• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Treatments
Laser Theradome

Laser Theradome

  • Apa itu Laser Theradome
  • Bagaimana Laser Theradome berfungsi
  • Kebaikan Laser Theradome
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah keselamatan semasa rawatan laser Theradome
  • Kesan sampingan Laser Theradome
  • Tempoh pemulihan Laser Theradome
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Laser Theradome
  • Bagaimana Laser Theradome berfungsi
  • Kebaikan Laser Theradome
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah keselamatan semasa rawatan laser Theradome
  • Kesan sampingan Laser Theradome
  • Tempoh pemulihan Laser Theradome
  • Kos rawatan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apa itu Laser Theradome?

  I-Grow Laser For Home Use - Hair Loss

Laser Theradome ialah alatan berbentuk helmet berteknologi tinggi yang menggunakan teknologi laser untuk membantu pertumbuhan semula rambut. Dengan menggunakan Cahaya Laser Berkuasa Rendah (Low Level Laser Light), helmet ini memancarkan 51 laser merah dan cahaya LED untuk menguatkan serta mengembalikan tenaga kepada sel yang membina folikel rambut.

Alatan ini adalah alatan hands-free dan tidak invasif, serta boleh digunakan mengikut keselesaan anda di rumah tanpa memerlukan sebarang pengawasan.

Bagaiamana Laser Theradome Berfungsi?

Photon laser berkuasa rendah menyinari keseluruhan tisu kulit kepala, lantas meningkatkan pengedaran darah mikro yang dibekalkan kepada folikel rambut. Pancaran cahaya laser akan merangsang kulit kepala, meningkatkan bilangan korpuskel merah yang menyalurkan oksigen dan nutrien yang menghidupkan dan menyegarkan bulbus rambut (hair bulb). Photons akan diserap oleh sel lemah yang dorman untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Penggunaan laser Theradome dengan konsisten boleh menghalang rambut gugur dengan berkesan, dan akhirnya merangsang folikel rambut untuk tumbuh dengan lebih tebal, lebat, sihat, dan juga lebih berpigmen.

I-Grow Laser For Home Use: Hair Loss Treatment  I-Grow Laser For Home Use: Hair Loss Treatment

Kebaikan Laser Theradome

Rawatan laser Theradome akan merangsang pertumbuhan rambut baharu serta membaiki kulit kepala bermasalah sama ada wanita mahupun lelaki. Kebaikan lain menggunakan laser Theradome ialah:

  • Menumbuhkan rambut baharu
  • Menggandakan diameter folikel rambut yang sedia ada
  • Membalikkan kesan peminiaturan (miniaturisation)
  • Memperlahan dan menghentikan keguguran rambut
  • Selesa dan senang digunakan

I-Grow Laser For Home Use: Hair Loss Treatment  

Masalah yang boleh dibantu

Manusia normal akan keguguran sebanyak 50-100 helai rambut sehari, tetapi ini adalah jumlah yang sedikit dan tidak ketara. Walaubagaimanapun, sesetengah individu mengalami keguguran rambut berlebihan dan kebotakan, yang dikenali sebagai alopecia dan kondisi ini menyebabkan tompokan botak besar terbentuk pada kulit kepala yang mana akan merosakkan rupa seseorang. Kondisi ini meruntuhkan dan merosakkan sel folikel dan menyebabkan rambut menjadi semakin menipis sehinggalah folikel rambut itu akhirnya mati, dan tidak dapat menumbuhkan rambut lagi.

Terapi laser ini akan membantu meningkatkan pengedaran darah dalam kulit kepala dan merangsang metabolisma dalam folikel katagen dan telogen seterusnya menyebabkan penghasilan rambut penumbuh (anagen).

 

I-Grow Laser For Home Use: Hair Loss Treatment  I-Grow Laser For Home Use: I-Grow Laser For Home Use: Hair Loss TreatmentHair Loss Treatment

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
×

Pengawasan Keselamatan Semasa Melakukan Laser Theradome

Rawatan ini tidak memberikan hasil kepada semua orang, dan tidak dapat membantu mereka yang hanya ada sedikit atau tiada rambut langsung. Terapi laser tidak boleh digunakan bersama ubat-ubatan atau produk bersifat fotosensitif (photosensitising).

Kesan sampingan Laser Theradome

Setakat ini, tiada kesan sampingan dilaporkan daripada penggunaan alatan ini, alatan ini juga datang dengan headphones supaya anda boleh mendengar muzik kegemaran anda semasa menjalani rawatan ini. Alatan ini senang untuk digunakan kerana apa yang anda perlu buat hanyalah memakai helmet ini selama 25 minit setiap selang 2 hari, untuk tempoh 4-6 bulan.

Penggunaan ini mungkin berbeza bergantung kepada kondisi kulit kepala anda, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan perundingan dengan doktor anda untuk menentukan kitaran rawatan dengan alat ini untuk mendapatkan hasil optimum.

 I-Grow Laser For Home Use - Hair Loss 09

Jangkaan Tempoh Kesan Rawatan Laser Theradome

Tiada jangkaan tempoh kesan rawatan yang diperlukan selepas menggunakan helmet laser untuk rawatan pertumbuhan rambut ini. Pesakit boleh meneruskan rutin harian mereka sebaik sahaja menjalani rawatan ini kerana alatan ini adalah alatan mudah alih. Ia adalah rawatan tidak-invasif, selesa, dan selamat untuk digunakan.

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Harga untuk satu unit Laser Theradome Premier adalah RM5,600. Alatan laser penggalak pertumbuhan rambut ini adalah alatan dengan teknologi yang diluluskan FDA di samping mudah digunakan serta berkesan. Apabila membeli alatan ini, anda tidak perlu risau lagi akan kos harga rawatan untuk satu-satu sesi atau pakej rawatan yang perlu anda pilih. Anda boleh menggunakan alatan ini sebanyak mana anda mahu mengikut saranan doktor dan juga untuk mengekalkan pertumbuhan rambut sihat anda.

Anda boleh menempah produk ini daripada mana-mana cawangan kami terlebih dahulu sebelum produk ini dihantar. Untuk makluman,terdapat juga produk palsu yang berada di pasaran. Oleh itu, kami menyarankan anda agar mengelakkan daripada menggunakannya untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

I-Grow Laser For Home Use - Hair Loss 09

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Jika anda mencari rawatan untuk keguguran rambut yang boleh dilakukan di rumah atau apa-apa rawatan keguguran rambut yang ada, anda boleh datang ke klinik kami untuk mendapatkan perundingan dengan doktor terlatih. Anda juga boleh menghubungi wakil khidmat pelanggan kami untuk menjawab sebarang pertanyaan atau mengatur janji temu.

Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk membuat janji temu. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut:

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2094 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Rawatan Laser Theradome

Before & After Finasteride Oral & Regro Spray
Before & After Finasteride Oral & Regro Spray
Before & After LED Photomodulation Therapy
Platelet-rich Plasma (PRP)

Frequently Asked Questions

Adakah helmet Laser Theradome selamat?

Ya, helmet Laser Theradome untuk merawat rambut gugur menggunakan Cahaya Laser Berkuasa Rendah (Low Level Laser Light) yang dianggap selamat untuk tujuan kosmetik serta memenuhi setiap piawaian untuk keselamatan laser.

Tenaga laser yang dihasilkan oleh alatan ini berfungsi dengan mengaktifkan pengeluaran tenaga dalam folikel rambut manakala kesan modulasi DHT tidak mempunyai komponen pemanasan yang boleh menyebabkan kecederaan termal kepada pengguna atau operator.

Siapakah pengguna yang paling sesuai untuk rawatan terapi laser cahaya laser berkuasa rendah (Low Level Laser Light) untuk masalah keguguran rambut?

Alat helmet Laser Theradome ini dicipta untuk merawat masalah kebotakan pada lelaki serta wanita. Ia juga adalah pilihan rawatan untuk pesakit yang mengalami rambut menipis atau keguguran rambut berlebihan yang disebabkan kondisi keturunan atau sebab-sebab lain.

Bila saya boleh lihat kesannya?

Pertumbuhan rambut yang ketara akan dapat dilihat seawal empat hingga enam bulan penggunaan Laser Theradome dengan konsisten.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.infrared-light-therapy.com/laser-caps-hair-growth/
  • https://igrowlaser.com/
  • https://hairoptions.com/laser-hair-therapy/
  • https://www.webmd.com/beauty/thinning-hair#1
  • https://www.dermnetnz.org/topics/low-dose-laser-therapy-for-hair-loss/
  • https://www.menshealthforum.org.uk/hair-loss-faqs

About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
    • No translations available for this page
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat