Rawatan mikro-needling dan radiofrekuensi (RF) secara amnya merupakan teknik yang berkesan untuk meremajakan kulit. Selain membantu menegangkan kulit secara semula jadi serta mengurangkan kedutan dan garis halus, rawatan ini juga efektif untuk mengatasi masalah bintik hitam, bintik penuaan, dan hiperpigmentasi.
Namun, apa yang berlaku jika semua prosedur luar biasa ini digabungkan sekali? Pastinya, masa pemulihan lebih singkat dan hasil yang lebih memberangsangkan!
Potenza™ RF Micro-needling ialah rawatan baharu untuk menegangkan dan meremajakan kulit yang man kini ditawarkan di Premier Clinic. Rawatan ini telah lama dikenali di peringkat antarabangsa dan sering menjadi pilihan selebriti terkenal seperti Kim Kardashian. Ia sangat berkesan untuk melawan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, hiperpigmentasi, bintik matahari, atau kerosakan akibat cahaya matahari.
Dalam teknologi mikro-needling, Potenza™ RF Micro-needling merupakan Gold-standard baharu.
Potenza™ RF Micro-needling ialah rawatan wajah yang menggabungkan teknologi mikro-needling dan radiofrekuensi secara serentak untuk memberikan kesan penegangan berganda. Jarum ultra-halus bersama tenaga radiofrekuensi mencipta tusukan jarum mikro pada lapisan atas kulit.
Teknik ini akan mencetuskan proses pembaikan semula jadi kulit dengan menghasilkan lebih banyak kolagen. Limpahan penghasilan kolagen ini membantu menegangkan kulit kendur serta mengurangkan kedutan dan garis halus.
Dalam masa yang sama, rawatan ini akan menyebabkan lapisan luar kulit mengelupas, dimana secara tidak langsung mengurangkan hiperpigmentasi, kulit kusam, atau tona kulit tidak sekata.
Potenza™ RF Micro-needling meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin yang lebih baik, memberikan kulit yang lebih licin dan cerah dalam jangka masa yang lebih pendek.
Rawatan ini boleh dilakukan pada semua jenis kulit dan mana-mana bahagian anggota badan, termasuk kawasan yang lebih besar seperti perut atau paha.
Potenza™ RF Micro-needling menjadi pilihan ramai selebriti dan peminat rawatan estetik kerana manfaatnya dan hasil rawatan yang meberangsangkan. Selain menegangkan kulit, rawatan ini juga membantu menghilangkan cela kulit seperti pigmentasi, bintik hitam, dan kerosakan akibat matahari.
Kolagen dan elastin adalah komponen utama yang menyokong tisu kulit untuk mengekalkan keanjalan. Seiring usia, kedua-dua komponen ini berkurangan, menyebabkan kulit kendur dan berkedut. Potenza™ RF Micro-needling merangsang penghasilan kolagen dan elastin baharu untuk menghasilkan kulit yang lebih tegang dan anjal, seterusnya menghilangkan kedutan dan garis halus.
Bintik hitam, melasma, hiperpigmentasi, dan bintik penuaan terhasil daripada lebihan melanin dalam sel kulit. Lama-kelamaan, sel-sel ini berkumpul dan membentuk tompokan gelap yang kelihatan pada mata kasar.
Potenza™ RF Micro-needling mencipta tusukan mikro pada kulit untuk mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit. Ini akan menyebabkan lapisan atas kulit mengelupas, memudarkan hiperpigmentasi, bintik hitam, atau bintik penuaan.
Stretch mark sering berlaku pada individu yang mengalami peningkatan berat badan mendadak, seperti wanita hamil atau mereka yang baru menambah berat badan. Kulit yang meregang ini menonjolkan lapisan kulit gelap di bawahnya.
Potenza™ RF Micro-needling meningkatkan penghasilan kolagen di kawasan ini, membantu menegangkan semula kulit ke keadaan asalnya. Hasil yang lebih baik boleh dicapai jika rawatan ini digabungkan dengan filler atau subcision.
Kening dan kelopak mata melendut adalah salah satu tanda penuaan kulit akibat kekurangan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit. Graviti juga menarik kulit ke bawah, menghasilkan rupa kening yang melendut.
Potenza™ RF Micro-needling boleh dilakukan di bahagian lengkungan kening untuk meningkatkan keanjalan kulit, seterusnya menaikkan kening
Leher berlipat berlaku apabila kulit di sekitar leher kendur, menghasilkan kedutan dan lipatan. Risiko keadaan ini meningkat seiring usia, tetapi ia juga boleh berlaku pada individu muda kerana faktor genetik.
