• Facebook
  • Instagram
  • YouTube
  • TikTok
Welcome to Premier Clinic
+6012-662 5552 (EN/BM) +6012-773 2074 (CN)
contactus@premier-clinic.com
Contactable 24 hours, 365 days
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu English
  • Bahasa Melayu 中文
BOOK NOW
Premier ClinicPremier ClinicPremier ClinicPremier Clinic
  • Laman Utama
  • Mengenai Kami
    • Anugerah & Penghargaan
    • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • Rawatan
  • Testimoni
  • Masalah Kulit & Badan
  • Blog
  • Pakej
✕
Home
Treatments
Silhouette Soft Thread Lift

Silhouette Soft Thread Lift

  • Apa itu Silhouette Soft
  • Bagaimana Silhouette Soft berfungsi
  • Kebaikan Silhouette Soft
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan Silhouette Soft
  • Kesan sampingan Silhouette Soft
  • Jangkaan tempoh kesan rawatan Silhouette Soft
  • Kos rawatan Silhouette Soft
  • Lokasi perkhidmatan rawatan Silhouette Soft
  • Before & After
Jump To ...
  • Apa itu Silhouette Soft
  • Bagaimana Silhouette Soft berfungsi
  • Kebaikan Silhouette Soft
  • Masalah yang boleh dibantu
  • Procedure videos
  • Langkah penjagaan semasa rawatan Silhouette Soft
  • Kesan sampingan Silhouette Soft
  • Jangkaan tempoh kesan rawatan Silhouette Soft
  • Kos rawatan Silhouette Soft
  • Lokasi perkhidmatan rawatan Silhouette Soft
  • Before & After

Apa itu Silhouette Soft?

Silhouette Soft Thread Lift

Silhouette Soft merupakan sejenis rawatan tanpa pembedahan untuk menegangkan kulit melalui kaedah suspension suture.  Rawatan ini membuka peluang baharu kepada rawatan anti-penuaan bagi lelaki dan juga wanita.

Bahan utama bagi Rawatan Silhouette Soft ialah Poly L-lactic acid (PLLA), sejenis polimer yang terkenal dan telah lama digunakan dalam bidang biomedikal dan farmasi, terutamanya sebagai jahitan mudah serap, sistem penyampaian ubat (a drug delivery system), dan juga di dalam pembedahan (digunakan dalam peralatan membaikpulih tulang seperti pin, besi dan skru).

Dicipta oleh saintis di Amerika Syarikat menggunakan kepakaran pembedahan kecantikan dan pembinaan semula (recontructive), Rawatan Silhouette Soft  terdiri daripada monofilamen PLLA dengan kon yang dibentuk menggunakan Lactide/ Glycolide.

Jahitan yang dibuat bertindak sebagai sokongan di bawah permukaan kulit untuk menegangkan tisu lembut yang telah kendur. Kon yang digunakan mempunyai 2 fungsi – memegang benang jahitan pada tempatnya dan menggalakkan penghasilan kolagen. Lama-kelamaan, kolagen yang baharu akan membantu menegangkan kulit kendur akibat proses penuaan.

Silhouette Soft Thread Lift  Silhouette Soft Thread Lift

Bagaimana Silhouette Soft berfungsi?

Rawatan Silhouette Soft  membantu melicinkan kulit muka dan menjadikannya kelihatan lebih muda dan tegang melalui kesan dwi-aksi – membaikpulih tisu muka dengan cepat dan penjanaan semula kolagen secara berkala.

Kesan pembaikan tisu dapat dilihat dengan cepat disebabkan oleh pemampatan tisu dan penegangan kulit semasa jahitan dilakukan semasa rawatan. Semasa rawatan dilakukan, doktor akan menekan secara perlahan-lahan bahagian yang dirawat untuk menyesuaikan bentuk muka anda dan melicinkan kulit serta memberi kesan kulit tegang kepada muka anda.

