanya boleh mendapatkan PrEP di kaunter dengan preskripsi doktor. Doktor kami di Premier Clinic bertauliah untuk menetapkan pemberian ubat tersebut. Namun, mereka harus melakukan pemeriksaan HIV terhadap anda terlebih dahulu dan memastikan anda adalah HIV negatif. Rundingan yang lengkap dan terperinci bersama doktor merupakan langkah terbaik bagi anda sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

PrEP: Anti-HIV Medication

Di Manakah Lokasi Perkhidmatan Rawatan Ini?

Sebelum mengambil rawatan PrEP, anda hendaklah datang ke klinik terlebih dahulu untuk menjalani sesi rundingan kesihatan serta menjalani beberapa ujian, yang merangkumi ujian HIV, pemeriksaan STD dan ujian fungsi buah pinggang.

Kami boleh hubungi kami di talian + 60-12-662 5552 (Bahasa Melayu / Inggeris) / + 6012-773 2074 (berbahasa Cina) atau applikasi WhatsApp https://wa.me/60126625552 untuk membuat temujanji bersama doktor kami yang berpengalaman. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada kami di contactus@premier-clinic.com.

Doktor kami tidak akan membuat penilaian atau menghakimi seksualiti anda, bahkan mereka memberi khidmat yang terbaik untuk anda dan melindungi kerahsiaan anda.

Frequently Asked Questions

Adakah PEP penawar HIV?

Tidak ada penawar untuk HIV. Rawatan PEP hanya dapat membantu menghentikan kadar kebolehan jangkitan HIV jika diambil seawal & sebaik sahaja HIV menjangkiti ke dalam tubuh, sebelum infeksi itu menular. – iaitu dalam tempoh 72 jam pertama (3 hari).

Berapa kerap seseorang boleh mengambil PEP?

Hanya doktor boleh memutuskan sama ada rawatan PEP ini sesuai untuk mana-mana individu dimana mereka mungkin tidak akan memberikan ubat yang kuat kesannya ini kepada individu yang sama dari semasa ke semasa.
Oleh itu, amat disarankan kepada individu yang terus melakukan hubungan seks yang tidak selamat agar mendapatkan nasihat serta bantuan agar melakukan hubungan seks yang lebih selamat dan tidak akan diberi PEP berulang kali. Selain itu, kesan sampingan dari rawatan ini akan membuat seseorang itu tidak mahu mengambil PEP lebih dari sekali.

Adakah PrEP selamat?

Tidak ada kesan yang ketara kepada kesihatan seseorang yang merupakan HIV-negatif dan mengambil PrEP sehingga 5 tahun. Pesakit mungkin mengalami beberapa kesan sampingan yang sedikit seperti loya, tetapi kesan sampingan ini akan berkurangan dari masa ke masa.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.health.ny.gov/diseases/aids/general/prep/faqs.htm#five
  • https://www.iwantprepnow.co.uk/about/
  • http://www.tradesexualhealth.com/sexual-health/pep-prep.html
  • https://www.cdc.gov/hiv/risk/prep/index.html
  • http://theconversation.com/treatment-as-prevention-the-facts-behind-prep-34397
  • https://www.hiv.va.gov/pdf/prep-faqs.pdf

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat