Ini adalah teknik yang pertama kali ditemukan di Jepun pada tahun 2001, yang direka untuk menjadi prosedur yang invasif pada tahap minimal, menjadikannya sesuai untuk individu yang takut kepada pembedahan. Tiada goresan mendalam dan ini bermaksud tidak akan ada bekas luka yang ketara. Rawatan ini adalah ringkas dan pantas, dan memerlukan masa sekitar 30 hingga 40 minit untuk setiap kelopak mata.
Tiga tusukan kecil akan dibuat di kelopak mata atas pada kedua belah mata sebelum dua jahitan dililit melaluinya. Kemudian jahitan ini akan dipintal menggunakan teknik khas sekitar empat hingga lima kali, dan akan diikat bersama untuk membentuk lipatan sementara pada kelopak mata atas.
Hasil daripada rawatan ini, ketika mata dibuka, bahagian bawah kulit ditarik ke belakang yang menyerupai lipatan yang kelihatan semula jadi yang meniru kelopak mata berlapis. Mata anda akan lebih bersinar dan lebih besar, seterusnya dapat membuatkan anda kelihatan lebih muda. Selain itu, rawatan ini juga tidak akan meninggalkan parut kekal.
Rawatan jahitan kelopak mata berlapis dapat memberikan beberapa faedah kepada pesakit. Memiliki kelopak mata berlapis juga dapat menjadikan wajah seseorang lebih muda dan menjadikan bahagian mata seimbang dengan rupa bentuk muka. Kelebihan lain dari pembedahan kelopak mata berlapis yang tidak invasif ini adalah:
Sebilangan besar orang Asia telah dilaporkan tidak mempunyai lipatan semula jadi di bahagian atas kelopak mata membuatkan ia kelihatan rata. Keadaan ini dipanggil monolid di mana tidak ada lipatan mata normal yang kelihatan. Secara praktikal, jahitan kelopak mata berlapis membantu mengurangkan kerataan kawasan itu dengan menambahkan lipatan. Prosedur jahitan kelopak mata berlapis akan membantu meningkatkan penampilan dan meningkatkan keyakinan diri anda.
Perlu diingatkan bahawa, walaupun rawatan ini cepat dan tidak menyakitkan, rawatan bukan penggantian bererti rawatan ini kurang berkesan jika dibandingkan dengan rawatan pembedahan kelopak mata berlapis yang biasa. Bagi individu dengan kelopak mata yang kendur atau dengan banyak tisu lemak di sekitarnya, rawatan ini mungkin tidak sesuai dan doktor anda akan mengesyorkan prosedur lain yang lebih sesuai.
Selain itu, jahitan dapat terlerai dan ini bermakna hasil rawatan menjadi kurang berkesan dari masa ke masa. Walaubagaimanapun, rawatan ini biasanya bertahan sekitar 5 tahun. Kelebihan rawatan ini ialah prosesnya boleh diterbalikkan jika ia tidak sesuai dengan kehendak pesakit.
Bagi pesakit yang memilih teknik jahitan berganda dan putaran, mereka akan mengalami tempoh kesan rawatan yang singkat. Walaupun terdapat sedikit bengkak akibat teknik putaran, kebanyakan pesakit biasanya pulih sepenuhnya dalam tempoh purata tujuh hari.
Kos pembedahan kelopak mata berlapis di pasaran dilaporkan sekitar RM 2,000 hingga RM 12,000 untuk kedua belah mata. Anggaran ini tidak termasuk kos ubat tahan sakit, bilik pembedahan dan perbelanjaan lain yang mungkin lebih tinggi.
Walaupun prosedur jahitan kelopak mata berlapis adalah prosedur ringkas tanpa pemotongan dan tanpa pembedahan, doktor yang berwibawa dan diperakui untuk megendalikan prosedur ini adalah sangat penting. Ini kerana prosedur ini melibatkan bahagian mata yang sangat sensitif dan rumit untuk mengelakkan komplikasi atau risiko yang tidak diingini semasa prosedur.
Di Klinik Premier, kos prosedur jahitan kelopak mata adalah antara RM 3,800 dan keatas. Tambahan pula, doktor kami mendapat perakuan perubatan untuk melakukan prosedur ini disamping mencegah risiko parut dan kerengsaan dari jahitan.
Untuk membantu dan menyokong anda dalam perjalanan kesempurnaan wajah dan kulit anda serta mendapat maklumat lebih lanjut mengenai JAHITAN KELOPAK MATA BERLAPIS, doktor kami menawarkan sesi PERUNDINGAN PERUBATAN tanpa komitmen untuk mendaftar. Wakil khidmat pelanggan kami ada dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari untuk menjawab pertanyaan anda atau membuat temujanji.
Sebagai alternatif, anda boleh datang ke mana-mana klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk temu janji. Sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Prosedur ini mengambil masa 45-60 minit untuk diselesaikan.
Anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan sepanjang prosedur kelopak mata berlapis yang bukan invasif ini. Namun, kebanyakan pesakit mengatakan prosedur ini tidak terlalu menyakitkan. Ini kerana doktor akan menggunakan krim kebas untuk meredakan kesakitan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos