
Betul ke syampu kafein mampu menghalang rambut daripada terus gugur?
Ya, selain daripada rasanya yang sedap, syampu kafein juga boleh mengurangkan masalah rambut gugur.
Secara puratanya, kita akan kehilangan sebanyak 50 – 100 helai rambut setiap hari. Ini adalah normal untuk lelaki dan perempuan yang sihat.
Bagi lelaki, keguguran akan bermula pada bahagian ubun-ubun dan garisan rambut, manakala bagi perempuan, ianya bermula di bahagian ‘divisi’ rambut.

APAKAH PUNCA RAMBUT GUGUR?
Bagaimanakah rambut gugur ini boleh terjadi?
Akar rambut merupakan komponen penting dalam memastikan rambut tumbuh dengan kuat. Apa yang selalunya terjadi ialah apabila rambut tidak mendapat bekalan nutrien yang diperlukan seperti protein, zink dan vitamin A.
Antara sebab rambut tidak mendapat bekalan nutrien ini ialah bekalan darah tidak sampai ke akar rambut.
Sebab kedua rambut gugur ialah hormon testosteron dan DHT yang tinggi. Testosteron merupakan hormon ‘lelaki’ yang menyebabkan suara garau, rambut tumbuh di dada dan muka, dan penghasilan sperma.
Testosteron ini menyebabkan akar rambut mengecil, dan tidak dapat menyerap sepenuhnya nutrien yang dibekalkan. Tambahan pula, hormon DHT yang ‘melekat’ pada akar rambut boleh menyebabkan masalah ini bertambah besar.

Walaupun semua orang akan mengalami masalah keguguran, tahap seriusnya adalah berbeza untuk individu. Jika anda mengesan masalah rambut gugur di tahap awal, anda boleh mengatasinya dengan menggunakan syampu untuk rambut gugur yang betul.

SYAMPU KAFEIN UNTUK RAMBUT GUGUR
Syampu kafein telah lama digunakan untuk menyelesaikan masalah rambut gugur. Kafein yang terkandung dalam syampu itu menyihatkan dan menyuburkan kembali kulit kepala. Hasilnya, akar rambut membesar dengan kuat, dan mampu bertahan untuk mengelakkan gugur.
Kafein juga bertindak sebagai agen yang menghalang hormon DHT yang menyebabkan akar rambut mengecil. Ini membolehkan akar rambut mampu membesar dan menyerap nutrien dengan lebih berkesan.


BAHAN-BAHAN UTAMA SYAMPU UNTUK MELEBATKAN RAMBUT
Perlu diingatkan, bukan semua syampu boleh menghilangkan masalah rambut gugur, termasuklah syampu-syampu yang memberi jaminan begitu.
Jadi, bagaimanakah anda boleh menentukan syampu yang anda beli itu merupakan syampu yang sesuai untuk rambut gugur?
Sila gunakan senarai bahan-bahan ini sebagai panduan:
- Histidin : Ejen asid amino ini membantu melindungi kulit kepala anda daripada UVB & UV yang merosakkan sel-sel rambut.
- Kafein: Kafein yang terkandung dalam teh dan kopi merendahkan hormon testosteron di dalam akar rambut. Ia berkesan untuk wanita dan juga lelaki.
- Niacin (vitamin B-3): Vitamin ini menggalakkan pertumbuhan rambut baru dengan melancarkan peredaran darah ke akar rambut.
- Minoxidil: Bahan aktif ini telah diluluskan oleh FDA untuk melebatkan rambut. Syampu yang mengandungi minoxidil 2% boleh dipercayai untuk mengatasi masalah rambut gugur.
- Biotin (vitamin H): Biotin sejenis vitamin yang diperlukan oleh rambut untuk kekal sihat.


BAGAIMANA MEMILIH SYAMPU YANG SESUAI UNTUK RAMBUT GUGUR
- Pilih syampu yang tidak terlalu berbuih. Syampu jenis ini tidak mengandungi sulfat dan sangat selamat untuk kulit kepala.
- Pilih syampu yang mengandungi bahan semula jadi sebanyak mungkin.
- Jika anda berambut kerinting, atau kasar, pilih syampu yang melembutkan rambut selain mengurangkan rambut gugur.
- Selalunya syampu yang jernih adalah lebih lembut jika anda berambut nipis.
- Untuk rambut yang kering, carilah syampu yang mengandungi pelembab.
- Nilai pH syampu yang antara 4.5 – 5.5. Syampu yang sedikit berasid menghalang pertumbuhan kelemumur dan bakteria.

SYAMPU TERBAIK UNTUK RAMBUT GUGUR DI MALAYSIA 2021
Di sini kami senaraikan 4 produk yang terbaik untuk rambut gugur di Malaysia




Reference
- https://patient.info/news-and-features/does-caffeine-shampoo-work-for-hair-loss
- https://www.healthline.com/health/caffeine-shampoo
- https://patient.info/news-and-features/does-caffeine-shampoo-work-for-hair-loss
- https://manforhimself.com/grooming/hair/hair-loss/caffeine-shampoo-success-failure/
- https://www.stylist.co.uk/beauty/hair/caffeine-shampoo-benefits-hair-loss-thinning/42103