Get your FREE LED phototherapy session
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
BOOK NOW
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
Home
Treatments
Pil Finasteride & Semburan Regro : Menyelesaikan Masalah Rambut Gugur

Pil Finasteride & Semburan Regro : Menyelesaikan Masalah Rambut Gugur

  • Finasteride & Minoxidil
  • Fungsi Finasteride & Minoxidil
  • Kebaikan Finasteride & Minoxidil
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Langkah penggunanaan Finasteride & Minoxidil
  • Kesan sampingan Finasteride & Minoxidil
  • Kos yang diperlukan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After
Jump To ...
  • Finasteride & Minoxidil
  • Fungsi Finasteride & Minoxidil
  • Kebaikan Finasteride & Minoxidil
  • Masalah yang boleh diatasi
  • Langkah penggunanaan Finasteride & Minoxidil
  • Kesan sampingan Finasteride & Minoxidil
  • Kos yang diperlukan
  • Lokasi perkhidmatan rawatan
  • Before & After

Apakah itu Pil Finasteride & Semburan Minoxidil?

REGRO HAIR SPRAY

Pil Finasteride

Masyarakat kurang faham mengenai amalan pengambilan pil Finasteride daripada jenama Propecia, dapat mengatasi masalah keguguran rambut dan kebotakan (alopecia) untuk kaum lelaki dan tidak boleh diambil oleh kaum wanita.

 

Semburan Regro (Minoxidil)

Semburan rambut daripada jenama Regro, Regaine atau Rogaine adalah sesuai untuk digunakan oleh kaum lelaki dan wanita. Hal ini kerana ramuannya berfungsi untuk menghalang keguguran rambut dengan merancakkan pertumbuhan anak-anak rambut bagi mengatasi masalah kebotakan.

REGRO HAIR SPRAY  REGRO HAIR SPRAY

Bagaimana Pil Finasteride & Semburan Minoxidil berfungsi?

Oral Finasteride  Oral Finasteride

Pil Finasteride

Pil ini menghalang tindak balas 5-alpha reductase daripada menukarkan hormon testosteron  kepada dihydrotestosterone (DHT), lantas memperbaiki struktur folikel dan mengurangkan keguguran rambut.

Dengan pengambilan dos sebanyak 1mg setiap hari untuk beberapa bulan, masalah keguguran rambut dapat diatasi kerana anak-anak rambut akan tumbuh dalam tempoh ini.

Regro (Minoxidil) Spray  Regro (Minoxidil) Spray

Semburan Regro (Minoxidil)

Pengguna disarankan untuk menggunakan 5 – 6 semburan pada setiap penggunaan, 2 kali sehari. Penggunaan yang kerapdapat  membantu mengembangkan salur darah kulit kepala dan melancarkan peredaran darah untuk mengangkut nutrisi dan oksigen. Dalam masa beberapa bulan, kulit kepala akan kembali sihat dan menyuburkan pertumbuhan rambut yang baru.

Regro (Minoxidil) Spray

**Penggunaan semburan secara kerap adalah digalakkan untuk tempoh beberapa bulan bagi menghalang keguguran anak-anak rambut yang baru.

Kebaikan Penggunaan Pil Finasteride & Semburan Minoxidil

Selain mengatasi masalah keguguran rambut, pil Finasteride boleh digunakan untuk merawat pembengkakan prostat atau dikenali sebagai prostatic hyperplasia (BPH). Pil finasteride dapat membantu dalam::

  • Mengawal pembuangan air kecil secara spontan
  • Memperbaiki aliran keluar air kencing 
  • Melawaskan pembuangan air kencing
  • Mengurangkan gejala kencing malam
  • Menurunkan paras hormon yang boleh mengakibatkan pembengkakan prostat

Penggunaan minoxidil adalah selamat dan meluas dalam kalangan lelaki dan wanita bagi mengatasi masalah kebotakan. Namun, wanita disarankan untuk menggunakan produk ini dalam kepekatan yang rendah kerana dibimbangi akan terkesan dengan kesan sampingannya..

Regro (Minoxidil) Spray

APAKAH MASALAH YANG BOLEH DIATASI?

Secara purata, kita tidak menyedari bahawa setiap hari kita akan kehilangan dalam 50-100 helai rambut. Jika masalah ini tidak dirawat, akar rambut akan menjadi lemah, rambut akan gugur dengan banyak ketika menyikat dan membasuh rambut. Lantas memburukkan lagi masalah kebotakan (alopecia) yang dihidapi oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Selain itu, jangkitan kuman pada kulit kepala dan juga masalah thyroid juga menyumbang kepada keguguran rambut.

Untuk mendapatkan hasil yang pantas dan ketara, pengguna boleh mengambil pil Finasteride dan menggunakan semburan Regro 5% (Minoxidil) secara serentak.

 Regro (Minoxidil) Spray

Langkah penjagaan dalam penggunaan Pil Finasteride & Semburan Minoxidil?

Pil Finasteride

Sekiranya anda mempunyai sebarang alahan, sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memakan pil ini kerana ia mengandungi bahan aktif yang mungkin mengakibatkan alahan atau masalah kesihatan yang lain.

Jangan berhenti daripada rawatan ini secara mengejut kerana rambut yang baru tumbuh akan gugur sepenuhnya dan masalah kebotakan akan berulang. Pil ini tidak sesuai untuk diamalkan oleh wanita dan kanak-kanak.

 

Semburan Regro (Minoxidil)

Sila berhenti daripada menggunakan produk ini sekiranya kulit kepala anda kemerahan-merahan, sakit, mengalami iritasi, melepuh, luka atau telah dijangkiti kuman. Basuh tangan anda sebelum dan selepas menggunakannya. Gunakan semburan ini seperti yang disarankan sahaja kerana penggunaan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Produk ini juga tidak sesuai bagi ibu yang hamil atau menyusukan anak.

Regro (Minoxidil) Spray

Kesan sampingan penggunaan Pil Finasteride & Semburan Minoxidil

Pil Finasteride

Pengambilan pil Finasteride adalah selamat namun pada minggu-minggu awal pengambilannya, paras libido akan berkurangan dan menyebabkan zakar kurang mengeras. Tetapi kesan ini akan berkurangan dari masa ke masa.

 

Semburan Regro (Minoxidil)

Semburan ini tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. Namun bagi mereka yang mempunyai sejarah sakit dada, jantung atau pun pernah pengsan, mereka haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Doktor akan memeriksa keadaan kesihatan pengguna terlebih dahulu sebelum memastikan bahawa produk ini selamat digunakan. Kawasan rawatan mungkin kelihatan melecur, kemerah-merahan atau sedikit sakit.

Berapakah Kos Yang Diperlukan

Sekotak pil Finasteride mengandungi 30 biji pil, untuk dimakan sebiji sehari, selama 30 hari dan dijual dari harga RM180 sehingga RM400 sekotak. Sebiji pil mengandungi 1mg bahan aktif untuk pertumbuhan rambut. Manakala, sekotak pil Finasteride dijual pada harga RM330 di Premier Clinic dan pil ini hanya boleh dibeli dengan preskripsi doktor sahaja.

Minoxidil dipasarkan dalam bentuk larutan topikal berkepekatan 2% dan 7% pada harga di antara RM390 sehingga RM500 sebotol dan ramuannya diluluskan oleh FDA. Produk ini digunakan secara meluas oleh pakar kulit dan terbukti berkesan dalam menangani masalah keguguran rambut lelaki dan membantu pertumbuhan rambut yang baru.

Regro (Minoxidil) Spray

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Masalah keguguran rambut dapat diatasi dengan berkesan jika pil Finasteride digunakan bersama semburan minoxidil berdasarkan saranan doktor bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan keguguran rambut, sila berhubung dengan wakil khidmat pelanggan kami seawal jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam pada setiap hari.

Jika tidak, anda boleh hadir ke mana-mana cawangan kami yang terletak di Bangsar Baru, Puchong, TTDI, KL City dan Mont Kiara  bagi mendapatkan rawatan awal.

Whatsapp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B. Melayu/B. Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B. Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

SEBELUM & SELEPAS PIL FINASTERIDE & SEMBURAN MINOXIDIL

Before & After Finasteride Oral & Regro Spray
Before & After Finasteride Oral & Regro Spray
Before & After Finasteride Oral & Regro Spray
Before & After Finasteride Oral & Regro Spray

Frequently Asked Questions

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya terlupa menggunakan Finasteride?

Jika terlupa, anda boleh memakan sebiji pil serta merta. Namun, hentikan dari mengambil dos tersebut sekiranya hampir dengan waktu pengambilan dos yang berikutnya. Elakkan dari mengambil dua dos serentak.

Apakah yang perlu dielakkan semasa mengambil Finasteride?

Anda mungkin mengalami pening setelah mengambil pil ini. Jangan bangun dengan cepat sekiranya anda sedang duduk atau baring kerana anda mungkin akan berasa pening.

Bagaimanakah cara penggunaan minoxidil?

Anda boleh menyapu larutan ini secara terus ke kulit kepala atau boleh menyembur larutan ini ke tempat rawatan.

Berapa kali saya perlu menggunakan Minoxidil?

Minoxidil harus disembur dua kali sehari pada kulit kepala atau pada kawasan rawatan.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://www.webmd.com/drugs/2/drug-1548-167/finasteride-oral/finasteride-oral/details
  • https://www.drugs.com/mtm/finasteride.html
  • https://www.medicinenet.com/finasteride-oral/article.htm
  • https://www.webmd.com/drugs/2/drug-3503/minoxidil-topical/details
  • https://www.emedexpert.com/classes/hair-loss-medications.shtml
  • https://www.belgraviacentre.com/blog/10-frequently-asked-questions-about-using-minoxidil/

About Us

Merupakan klinik kecantikan estetik terulung di Malaysia, Premier Clinic percaya bahawa setiap individu mempunyai kecantikan dan kami berazam untuk menonjolkan kecantikan tersebut. Kami berusaha untuk menyediakan rawatan perubatan estetik termaju bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan pesakit. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan perkhidmatan yang ringkas mahu pun yang rumit, kami sedia melayani anda dengan perkhidmatan yang disediakan melalui kakitangan terlatih dan profesional kami bagi memberikan penjagaan estetik yang terbaik.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
    • No translations available for this page
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Ask us anything about Price or Procedure!
      Click to start chat