Silhouette Soft Thread Lift

Bahan utama bagi Rawatan Silhouette Soft ialah Poly L-lactic acid (PLLA), sejenis polimer yang terkenal dengan sifat mudah serasi dan mudah reput. PLLA telah lama digunakan dalam bidang biomedikal dan farmasi termasuk benang jahitan, pin, besi, skru dan paku bagi membaikpulih tulang.

Selain itu, Rawatan Silhouette Soft mempunyai kon-kon kecil yang bertindak sebagai titik tarikan dan lekatan bagi proses rawatan ini. Kon-kon ini akan mencetuskan tindak balas semulajadi yang membawa kepada pembentukan kolagen baharu. Ini akan membantu mengembalikan bentuk muka dan leher. 

Silhouette Soft Thread Lift  Thread Lift-Non-surgical Skin Lift  Thread Lift: Non-surgical Skin Lift

Kebaikan Silhouette Soft

Rawatan Silhouette Soft adalah satu rawatan moden tanpa pembedahan yang sesuai bagi lelaki dan wanita. Rawatan ini mengembalikan ketegangan kulit yang kesannya dapat dilihat serta merta. Rawatan ini juga akan merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen dan menjadikan penampilan muda anda bertahan lama.

Rawatan Silhouette Soft  adalah rawatan yang tidak melibatkan pembedahan. Justeru, jangkaan tempoh kesan rawatan adalah singkat. Kesan kulit tegang daripada rawatan ini dapat dilihat dengan serta merta and merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen baharu. Benang yang digunakan dalam rawatan ini diperbuat daripada bahan yang selamat dan mudah serap sepenuhnya. 

Silhouette Soft Thread Lift

Masalah yang boleh dibantu?

What is Ultherapy Focused Ultrasound Treatment  What is Ultherapy Focused Ultrasound Treatment

Kulit Kendur

Kolagen dan elastin adalah protein semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh – protein-protein ini mengikat sel-sel kulit bersama, menjadikan kulit kekal anjal dan licin. Apabila usia makin meningkat, penghasilan dua jenis protein ini menurun menjadikan kulit kurang tegang dan kendur. Ini bermaksud kulit hilang keupayaan untuk kembali kepada bentuk asal dan menyebabkan kesan graviti pada kulit menjadi lebih jelas kerana struktur kulit sudah tidak sekuat dahulu.  Pendedahan kepada cahaya matahari secara berlebihan juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kulit kendur kerana tisu-tisu yang menjadikan kulit anda kelihatan muda telah musnah.

Rawatan Silhouette Soft berfungsi dengan mengembalikan, memberikan volume dan merangsang kolagen yang hilang di bawah permukaan kulit. Benang yang dilekatkan bersama-sama dengan kon 3D akan menegangkan dan mengekalkan kesan kulit tegang dan ini menjadikan kulit kelihatan lebih polos dan kelihatan semula jadi.

Watch How the Procedure is Done

Play Video
Play Video
Play Video
×

Pengawasan Keselamatan semasa melakukan Silhouette Soft

Kulit tidak sekata dan ketegangan kulit mungkin boleh berlaku beberapa hari selepas Rawatan Silhouette Soft. Pesakit mungkin mengalami sedikit sakit, bengkak, lebam dan bahagian yang dijahit menjadi lembut. Semua kesan ini akan hilang dan kulit akan pulih dalam tempoh 2 minggu. Gunakan pek ais pada bahagian yang dirawat bagi mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang rawatan gigi, urutan muka dan rawatan kecantikan muka dalam tempoh 4 minggu selepas proses rawatan bagi membenarkan proses pemulihan dan juga meminimumkan kesan negatif kepada Rawatan Silhouette Soft.

Thread Lift-Non-surgical Skin Lift

Kesan sampingan rawatan Silhouette Soft

Rawatan Silhouette Soft  mungkin mengakibatkan keradangan yang minimum disebabkan oleh kemasukan bendasing ke dalam kulit. Walau bagaimanapun, keadaan ini adalah normal bagi rawatan kecantikan tanpa pembedahan. Kesan ini akan hilang dalam tempoh 1 minggu.

Benang yang digunakan dalam Rawatan Silhouette Soft  adalah mudah serap dan mudah serasi. Benang yang diperbuat di Amerika Syarikat ini telah melalui pelbagai proses kawalan kebersihan untuk memastikannya selamat untuk digunakan. Benang ini diperbuat daripada Poly L-lactic acid (PLLA), yang telah digunakan dengan selamat selama bertahun-tahun dalam bidang biomedikal dan farmasi seperti benang jahitan, pin, besi, skru dan paku bagi membaikpulih tulang.

Rawatan Silhouette Soft  telah dicipta melalui Rekabentuk & Penyelidikan (R&D) selama 6 tahun mengenai suspension sutures kekal dengan kon yang digunakan dalam pembedahan plastik dan pembedahan baikpulih (recontructive). Sejak dari itu, sebanyak 150, 000 rawatan telah dijalankan setakat ini.

Bagi pasaran Eropah, Rawatan Silhouette Soft telah ditanda dengan CE. Selain itu, pihak pengilang telah mematuhi semua peraturan ISO 13485 mengikut piawaian antarabangsa.

Silhouette Soft Thread Lift  Silhouette Soft Thread Lift

Jangakaan Tempoh Kesan Rawatan Silhouette Soft

Selepas proses rawatan, tempoh pemulihan biasanya mengambil masa antara 1 – 3 hari, kadang-kadang lebih lama bagi sesetengah pesakit.

Kebanyakan pesakit boleh melakukan rutin harian biasa mereka dalam masa 1 -3 hari selepas rawatan. Walau bagaimanapun, pesakit dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti lasak dalam tempoh 2 minggu pertama selepas rawatan.

BERAPAKAH KOS YANG DIPERLUKAN?

Harga bagi rawatan yang telah mendapat kelulusan FDA ini biasanya antara RM 2,700 to RM 13,600 bagi setiap rawatan. Jumlah kos rawatan biasanya berbeza bergantung kepada jumlah benang yang digunakan dan tahap kerosakan kulit pada bahagian yang dirawat.

Di Klinik Premier, harga bagi Rawatan Silhouette Soft adalah sekitar RM 4,500 sepasang. Doktor kami telah melakukan beratus kali rawatan yang melibatkan kes dan tatacara rawatan yang sama. Mereka akan memastikan rawatan ini dilakukan dengan sempurna bagi mengurangkan ketidakselesaan dan tempoh kesan rawatan. Anda akan dapat mengembalikan keremajaan kulit anda dan tampil lebih muda melalui kaedah rawatan Silhouette Soft ini tanpa perlu menjalani pembedahan atau insisi pada muka anda.

Silhouette Soft Thread Lift

DI MANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN INI?

Bagi anda yang risau mengenai ketidaksempurnaan kulit dan ingin mencari penyelesaian terbaik kepada masalah anda, anda boleh mendapatkan sesi rundingan bersama doktor kami. Doktor-doktor kami akan membantu anda memahami masalah kulit anda dan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk merawat masalah kulit anda.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sesi rundingan bagi membincangkan mengenai Rawatan Silhouette Soft atau rawatan menegangkan kulit yang lain, anda boleh hubungi kami. Anda juga boleh datang ke klinik kami di Bangsar, TTDI, Mont Kiara, Puchong dan Kuala Lumpur untuk membuat temu janji.

WhatsApp: https://wa.me/60126625552
Hubungi: +6012-662-5552 (B.Melayu/B.Inggeris)
Hubungi: +6012-773-2074 (B.Cina)
Emel: contactus@premier-clinic.com

Sebelum & Selepas Silhouette Soft Thread Lift

Before & After Thread Lift: Non-surgical Skin Lift
Before & After Thread Lift: Non-surgical Skin Lift
Silhouette Soft Thread Lift
Silhouette Soft Thread Lift
Silhouette Soft Thread Lift

Frequently Asked Questions

Bahagian manakah Rawatan Silhouette Soft ini boleh dilakukan?

Silhouette Soft boleh merawat beberapa bahagian tertentu muka, seperti:
* Bentuk muka
* Rahang bawah
* Pipi
* Tulang pipi
* Kening
* Leher

Adakah Rawatan Silhouette Soft ini menyakitkan?

Pesakit mungkin akan mengalami sedikit ketidakselesaan semasa proses rawatan.Walau bagaimanapun, ubas bius akan digunakan pada bahagian yang dirawat bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa jahitan dilakukan.

Berapa lamakah kesan rawatan bertahan?

Kesan Rawatan Silhouette Soft boleh bertahan sekurang-kurangnya 18 bulan dan boleh mencapai sehingga 36 bulan, bergantung kepada keadaan kulit pesakit.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses Rawatan Silhouette Soft ini?

Bahagian yang dirawat akan menentukan tempoh masa yang diambil bagi melengkapkan proses rawatan. Bagi kawasan muka, rawatan akan mengambil masa sehingga 45 minit sementara bagi bahagian leher, rawatan mengambil masa lebih kurang 25 minit. Kesan rawatan boleh dilihat serta merta.

  • Enquiry
  • Find Our Clinic

Reference

  • https://queensavenueclinic.com/silhouette-soft-lift
  • https://www.drgerhardvanniekerk.com/faq
  • https://radium-aesthetics.com/frequently-asked-questions-pdo-thread-lift/
  • https://www.premierplasticsurgery.com/facial-plastic-surgery/silhouette-lift/
  • https://silhouette-soft.com/ask-experts/
  • https://www.sinclairpharma.com/silhouette-soft

About Us

Premier Clinic ialah kumpulan klinik estetik dengan lima cawangan di Lembah Klang. Kami percaya setiap individu itu cantik, dan kami menyediakan rawatan perubatan estetik untuk membantu pesakit kami berasa yakin. Sama ada anda memerlukan perkhidmatan asas atau rawatan yang lebih panjang, pasukan doktor berdaftar kami akan membimbing anda melalui pilihan rawatan yang ada.

Kami mempunyai cawangan di Bangsar Baru, Taman Tun Dr Ismail, Mont Kiara dan Puchong, dan di KL City. Lokasi kami sangat strategik dan senang untuk dijumpai.

Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice

Popular Treatments

  • Pico Laser
  • Ultherapy
  • Clatuu Fat Freezing
  • CoolSculpting Fat Freezing
  • Profhilo
  • ONDA
  • Rejuran Healer
  • Radiesse Filler
  • Chemical Peel
  • Mesotherapy
  • Fractional CO2 Laser
  • Platelet Rich Plasma (PRP)
Letter of Credentialing and Privileging Aesthetic Medical Practice
  • Semua Rawatan
  • Masalah Kulit & Badan
  • Pakej
  • Mengenai Kami
  • Anugerah Kami
  • Doktor Kami
  • Klinik Kami
  • FAQ
  • Blog
  • Harga Kami

Connect With Us

Hubungi Kami

(Kami boleh dihubungi setiap hari, 24 jam sehari, 365 hari setahun.)

Hubungi / WhatsApp/ SMS Hubungi kami sekarang!
+6012 - 662 5552

Emel Kami
contactus@premier-clinic.com

Kami Menerima:
Payment Method

  • Terms & Conditions
  • Privacy Policy

Copyright © PREMIER CLINIC. All rights reserved. KKLIU 2632 / EXP 31.12.2026

    0
      • Call Clinic
      • Go with Waze
      • Go with G Map
      • Send Enquiry
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch

      Puchong Branch

      KL City Branch

      Mont Kiara Branch

      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Select Branch

      TTDI Branch
      Bangsar Branch
      Puchong Branch
      KL City Branch
      Mont Kiara Branch
      Premier Clinic
      Typically replies instantly
      Customer Service (Available 24 HOURS)
      Welcome to Premier Clinic, voted Malaysia's Top 3 Aesthetic Clinic with 5 branches in Klang Valley.

      Our customer service is available 24 hours a day and reply instantly. Ask us anything about price or procedure!
      Click to start chat