Terapi suntikan platelet-rich plasma atau plasma kaya platelet ialah salah satu jenis terapi suntikan regenerasi yang boleh memanfaatkan kebolehan penyembuhan daripada darah kita sendiri dan menguatkan pertumbuhan semula jadi sel tisu kulit. PRP menggalakkan penyembuhan apabila pesakit disuntik dengan platelet (faktor pertumbuhan) mereka sendiri ke tisu-tisu yang rosak. Proses ini melibatkan pemisahan sel darah daripada plasma, bahagian cecair dalam darah.
Proses ini akan memberikan rejuvenasi kepada kulit anda, merangsang produksi kolagen dan memulihkan kekenduran kulit. Selepas rawatan ini, anda akan merasakan kulit menjadi lebih anjal, segar, dan cerah. Rawatan ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan pertumbuhan rambut and mengurangkan rambut gugur.
Pertama, darah diambil daripada badan pesakit sebagaimana proses pengambilan darah untuk ujian darah, darah tersebut kemudiannya akan diletakkan dalam sebuah mesin untuk memisahkan sel darah, platelet, dan serum. Darah ini akan disuntik semula ke bahagian badan yang memerlukan rawatan atau rejuvenasi, rawatan ini juga dikenali sebagai terapi ‘Vampire’ atau ‘Dracula’.
Platelet akan membantu badan untuk memulih sendiri dengan mengeluarkan faktor pertumbuhan, yang merangsang sel kulit untuk pertumbuhan tisu baharu, di samping mencantikkan tona kulit serta menaikkan kadar pengeluaran kolagen. Rawatan ini membantu kulit untuk tumbuh semula dengan lebih sihat supaya kelihatan segar dan montok.
Faktor pertumbuhan ini juga membantu untuk merangsang folikel rambut tidak aktif supaya menghasilkan rambut baharu yang menggantikan rambut gugur. Ini membantu mengatasi masalah penipisan dan kebotakan rambut. Rawatan ini membantu menggalakkan pemulihan kulit dan kulit kepala anda akan menjadi lebih sihat dari semasa ke semasa kerana pengeluaran tisu baharu yang aktif.
Rawatan ini bukan hanya sekadar satu trend atau popular; rawatan ini memberi manfaat sebenar kepada penjagaan kulit dan rambut. Selain merangsang badan untuk menumbuhkan sel baharu dan sihat, dan menggalakkan penyembuhan, suntikan PRP juga membantu untuk:
Penyakit kulit yang terjadi kepada individu dewasa atau remaja, jerawat biasa terjadi semasa seseorang itu mengalami akil baligh tetapi sesiapa sahaja boleh dijangkiti oleh jerawat pada bila-bila peringkat umur dewasa mereka. Jerawat terjadi apabila pori kulit yang menghubungkan folikel dan kelenjar minyak, tersumbat oleh minyak yang terkumpul. Pengumpulan minyak ini menyekat laluan di mana cecair semula jadi yang dikenali sebagai sebum membantu menyingkirkan sel kulit mati dan bahagian tersumbat inilah yang menyebabkan pembentukan dan pertumbuhan jerawat. Rawatan PRP yang konsisten untuk jerawat akan membantu kulit untuk kelihatan lebih segar, lembut, dan licin.
Kedutan adalah sebahagian daripada proses semula jadi seiring peningkatan usia yang terjadi kerana kulit kehilangan keupayaan untuk menghasilkan kolagen. Kolagen berfungsi untuk menghubungkan kulit, mengekalkan ketegangan dan keanjalan kulit, jadi, pengurangan pengeluaran kolagen menyebabkan kulit tidak berupaya untuk kembali semula seperti biasa. Kesannya, renyukan dan lipatan mula terhasil dan terbentuk pada kulit, yang menjurus kepada kedutan dan garis halus. Ekspresi wajah juga menyumbang kepada kedutan disebabkan kekurangan kolagen, manakala pendedahan berlebihan kepada matahari dan dehidrasi juga boleh menjadi faktor.
Platelet akan disuntik kepada bahagian yang dirawat untuk merangsang pengeluaran kolagen di dalam dermis kulit. Pengeluaran kolagen inilah yang membantu untuk mengurangkan kesan kedutan yang kelihatan.
Kulit kusam boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor, tetapi faktor yang paling biasa adalah tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu malam (kurang daripada 7 jam minimum). Hal ini hampir menjadi kebiasaan dalam kehidupan ramai orang kerana jadual kerja mereka yang sibuk serta gaya hidup di bandar yang padat dengan kerja harian menyebabkan masa tidur mereka terganggu, sebab inilah keadaan kulit kusam menjadi kebiasaan dalam kalangan individu bekerja. Kulit akan kelihatan tidak bertenaga, ditambah dengan pembentukan lingkaran gelap mata (dark eye circles), kantung mata (eye bags), dan kedutan, akan menyebabkan wajah kelihatan lebih kusam dan lesu. Kulit juga boleh mengalami dehidrasi yang juga akan menyebabkan pengumpulan sel kulit mati. Regenerasi kolagen yang dirangsang oleh suntikan PRP akan mencantikkan tekstur kulit, menjadikan tona kulit kelihatan awet muda, dan lebih cerah.
Secara purata, rambut seseorang individu boleh gugur sebanyak 50 -100 helai sehari dan kehilangan rambut ini tidaklah kelihatan dengan ketara. Walau bagaimanapun, keguguran rambut yang berlebihan mungkin akan menjejaskan penampilan dan boleh menyebabkan kebotakan di sesetengah bahagian kepala. Perubahan hormon, kondisi medikal yang spesifik, dan pertambahan usia adalah beberapa faktor yang menyebabkan keguguran rambut, tetapi faktor yang paling utama adalah genetik.
Kebotakan, atau juga dikenali sebagai alopesia, boleh terjadi kepada lelaki mahupun wanita dan akan menyebabkan rambut kehilangan volumnya. Tompok botak akan muncul, atau rambut akan menjadi sangat tidak bermaya, dan kemudiannya akan menyebabkan keguguran gumpalan besar rambut apabila dibasuh atau disikat. Jangkitan kepada kulit kepala atau masalah tiroid juga perlu diuji kerana kondisi-kondisi ini juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut.
Pertumbuhan rambut dalam kitaran serta purata kadar pertumbuhan folikel berlaku dalam 4 fasa. Kitaran-kitaran yang lengkap boleh mengambil masa sehingga 60 hari. Daripada 4 fasa pertumbuhan kitaran rambut, hanya satu terdiri daripada fasa pertumbuhan aktif. Semasa fasa ini, pesakit boleh melihat kesan rawatan PRP untuk pertumbuhan rambut dengan ketara serta cepat. Rawatan PRP untuk keguguran rambut menggunakan jumlah konsentrat platelet yang tinggi, konsentrat ini akan disuntik ke dalam kulit kepala untuk merangsang pertumbuhan folikel rambut baharu. Kesannya, rambut baharu yang sihat akan tumbuh manakala rambut sedia ada akan lebih menebal.
Sebagai tindak balas terhadap pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, kulit akan berusaha untuk melindungi dirinya dengan menghasilkan melanin untuk menghadapi dan melawan pancaran UV yang berbahaya. Bintik penuaan mungkin terjadi apabila penghasilan melanin tertumpu pada tompok-tompok yang kecil, menyebabkan munculnya bahagian berwarna hitam, kelabu, atau perang di atas permukaan kulit. Hiperpigmentasi juga mungkin terjadi disebabkan oleh penghasilan melanin ini, bezanya, hiperpigmentasi tertumpu pada bahagian kecil kulit dan bukan pada tompok-tompok kecil, dan biasanya berwarna lebih gelap. Selain pendedahan kepada cahaya mahari, mengutis kulit, perubahan hormon, atau penggunaan ubatan tertentu juga boleh menyebabkan pembentukan kedua-dua kondisi ini.
Suntikan PRP akan menggalakkan regenerasi kulit pada bahagian sel dengan merembeskan faktor pertumbuhan transformatif. Faktor pertumbuhan yang disuntik ini akan mencetuskan proses regenerasi kulit dengan pantas terhadap sel kulit yang baharu dengan menukarkan kulit itu kembali ke keadaan asal atau keadaan yang lebih baik lagi. Bergantung pada kondisi kulit pesakit, 2-3 sesi mungkin diperlukan untuk meminimakan tompok penuaan yang dapat dilihat dan pigmentasi di bawah pendedahan kepada cahaya matahari yang biasa.
Individu dengan kulit berminyak mempunyai keberangkalian lebih tinggi untuk mengalami pori yang membesar kerana pori ini terhasil disebabkan oleh takungan sebum dan kotoran yang terkumpul. Keadaan ini kemudiannya akan menyebabkan kulit membengkak, menjadikan pori kelihatan lebih besar daripada bentuk sebenarnya. Kulit akan kehilangan ketegangan dan keanjalan selari pertambahan usia, dan ketidakupayaan kulit untuk kembali semula ke bentuk asal inilah yang menyebabkan pori meregang. Pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari juga merupakan salah satu faktor; untuk melindungi daripada pancaran UV, kulit akan menumbuhkan sel kulit tambahan pada pinggir pori, proses ini malangnya, akan meregangkan lagi pori. Suntikan PRP yang kaya dengan konsentrat faktor pertumbuhan ini akan mencetuskan regenerasi sel kulit baharu yang akan mencantikkan tekstur dan penampilan kulit dengan serta merta. Lapisan kulit yang baharu ini akan kelihatan lebih sihat, licin, dan berseri.
Kantung mata (Eye bags) dan lingkaran gelap (dark circles) mata adalah kondisi biasa dan ramai individu berusia lebih daripada 20 tahun mengalami kondisi ini pada satu tahap dalam hidup mereka. Selalunya, kekurangan dalam kualiti tidur dan senaman adalah faktor utama manakala diet yang tinggi kandungan garam juga memburukkan lagi masalah ini. Perkara ini meregangkan kulit di bawah mata, yang menyebabkan pembentukan eye bags dan dark circles.
Penyebab yang lain adalah penuaan, ini kerana ligamen dan otot yang memegang lemak fasial (facial fat) di tempatnya menjadi semakin lemah apabila usia anda semakin meningkat. Bahagian muka ini, seterusnya, akan menjadi menggeleber; kesannya, lemak menjadi semakin ketara kelihatan di bawah mata. Apa yang PRP akan lakukan ialah merangsang penghasilan kolagen dan elastin segar yang baharu di bahagian yang dirawat. Proses ini akan menggalakkan regenerasi tisu kulit sihat yang baharu supaya hasil kesan sebenar berlaku dalam berperingkat dan semula jadi. Kesan baik rawatan ini akan menjadi lebih baik untuk 2-3 bulan selepas satu rawatan.
Disebabkan proses penuaan badan, kandungan air dalam tulang rawan meningkat dan protein yang membentuk tulang rawan merosot. Sakit sendi dan bengkak berlaku apabila sendi itu diguna dengan kerap dan berlebihan selama bertahun-tahun. PRP untuk artritis adalah prosedur berasaskan klinikal melibatkan pengambilan sedikit darah daripada badan pesakit itu sendiri. Kemudian, darah itu akan di masukkan dalam sebuah mesin istimewa yang membantu untuk memisahkan sel darah, platelet, dan serum ke dalam komponen berasingan di dalam pengempar (centrifuge) itu. Komponen-komponen itu kemudiannya akan disuntik semula ke dalam lutut untuk membantu melegakan dan meminimakan kesakitan dan ketidakselesaan yang dirasai di bahagian tubuh itu yang disebabkan oleh artritis.
Kajian-kajian telah membuktikan suntikan PRP ke lutut ternyata merupakan rawatan yang lebih efektif daripada suntikan asid hialuronik semata-mata; kajian dibuktikan dengan dua kumpulan pesakit menjalani kedua-dua rawatan ini. Dalam kebanyakan kes, pesakit akan mula merasakan kesan serta menyedari kesihatan semakin pulih selepas dua ke empat minggu selepas prosedur PRP untuk osteoartritis lutut.
Walaupun rawatan PRP untuk vagina digunakan untuk merawat inkotinens urinari (urinary incontinence) dan pundi kencing yang terlalu aktif (overactive bladder), rawatan ini telah menjadi prosedur yang semakin popular sebagai rawatan kepada disfungsi seksual (sexual dysfunction). Kesemua masalah ini adalah masalah biasa yang dihadapi wanita pada semua peringkat umur.
Prosedur PRP vagina dilakukan dengan menyuntik plasma kaya platelet (platelet rich plasma) ke bahagian klitoris atau dinding atas vagina, yang membantu untuk meningkatkan kadar penghasilan kolagen dan elastin. Kolagen dan elastin adalah protein semula jadi yang dihasilkan oleh badan untuk membantu penyembuhan dan rejuvenasi, rawatan PRP vagina bertindak sebagai pemangkin kepada penghasilan protein-protein ini. Disebabkan platelet mengandungi faktor pertumbuhan yang memiliki ciri-ciri penyembuhan, platelet boleh digunakan untuk menguatkan dan menumbuhkan semula tisu vagina. Kebaikan lain rawatan ini adalah peningkatan aliran darah ke bahagian dirawat serta pelinciran.
Rawatan zakar kaya platelet, juga dikenali sebagai terapi PRP atau suntikan Priapus (Priapus shot) adalah salah satu rawatan pemantapan lelaki yang terbaru disediakan oleh Klinik Premier dan rawatan ini dinamakan sempena nama tuhan kesuburan lelaki orang Yunani. Bertentangan dengan apa yang kebanyakan orang percaya, rawatan pemantapan zakar ini tidak bertujuan untuk meningkatkan saiz zakar, tetapi rawatan ini adalah untuk memantapkan sensasi seksual dan menguatkan ereksi, manjadikan kualiti kehidupan seks lebih baik. Selain daripada itu, rawatan ini juga boleh digunakan untuk merawat mati pucuk, masalah yang sebenarnya biasa dialami oleh kaum lelaki.
P-shots membantu melancarkan peredaran darah di kawasan zakar seterusnya membantu meningkatkan kesensitifan pada kawasan alat kelamin dan menjadikan ereksi lebih padat dan mantap. Oleh sebab terdapat peningkatan kepada peredaran darah pada kawasan zakar, ereksi yang lebih padat ini akan membuatkan pengalaman seksual menjadi lebih hebat. Proses ini berfungsi dengan memanfaatkan plasma kaya platelet daripada tubuh anda sendiri untuk membantu memangkinkan peningkatan penghasilan sel stem (stem cells) dan faktor pertumbuhan pada bahagian zakar, lantas mencetuskan proses rejuvenasi.
Selepas rawatan p-shot selesai, kesannya akan mula dirasai selepas lebih kurang seminggu, tetapi kesannya mungkin mengambil masa lebih lama untuk kes-kes tertentu. Perkara ini akan menjadi salah satu topik dibincangkan semasa sesi konsultasi pertama, memandangkan kesan suntikan pemantapan zakar Priapus adalah berbeza daripada individu ke individu.
Pesakit mungkin mengalami bengkak dan lebam yang minimal untuk tempoh sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi kesan ini adalah minor dan akan mengurang. Hampir tiada tempoh kesan rawatan diperlukan, dan hanya risiko minima yang akan dihadapi kerana plasma anda sendiri akan digunakan untuk rawatan semula jadi ini, menjadikan rawatan ini pilihan yang lebih selamat berbanding rawatan-rawatan anti-penuaan lain yang ada di pasaran. Dalam masa sebulan selepas rawatan, pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan ubat antiradang bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drug).
