Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu 中文
  • Bahasa Melayu English
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
PEP – Rawatan Perubatan HIV

PEP – Rawatan Perubatan HIV

  • Apa itu PEP
  • Cara PEP berfungsi
  • Kebaikan PEP
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Langkah penjagaan menggunakan PEP
  • Kesan sampingan PEP
  • Tempoh masa penyembuhan PEP
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
Jump To ...
  • Apa itu PEP
  • Cara PEP berfungsi
  • Kebaikan PEP
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Langkah penjagaan menggunakan PEP
  • Kesan sampingan PEP
  • Tempoh masa penyembuhan PEP
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan

APA ITU PEP UNTUK HIV?

PEP: HIV Treatment Medication

PEP, atau post-exposure prophylaxis HIV merupakan langkah pengambilan ubat antiretroviral (ART) selepas terdedah kepada HIV, bertujuan untuk menghalang daripada jangkitan virus daripada merebak.

Rawatan HIV antiretroviral atau ART adalah sejenis dadah yang digunakan bagi melawan virus HIV. Penghidap HIV yang mendapatkan rawatan HIV ini dapat menjalani kehidupan normal tanpa HIV mempengaruhi kehidupan mereka. Rawatan ini bukanlah penawar HIV namun ianya mampu mengawal penularan virus HIV dengan berkesan. Pengambilan ART pada peringkat awal bukan sahaja dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus tersebut malah bertindak sebagai perlindungan tambahan bagi antibodi anda melawan penyakit ini.

PEP: HIV Treatment Medication  PEP: HIV Treatment Medication

BAGAIMANA PEP BERFUNGSI?

Ubat PEP perlu diambil sebaik sahaja anda terdedah kepada risiko HIV. Ia mesti diambil dalam tempoh masa 72 jam. Anda bolehlah mengambil PEP sekiranya anda tidak mengamalkan pengambilan PrEP sebelum ini.

PEP boleh mula diambil sekiranya status HIV anda adalah negatif atau tidak diketahui dalam tempoh 72 jam terakhir.

  • Pernah menjalin hubungan dengan penghidap HIV?
  • Pernah berkongsi jarum dengan pesakit HIV atau seseorang yang tidak diketahui statusnya?
  • Anda mangsa serangan seksual atau pernah melalui pemindahan darah haram?

PEP adalah rawatan berkesan untuk menghalang jangkitan HIV apabila ia diambil dengan betul, namun ianya bukanlah 100%. Lebih cepat anda mengambil rawatan PEP selepas terdedah kepada risiko HIV, lebih baik.

KEBAIKAN PEP

Rawatan PEP menggabungkan dua jenis tablet iaitu TENVIR-EM dan EFAVIR. Tenvir-EM berfungsi meningkatkan ketahanan imuniti melawan virus, manakala Efavir menghalang virus daripada membiak di dalam badan. Tenvir-EM mengandungi Emtricitabine dan Tenofovir disoproxil fumarate (Tenofovir DF), dan Efavir pula mengandungi Efavirenz bagi mengawal jangkitan virus HIV.

Risiko jangkitan HIV kepada orang lain adalah sangat rendah sekiranya anda sudah menjalani rawatan PEP atau rawatan alternatif HIV ini.

PEP: HIV Treatment Medication  PEP: HIV Treatment Medication  PEP: HIV Treatment Medication

APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIATASI?

HIV

Human immunodeficiency virus (HIV) adalah sejenis virus yang menyerang ketahanan sistem imun badan manusia yang melindungi diri kita daripada pelbagai penyakit. Virus ini memusnahkan sel T-helper, iaitu sejenis sel darah putih yang juga dikenali sebagai sel CD4. Virus ini kemudiannya akan membiak didalam sel-sel ini.

HIV akan terus memusnahkan lebih banyak sel-sel T-helper dan merosakkan ketahanan sistem imun seseorang itu secara perlahan-lahan. Penghidap HIV yang tidak mendapatkan rawatan HIV ini akan menjadi lemah, mudah jatuh sakit dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Seteruk mana HIV memberi kesan kepada seseorang individu adalah bergantung kepada faktor usia, kesihatan dan latar belakang. Pada kebiasannya ia mengambil masa di antara 10 – 15 tahun untuk sistem immun badan menjadi semakin teruk dan tidak mampu bertahan dengan sendirinya andai HIV tidak dirawat.

Pesakit yang merasakan dirinya telah terdedah kepada jangkitan HIV kebiasanya akan memulakan rawatan pencegahan PEP HIV atau ubat HIV positif dalam tempoh 72 jam. Ini adalah kerana rawatan tersebut tidak lagi berkesan selepas tamat tempoh tersebut. Rawatan pencegahan PEP HIV menggunakan kaedah perubatan yang sama untuk merawat virus HIV.

PEP: HIV Treatment Medication

APA YANG PERLU SAYA TAHU SEBELUM MENJALANI RAWATAN PEP

Pesakit di nasihatkan untuk sentiasa menggunakan kaedah pencegahan HIV lain seperti penggunaan kondom, dan hanya menggunakan jarum suntikan baru setiap kali melakukan proses suntikan.

KESAN SAMPINGAN PEP

Ubat PEP umum diketahui memberi kesan kepada sesetengah orang seperti mual, cirit-birit dan keletihan. Namun ianya hanyalah gejala ringan dan boleh dirawat. Tidak ada kesan sampingan lain dilaporkan selain daripada yang disebut.

TEMPOH MASA PENYEMBUHAN PEP

Tiada masa penyembuhan diperlukan untuk ubat ini. Pesakit boleh menjalani kehidupan harian seperti biasa selepas mengambil ubat ini. Walaubagaimanapun, ubat ini boleh memberi kesan sampingan yang ringan. Kebiasaannya ia bukan untuk tempoh masa yang panjang.

PEP: HIV Treatment Medication  PEP: HIV Treatment Medication

BERAPAKAH HARGA UNTUK RAWATAN PEP

PEP adalah program pengambilan ubat atau rawatan HIV malaysia selepas anda berisiko terdedah kepada jangkitan HIV. Ianya amat digalakkan untuk diambil secepat mungkin selepas risiko kepada pendedahan. PEP dianggarkan berharga antara RM 1,800 hingga RM 3,000. Anda dinasihatkan untuk mengambil setiap dos ubat PEP atau penawar HIV ini untuk hasil yang memuaskan.

Di Premier Clinic, setiap pembelian PEP mengandungi 2 preskripsi ubat. Ianya berharga RM2,100. Kedua-dua ubat tersebut perlu dimakan di dalam tempoh masa 30 hari untuk mengelakkan anda dijangkiti virus HIV. Walaubagaimanapun, PEP selalunya diambil dalam masa 72 jam selepas risiko pendedahan untuk menjamin keberkesanannya.

PEP: HIV Treatment Medication

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Premier Clinic menawarkan khidmat nasihat perubatan kepada mereka yang mengambil berat tentang status HIV. Anda boleh membuat pembelian PEP atau PrEP dari mana-mana lokasi cawangan kami.

Sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami ditalian +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris) / +6012-773-2074 (Bahasa Cina) (Whatsapp/Call: https://wa.me/60126625552) atau email kami di contactus@premier-clinic.com untuk temujanji doktor. Para doktor kami akan menilai tahap kesihatan dan memberi pandangan perubatan yang bersesuaian dengan diri anda.

Atau, anda boleh terus mengunjungi mana-mana lokasi klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong, dan KL City untuk urusan temujanji.

Frequently Asked Questions

Bolehkah saya mengambil PEP setiap kali selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan?

Rawatan PEP diberikan kepada pesakit selepas berisiko terdedah kepada virus HIV. Walaubagaimanapun, ubat yang lebih kuat diperlukan untuk menghalang jangkitan daripada merebak. Ini tidak sesuai untuk orang yang sentiasa terdedah kepada HIV setiap masa.

Berapa kerap perlu saya mengambil PEP?

Rawatan PEP dicipta hanya untuk kecemasan. Ini tidak sesuai untuk orang yang sentiasa terdedah kepada HIV setiap masa.

Berapa lama saya perlu mengambil PEP?

Jika anda telah diberi preskripsi perubatan, anda perlu mengambil ubat ini setiap hari selama 28 hari. Anda juga perlu berjumpa dengan doktor dalam tempoh masa ini dan selepas anda habis mengambil PEP, supaya anda boleh melakukan ujian HIV.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.cdc.gov/hiv/basics/pep.html#does-PEP-have-any-side-effects
  • https://www.hiv.gov/hiv-basics/hiv-prevention/using-hiv-medication-to-reduce-risk/post-exposure-prophylaxis
  • https://aidsinfo.nih.gov/understanding-hiv-aids/fact-sheets/20/87/post-exposure-prophylaxis–pep-
  • https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17971372
  • https://www.getpep.info/learn-more/what-is-pep/
  • http://www.aidsmap.com/about-hiv/what-are-side-effects-post-exposure-prophylaxis-pep
  • https://endinghiv.org.au/blog/5-tips-using-pep-effectively/#
  • https://www.nhs.uk/common-health-questions/medicines/can-post-exposure-prophylaxis-pep-stop-me-getting-hiv/

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat