Selamat datang ke Klinik Premier


  Telefon/ Whatsapp/ SMS: +60-12-662 5552   ATAU   Atur Janji Temu

Plasma Yang Kaya Dengan Platelet (PRP) Menghilangkan Kantung Mata

PRP-treatment
APA PENYEBAB KANTUNG MATA?

Kantung lemak di bawah mata dan lingkaran hitam di sekeliling mata memang biasa berlaku dan ramai orang pasti mengalaminya pada suatu ketika setelah melepasi usia 20 tahun. Selalunya, kurang tidur dan kurang bersenam adalah penyebabnya yang utama manakala sajian makanan yang banyak mengandungi garam juga memburukkan lagi masalah ini. Keadaan begini meregangkan kulit di bawah mata dan mengakibatkan terbentuknya kantung mata dan lingkaran hitam.

Suatu lagi puncanya ialah proses penuaan kerana ligamen dan otot yang menahan lemak pada kedudukannya di dalam muka akan bertambah lemah apabila kita meningkat tua. Ini seterusnya menyebabkan kulit menggeleber lalu membuatkan lemak di bawah mata nampak lebih nyata.

APAKAH TERAPI PRP?

Terapi plasma yang kaya dengan platelet, yang juga digelar terapi ‘Puntianak’ atau ‘Drakula’ ini, bermula dengan pengambilan darah dari badan pesakit, sama seperti melakukan ujian darah. Darah ini seterusnya dimasukkan ke dalam sebuah mesin yang mengasingkan sel darah, platelet dan serum, yang kemudiannya disuntik semula ke dalam bahagian badan yang memerlukan rawatan.

Platelet tersebut membantu badan membaiki dirinya dengan cara melepaskan faktor-faktor pertumbuhan yang merangsang sel-sel kulit menghasilkan tisu baru. Proses ini mencantikkan rona kulit di samping mencetuskan penghasilan kolagen baru di dalam kulit. Kulit akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan lebih berseri, dan anda akan nampak lebih muda apabila kolagen membantu kulit memelihara ketegangan dan keanjalan.

Doktor akan mengesyorkan 2-3 rawatan yang dilakukan setiap selang 2 minggu, tetapi ini mungkin berbeza-beza bagi setiap orang.

HASIL DAN PEMULIHAN

Anda akan nampak kesannya dalam masa 3 minggu selepas dirawat, dan kulit akan menjadi lebih pejal dan licin. Kesannya akan semakin ketara sepanjang beberapa bulan yang berikutnya dan hasil ini dijangka dapat bertahan selama lebih kurang 18 bulan. Rawatan tambahan diperlukan untuk mengekalkan paras rupa yang remaja ini.

Kulit anda mungkin bengkak dan lebam sedikit sehingga seminggu selepas rawatan, tetapi ini ringan dan akan hilang. Hampir tiada tempoh pemulihan selepas menjalani rawatan, dan risiko berlakunya kesan sampingan sangat kecil kerana plasma anda sendiri digunakan, maka rawatan ini lebih selamat dan lebih berkesan daripada kaedah awet muda yang lain.


Dr Aarthi Maria menunjukkan cara rawatan PRP dilakukan. Klik butang anak panah di atas ini untuk menontonnya.

PRP-therapy
SEBELUM DAN SELEPAS
2*

 

1*

3*

4*

5*

6*

7*

9*

10*