Disebabkan rawatan ini adalah sejenis rawatan suntikan, terdapat risiko minimal jangkitan, luka pembuluh darah, dan pendarahan yang boleh terjadi tetapi risiko-risiko ini adalah sangat jarang berlaku.
Kebanyakan pesakit boleh meneruskan aktiviti harian mereka sebaik selepas menjalani suntikan PRP. Ini kerana, rawatan ini bertujuan untuk menggalakkan penyembuhan dan pertumbuhan. Dalam tempoh beberapa minggu rawatan PRP, kulit anda akan tampak lebih tegang serta lembut, dan kulit anda akan bertambah baik lagi selepas beberapa bulan.
Kesan ini biasanya akan dirasai untuk masa 18 bulan, tetapi anda perlu menjalani rawatan tambahan untuk mengekalkan penampilan kulit anda. Bergantung kepada individu, doktor anda akan mencadangkan 2-3 rawatan yang dijarakkan setiap 2 minggu, tetapi ini mungkin berubah daripada individu ke individu.
Kos Rawatan menakjubkan yang menggalakkan penyembuhan dan mengurangkan keradangan ini adalah berharga antara RM 1,500 sehingga RM 6,000. Harga rawatan PRP ini berbeza bergantung kepada masalah pesakit serta fungsi rawatan PRP. Biasanya, harga rawatan PRP untuk lutut adalah lebih tinggi berbanding rawatan PRP untuk muka, rambut gugur, atau fungsi seksual.
Di Klinik Premier, suntikan PRP untuk muka, rambut gugur, dan pemantapan seksual adalah berharga daripada RM2,000 ke atas. Rawatan PRP untuk lutut dan payudara pula berharga RM2,500. Pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan PRP daripada penyedia PRP yang berlesen sebelum memasukkan apa-apa suntikan atau ubatan ke dalam badan mereka. Doktor kami adalah doktor terlatih dalam mengendalikan kes medikal dan estetik. Mereka akan memeriksa dan memberikan diagnos terhadap permasalahan anda sebelum mencadangkan sebarang jenis rawatan yang paling bersesuaian kepada anda.
Jika anda bimbang akan masalah ketidaksempurnaan kulit, rambut gugur, atau masalah bawah mata, anda boleh mengunjungi doktor kami untuk melihat rawatan atau kombinasi rawatan manakah yang merupakan pilihan terbaik untuk anda. Rawatan PRP semakin menjadi pilihan yang popular pada masa ini di Malaysia kerana rawatan ini memberikan hasil yang lebih baik dan cepat kepada pesakit.
Sebagai alternatif lain, anda boleh mengunjungi mana klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan KL City untuk membuat temu janji. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut:
WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com
Ya, suntikan PRP adalah selamat. PRP adalah alternatif efektif kepada individu yang mencari rawatan penyembuhan semula jadi yang tidak memerlukan surgeri atau ubatan. Prosedur ini menggunakan komponen darah pesakit itu sendiri dan tiada bahan ubatan luar yang disuntik ke tubuh mereka.
Tahap ketidakselesaan dialami adalah bergantung kepada bahagian tubuh mana yang dirawat. Pesakit biasanya dapat menghadapi suntikan PRP tanpa sebarang masalah. Walaubagaimanapun, anda mungkin akan merasai sedikit iritasi selepas suntikan kerana respons keradangan yang disebabkan oleh PRP.
Bergantung kepada jumlah bahagian yang dirawat, kebanyakan prosedur akan dapat diselesaikan dalam masa 30 ke 45 minit.
Hasil rawatan adalah berbeza daripada individu ke individu bergantung kepada masalah kulit atau kecederaan di kawasan yang terlibat. Untuk meramalkan jika atau bila rawatan tambahan akan diperlukan untuk kondisi yang spesifik adalah mustahil. Tetapi, kebanyakan orang akan melihat perubahan dalam masa 2-6 minggu selepas masa rawatan.
Be the first to know about our time-limited, exclusive promos