Potenza™ RF Micro-needling merangsang penghasilan kolagen di kawasan ini. Bergantung pada keadaan anda, mungkin diperlukan lebih daripada satu sesi untuk melihat hasilnya.
Kedutan di dada sering berlaku kerana kehilangan isipadu atau kita sebut ‘volume’ dan lipatan berulang, terutamanya semasa tidur. Untuk mengatasi masalah ini, pakar sering mengesyorkan mengelakkan pendedahan matahari secara berterusan dan melembapkan kulit secara kerap.
Potenza™ RF Micro-needling membantu menegangkan kulit di kawasan ini, mengurangkan kedutan pada bahagian dada.
Antara kelebihan tambahan Potenza™ RF Micro-needling:
Potenza™ RF Micro-needling dengan teknologi radiofrekuensi dapat membantu individu yang mengalami masalah berikut:
Potenza™ RF Micro-needling adalah prosedur yang selamat dan telah diluluskan oleh FDA. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang keberkesanan dan keselamatan prosedur ini.
Prosedur micro-needling dengan radiofrekuensi ini mungkin menyebabkan kemerahan pada kulit selama 1-2 hari sahaja. Selepas itu, kulit anda mungkin mengalami pengelupasan, yang merupakan perkara biasa kerana kulit baharu yang sihat sedang berkembang di bawahnya.
Secara umumnya, pesakit kami hanya memerlukan 1-2 hari untuk pulih sepenuhnya daripada prosedur ini.
Memandangkan Potenza™ RF Micro-needling adalah prosedur yang diluluskan oleh FDA kerana keselamatan dan keberkesanannya, hanya terdapat sedikit sahaja kesan sampingan yang perlu anda risaukan. Jangan bimbang, tiada kesan sampingan ini yang mengancam nyawa.
Seperti rawatan micro-needling yang lain, anda mungkin mengalami kemerahan dan mikro koyakan pada kulit (pada bahagian dalam kulit) selepas prosedur. Kesan ini biasanya akan kelihatan dalam tempoh 12–24 jam selepas prosedur, dan ia adalah perkara yang normal.
Potenza™ RF Micro-needling hampir tidak memerlukan masa pemulihan. Kulit anda mungkin kelihatan mengelupas dan kemerahan selama 1-2 hari, tetapi anda masih boleh menjalani rutin harian seperti biasa.
Premier Clinic adalah klinik pertama di Malaysia yang menawarkan Potenza™ RF Micro-needling. Di Amerika Syarikat, prosedur Potenza™ biasanya berharga sekitar USD 800 – 1500 setiap sesi.
Di Premier Clinic, satu sesi Potenza™ RF Micro-needling berharga RM4500 (ala carte). Anda juga boleh mendapatkan harga pakej selepas berbincang dengan doktor kami. Yuran konsultasi adalah RM50, namun akan dikecualikan jika anda mengambil sebarang rawatan.
Premier Clinic kini merupakan satu-satunya klinik estetik di Malaysia yang menawarkan rawatan Potenza™ RF Micro-needling. Jika anda berminat, sila hubungi kami atau hantarkan mesej Whatsapp.
Kami sentiasa bersedia setiap hari dari jam 8 pagi hingga 12 malam. Anda boleh menghubungi kami melalui Whatsapp (012-662-5552 – Bahasa Melayu/Inggeris)(012-773-2074 – Bahasa Cina) atau melalui emel di (contactus@premier-clinic.com). Hubungi kami hari ini untuk menetapkan sesi konsultasi anda. Kami menantikan panggilan daripada anda!
Potenza™ RF Micro-needling adalah prosedur yang sangat selamat. Prosedur ini telah dijalankan ribuan kali di seluruh dunia. Doktor di Premier Clinic telah melakukan prosedur ini berkali-kali sebelum melakukannya pada pesakit sebenar.
Anda mungkin dapat melihat perubahan pada kawasan rawatan 2 minggu selepas prosedur. Walau bagaimanapun, penambahbaikan akan berterusan dalam tempoh kira-kira 3 - 6 bulan. Doktor kami akan memeriksa keadaan anda dengan lebih teliti dan memberi nasihat tentang berapa banyak sesi yang anda perlukan atau berapa lama masa yang diperlukan untuk melihat hasil bergantung pada keadaan anda.
Potenza™ RF Micro-needling boleh dilakukan pada mana-mana bahagian badan seperti muka, leher, kawasan dada (payudara), peha, atau punggung. Selain untuk mengetatkan kulit, ia juga boleh menyelesaikan masalah lain seperti kesan regangan.
Tidak, anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan Potenza™ yang akan menjejaskan organ dalaman anda. Ia adalah prosedur yang sepenuhnya selamat, dan perbezaan yang dapat dilihat hanya pada lapisan kulit.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos